''Mulai hari ini aku akan mula belajar ilmu muzik disini. Wah..gembiranya!'' Adira begitu teruja dalam perjalanan menuju ke kelas vokal Cikgu Siti. Adira membuka pintu kelas dan menarik nafas lega kerana Cikgu Siti belum sampai lagi. Adira ingatkan dia sudah terlambat kerana sebelum dia datang kelas, dia sudah dikerahkan untuk melakukan kerja-kerja di asrama.
Kebanyakan pelajar iaitu pelajar-pelajar perempuan Asrama Ungu yang berada di dalam kelas tersebut rata-ratanya terkejut melihat kelibat Adira yang sebelum ini belum pernah mereka lihat. Masing-masing sudah mula berbisik antara satu sama lain.
'' Cik Siti! Marilah duduk di sini.'' Iwan mempelawa Adira untuk duduk di kerusi yang kosong yang bersebelahan dengan tempat duduknya.
'' Terima kasih, Iwan!'' ujar Adira sambil tersenyum.
'' Hai saya Anum. Kamu pelajar baru ekh? dengan ramah Anum bertanya.
'' Ya, saya. Nama saya Adira. Selamat berkenalan.'' ujar Adira. Dia tidak menyangka akan memperoleh rakan secepat ini. Maklumlah dia sudah terlepas untuk menghadiri sesi orentasi di antara pelajar-pelajar Akademi Muzik serta tenaga-tenaga pelajar yang berlangsung 2 hari yang lepas. Mungkin susah sedikit untuk dia mengenali pelajar-pelajar yang akan mengikuti kelas bersama-samanya.
'' Hai saya Farina. Dengar cerita awak tinggal di Asrama Biru. Betul ker?'' Farina sudah mula menyoal siasat Adira diikuti dengan Ain dan Anum yang masing-masing sudah mengerumuni Adira untuk mendapatkan kepastian. Tidak mahu dianggap gelojoh masing-masing memperkenalkan diri kepada Adira terlebih dahulu.
'' Hai semua. Gembira dapat berkenalan dengan awak. Ya, saya memang tinggal di Asrama Biru.'' dengan lurusnya Adira menjawab pertanyaan tersebut.
Masing-masing terkejut dan tidak menyangka khabar angin yang mereka dengar selama ini ternyata benar. Setelah itu, semua pelajar kembali ke tempat duduk masing-masing apabila Cikgu Siti memasuki kelas tersebut.
'' Okey semua. Selamat pagi. Saya dengar hari ada pelajar baru. Sila memperkenalkan diri kamu.'' ujar Cikgu Siti.
Dengan pantas Adira bangun memperkenalkan diri '' Hai semua! ''
''Haiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!'' pelajar-pelajar lelaki Asrama Biru menyahut sapaan Adira itu sambil tersenyum-senyum bertujuan untuk mengusiknya. Maklumlah, mereka sudah mengenali Adira sebelum ini.
'' Nama saya Siti Adira. Berumur 19 tahun dan berasal dari Sabah. Sila beri tunjuk ajar ya.'' dengan manis Adira mengeluarkan kata-kata.
'' Baik Cik Siti. '' sekali lagi pelajar-pelajar lelaki mengusik diikuti dengan ketawa-ketawa kecil.
Shahir yang berada di sebelah Iwan hanya mampu menepuk dahi serta menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat rakan-rakan sekelasnya itu. Semuanya nak menjual minyak. Huh!
'' Sudah! Sudah!'' Cikgu Siti menghentikan riuh tawa di dalam kelasnya itu.
'' Okey Adira, ini lagu tugasan awak minggu ini yang sepatutnya diberikan kelmarin. Dan disebabkan awak baru masuk kelas hari, saya mahu menguji vokal awak terlebih dahulu. Boleh ?'' Cikgu Siti bertanya.
Terkebil-kebil Adira apabila diajukan soalan tersebut. Baru sahaja dia menjejakkan kaki ke kelas ini, sudah mahu diuji kekuatan vokalnya.
'' Bo..Bo..Boleh, cikgu'' dengan perasaan gementar Adira menjawab. Lalu diperhatikannya bait-bait lirik lagu yang diberikan Cikgu Siti tadi. ''Eh! Bertamu di Kalbu lar. Hrmm..senang jer ni. Nasib baik dah pernah dengar.'' tersenyum-senyum Adira berkata dalam hatinya lalu memulakan nyanyiannya.....
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri
Dengan penuh penghayatan Adira menyanyikan lagu tersebut dan setelah selesai, Adira melihat rakan-rakannya terpaku, tersentap, ternganga, terdiam dan pelbagai 'ter' lagi lah. Rata-ratanya terkejut mendengar suara Adira. Yang menarik perhatian Adira ialah reaksi muka Shahir yang tersengeh-sengeh keseorangan. Sama ada tersentuh dengan kelunakkan suara Adira ataupun sedang berangan seorang diri. Shahir..Shahir..
'' Bagus Adira! Bagus! Cikgu Siti memuji Adira sambil menepuk tangan lalu menyedarkan kembali lamunan pelajar-pelajar di dalam kelas itu. Mereka serentak turut bertepuk tangan kepada Adira.
'' Vokal awak sangat bagus, 'piching' tak lari tapi awak ada satu jer masalah. Saya nak awak kurangkan sedikit bunyi 'ekk' tu. Tapi tak mengapa. Teruskan berlatih. Saya percaya lama-lama nanti awak akan mahir untuk mengawalnya ,'' ujar Cikgu Siti.
Dalam ramai-ramai pelajar di dalam kelas itu, seorang pelajar sudah mula rasa tercabar dengan lontaran vokal Adira. Siapa lagi kalau bukan Emma. Emma merupakan pelajar senior di Akademi Muzik itu. Dahulunya dia sangat dipuji oleh tenaga-tenaga pengajar dek kelunakan suaranya. Tapi setelah Adira memasuki Akademi Muzik tersebut, takhtanya telah dirampas dengan sewenang-wenangnya.
''Cis! Tak guna kau Adira. Ingat senang nak rampas takhta aku. Siap kau Adira. Kau belum kenal dengan siapa kau sedang behadapan sekarang.'' dengan penuh rasa benci dan dendam Emma memberontak di dalam hatinya.
'' Okey..Adira awak boleh duduk sekarang. Shahir, giliran awak pulak.'' Cikgu Siti memanggil.
'' Shahir! '' Cik Siti berteriak. Shahir tersedar dari lamunannya lalu ke hadapan setelah dipanggil oleh Cikgu Siti.
'' Apa yang awak berangankan tu, Shahir. Berangan tengah menyanyi lagu Bila Cinta ker dengan Adira ni.'' Cikgu Siti mula mengusik. Maklumlah lagu tersebut kini menjadi siulan bagi pasangan yang sedang bercinta.
Adira tersenyum-senyum. Shahir pula dengan pantas menukar topik '' Erm..lirik bahagian mana cikgu nak uji saya.''
'' Pandai awak menukar topik yer. Saya nak awak nyanyi bahagian korus. Saya nak uji kekuatan vokal awak pulak,'' ujar Cikgu Siti.
Shahir diberi tugasan menyanyikan lagu Khatimah Cinta. Shahir akur dengan kata-kata Cikgu Siti lalu memulakan nyanyiannya.....
Sudah lah sudah ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biar ku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangmu
Peluk tubuh ku
Kucup bibir ku
Relakan saja
Aku pergi....
Seperti biasa, Shahir akan menutup matanya untuk lebih menghayati lagu tersebut. Adira yang memerhatikan Shahir dari tadi ternyata tersentuh dengan suara Shahir yang ternyata sangat menghayati lagu tersebut seakan-akan pernah memalui pengalaman memeritkan seperti bait-bait lirik tersebut.
'' Hrmm..bagus Shahir. Suara awak sedap, 'feel' tu dah ada cuma awak seperti susah nak keluarkan suara. Saya nak awak keluarkan sepenuhnya suara awak. Kalau boleh jangan sempitkan dada awak tuh. Tak apa,teruskan berlatih lagi.'' dengan penuh profesional Cikgu Siti memberi komen
'' Okey Shahir. Awak boleh balik ke tempat awak sekarang.'' ujar Cikgu Siti.
Shahir jalan menuju ke tempat duduknya. Dalam pada yang sama dia malu-malu dengan Adira yang dari tadi asyik memerhatikannya tanpa berkedip sesaat pun.
'' Sedap suara Shahir.Ada curlast gitu. Lagi sedap daripada yang hari tu. Eheeee.'' tersenyum-senyum Adira memuji.
'' Terima kasih. Tapi jangan lar pandang saya macam tu. '' Shahir tersengeh sampai ke telinga yang ternyata kembang apabila dipuji sebegitu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas tamat kelas Cikgu Siti, pelajar-pelajar Akademi Muzik dikehendaki ke kelas tarian Cikgu Linda. Dalam menuju ke kelas Cikgu Linda, Adira seperti sedang mencari-cari seseorang. Seperti kebiasaan, dia sudah menduga yang Shahir akan mengelakkan diri daripada menghadiri kelas tarian Cikgu Linda apabila tidak nampak kelibat Shahir bersama-sama pelajar-pelajar lelaki.
'' Hai Adira!'' terdengar satu suara perempuan yang menegur Adira dengan memegang bahunya dari belakang. Adira yang sedang mengelamun seorang diri ternyata terkejut.
'' Nama saya Emma. Selamat berkenalan.'' ujar Emma kepada Adira. Rancangan Emma yang ingin berbaik-baik Adira seperti ada udang di sebalik itu tidak diketahui oleh Adira.
Adira dengan mesra menyahut sapaan itu '' Hai Emma. Jom kita ke kelas Cikgu Linda.'' Adira memeluk erat tangan Emma. Emma hanya tersenyum kepada Adira tetapi disebalik senyumannya itu di dalam hatinya berkata
''Huh! Menyampah betul. Sabar Emma. Rancangan kau sekarang sedang berjalan dengan lancar sekarang. Kita teruskan dengan rancangan selanjutnya.''
'' Erm..Emma awak pergi dulu ya. Saya ada hal lar. Cakap dekat Cikgu Linda saya lewat cikit yer.'' ujar Adira.
'' Okey..Baiklah. Nanti saya beritahu.'' dengan penuh kejahatan Emma tersenyum sambil berkata di dalam hatinya ''Bagus-bagus. Inilah masa yang tepat untuk aku kenakan kau."
Adira meninggalkan Emma berjalan seorang diri apabila melihat kelibat Shahir yang sedang dalam perjalanan menuju ke bilik bawah tanah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Eh! Mana pulak Che Ahmad ni. Bukan dia masuk bilik ni ke tadi.'' bisik Adira semasa memasuki bilik stor di bawah tanah sambil matanya mencari-cari Shahir.
'' Kedummmm..kechakkk..'' pintu bilik stor ditutup. Adira yang masih berada di dalam bilik ternyata panik apabila seseorang telah menutup pintu serta menguncinya dari luar.
'' Hei! Janganlah bergurau. Bukak pintu ni sekarang. Siapa yang ada dekat luar tu. Bukak lar....!'' teriak Adira ketakutan.
'' Kenapa ni ? Macam mana boleh terkunci pulak ni ?'' datang suara lelaki yang datang dari belakang bertanya.
Adira berpaling ke belakang sambil berteriak '' Shahir!''
'' Apa yang awak buat dekat sini hah?. Kenapa awak ikut saya!'' dengan tegas Shahir mula menyoal.
''Saya nak tengok awak pergi ke mana sampai sanggup ponteng kelas tarian Cikgu Linda. Saya ingat nak pujuk awak pergi sekali dengan saya. Tak kan itu pun salah.'' ujar Adira. Entah kenapa mata Adira sedikit berair semasa mengeluarkan kata-kata tersebut kepada Shahir.
Melihat Adira yang tak henti-henti mengeluarkan air mata, Shahir merapatkan diri kepada Adira lalu berkata '' Saya minta maaf. Tak sepatutnya saya cakap macam tu tadi.''
Dengan secara tiba-tiba Adira bertindak mengesat air matanya menggunakan baju Shahir yang kebetulan berada dekat dengannya.
'' Hoi! Hoi! Hoi! Apa yang awak buat ni ? Shahir berteriak.
'' Minta maaf! Sapu tangan yang awak bagi hari tuh, saya tertinggal di Asrama Biru. Jadi saya tak ada kain nak kesat.'' ujar Adira dengan selambanya.
Tiba-tiba ''Kruukk..kruukk..kruukk.'' Shahir menekan perutnya.
Adira yang masih bersedih kembali tersenyum apabila terdengar sesuatu yang melucukan hatinya.
''Ah..!! Malunya aku. Masa ini jugak perut aku nak berbunyi.'' ujar Shahir di dalam hatinya yang ternyata malu dengan Adira.
'' Ehee..Che Ahmad lapar yer. Sabar la. Mungkin diaorang tengah mencari kita sekarang ni. Lagipun mungkin Emma nampak saya semasa dalam perjalanan menuju ke bilik bawah tanah tadi.'' ujar Adira sambil tersenyum.
'' Emma? Huh! Aku dah agak. Ni mesti kerja dia. Pantang nampak ada budak bagus sikit daripada dia mula la nak buat rancangan jahat. Padahal baru jer aku nampak dia baik jer berjalan-jalan dengan Adira tadi. Rupanya memang ada udang disebalik batu.'' ujar Shahir dalam hatinya yang tenyata tidak mahu Adira berkecil hati sekiranya tahu akan niat sebenar Emma berkawan dan berbaik-baik dengannya.
'' CIK SITI.....!!!!!!!'' Pelajar-pelajar lelaki Asrama Biru membuka bilik stor tersebut sambil berteriak.
Shahir dan Adira terkejut. Begitu juga pelajar-pelajar lelaki Asrama Biru apabila melihat Shahir dan Adira berada di dalam bilik stor tersebut.
'' Apa kau buat pada Cik Siti aku hah, Shahir. '' Iwan sudah mula mengangkat buku limanya yang hanya main-main untuk menakutkan-nakutkan Shahir.
'' Baik kau cakap cepat.'' Alif pula berteriak.
'' Buat apa pulak?'' jawab Shahir yang ternyata bengang dituduh sebegitu.
'' Shahir..Shahir..kau ni kan...'' Shah bersuara.
'' Aku tak buat apa-apa lar. Sumpah!'' dengan tegas Shahir menjawab.
'' Cik Siti..awak tak apa-apa ker?. Jom kita balik asrama. Cik Siti dah terlepas waktu makan ni.'' dengan nada lembut Daus mengambil berat lalu mangajak Adira keluar dari bilik tersebut.
Adira tersenyum '' Saya tak apa-apa. Saya okey aje.
'' Ketua Asrama! Lajunya kau. Tak adil lar macam tuh.'' Maulana berteriak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semua pelajar-pelajar lelaki termasuk Adira pulang ke Asrama Biru. Masing-masing menemani dan mengerumuni Adira yang baru menikmati hidangan makan tengah harinya.
'' Cik Siti..nak saya suapkan ? Daus bertanya.
'' Cik Siti nak minum air apa. Nanti saya buatkan.'' Iwan tiba-tiba menunjukkan sikap keprihatinannya.
'' Cik Siti panas ker?. Nak saya tolong kipaskan!.'' Alif pula ternyata berjangkit dengan Iwan yang suka menjual minyak.
Adira hanya mampu tersenyum. Shahir yang turut berada di meja makan tersebut sambil menikmati hidangannya hanya mampu menggelengkan kepala yang ternyata menyampah akan kelakuan rakan-rakannya itu. Selesai makan, semua pelajar kembali ke bilik masing-masing menanti hari esok yang bakal tiba.