Pages

Music For You

Thursday, December 16, 2010

Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 2



''Macam mana lar dengan nasib aku selepas ini ya..bestnya dapat bilik asrama utama.'' ujar Adira ersorqk girang di dalam hatinya.

Bilik asrama utama merupakan bilik yang disediakan untuk tetamu kehormat yang datang melawat asrama tetapi Daus dengan selambanya menempatkan Adira disitu.
''Aku dah kata akan bekerja di sini jadi kenalah bekerja bersungguh-sungguh.'' bisik Adira setelah memasuki ruangan bilik asrama yang disediakan untuknya.
''Tok..tok..tok.'' Lamunan Adira terhenti apabila mendengar ketukan pintu biliknya. Adira dengan malasnya membangunkan dirinya untuk membuka pintu.
'' Yer saya datang ni.''
'' Hai Adira! Dah dapat sesuaikan diri ker ?''
''Apa kata kami tunjukkan awak sekitar kawasan akademi ni.''
terkejut Adira apabila didatangi oleh 4 pelajar Asrama Biru di hadapan pintu biliknya. Lantas Adira dengan muka merah padam yang malu dengan kunjungan tersebut segera menolak ajakan tersebut dengan cara yang baik kerana banyak kerja sedang menanti dirinya.
4 pelajar lelaki yang masing-masing tidak mempunyai perasaan malu segera memperkenalkan diri kepada Adira.
''Hai saya Maulana.Panggil saja Mau ya.''
''Saya Alif. Apa nombor telefon awak yer..'' dengan pantas Alif cucuk jarum.
''Saya Mirza Iwan.Panggil jer Iwan. Awak ni comel jugak kan!'' wahh Iwan dah mula jual minyak.
Lelaki terakhir yang memperkenalkan diri ialah Shah.Shah agak pemalu dibandingkan dengan yang lain. Kalau tidak disebabkan rakan-rakan dia yang mengajak..tak ada masa untuk dia ikut serta.
''Kalau kami panggil awak Cik Siti boleh tak ?'' usik Iwan.
Adira yang masih malu-malu kucing dengan usikan tersebut tiba-tiba terpaku apabila ada seseorang memeluk erat tangannya dari belakang.
'' Korang semua ni..jangan la susahkan Cik Siti kita ni. Jom Cik Siti ikut saya.'' dengan segera lelaki yang dikenali sebagai ketua asrama itu menarik tangan Adira.
''Ketua asrama..!! Tak adil la macam tu'' Iwan mengertak apabila ketua asrama membawa Adira jauh dari pandangan mereka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

''Sini bilik rehat untuk pelajar asrama. Awak pun boleh guna sesuka hati, tahu!'' terang ketua asrama.
Adira yang tergamam bercampur kagum dengan kecantikan bilik tersebut tiba-tiba terkejut apabila ketua asrama memegang erat tangannya sambil merapatkan diri.
''Saya adalah ketua asrama disini. Nama saya Shahril Daus. Panggil jer Daus ya. Kalau ada masalah datanglah berjumpa dengan saya'' tambahnya lagi.
''Terima kasih kerana mengambil berat'' ucapan Adira dengan nada panik setelah Daus secara tiba-tiba merapatkan diri.
''Adoui!!! Sakit lar.'' Daus meraung kesakitan apabila seseorang memukul kepalanya dengan sebuah buku.
''Bukan ker kita dilarang bercinta dekat asrama,'' keluar kenyataan tersebut daripada seseorang yang telah memukul Daus dari belakang.
''Kau jangan ingat kau boleh lepas macam tuh saja.'' teriak Daus dengan nada yang sangat marah dan dalam pada masa yang sama malu dengan diri sendiri apabila dia sebagai ketua asrama bertindak berkelakuan seperti itu. Dengan segera Daus berlalu pergi meninggalkan bilik rehat tersebut.
Adira menarik nafas lega dan berpaling ke arah wajah yang seakan-akan dia kenal sebelum ini.
'' Aaahhh..Shahir kan! Te..terima kasih!
'' Takdir telah menyatukan kami.Sekali lagi dia telah menyelamatkan aku.'' bisik Adira sambil mengelamun sendirian.

''Awak ni tak jalankan tugas sebagai pembantu asrama lar. Kalau awak ada masa untuk bersuka ria kat sini sana, baik awak buat kerja yang dah bertimbun dekat sini'' Shahir menyuarakan pendapatnya dengan nada sinis kepada Adira.
''Apaaaaaaaaa????

Dia ingat dia siapa. Aku tarik balik pandangan aku tadi. Langsung tak menarik hati. Menyakitkan hati ada la. Dia bukan takdir aku!!! '' Adira memberontak dalam hatinya apabila Shahir mengucapkan kata-kata yang menjatuhkan maruahnya. 

Lalu Adira bingkas bangun dan meninggalkan Shahir seorang diri di bilik rehat itu.
''Hei korang semua!!! Sila bawa saya berjalan-jalan sekitar kawasan akademi ini.’’ Adira bersuara.
Tindakannya itu semata-mata kerana mahu mengambil perhatian Shahir tetapi Shahir hanya memandang sinis ke arah rakan-rakannya yang lain yang rata-ratanya teruja menyambut ajakan Adira tadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adira merasakan hidupnya sekarang seperti seorang tuan puteri yang dipenuhi dengan ramai putera kacak. Tidak menyangka dirinya begitu popular kerana perempuan biasa sepertinya sangat dihargai oleh pelajar di asrama tersebut. Namun perasaan aneh tetap menyelubungi dirinya.
Pada malam tersebut Adira tidak dapat tidur memikirkan perkara tersebut lantas dia ke luar beranda asrama untuk mengambil angin. Sedang Adira leka memerhatikan sinaran cahaya bulan, sayup-sayup kedengaran satu suara yang sangat merdu dari salah satu bilik asrama pelajar lelaki. Bait-bait lirik yang dinyanyikan oleh lelaki tersebut sangat syahdu dan menenang hati sesiapa yang mendengarnya serta diikuti dengan petikan gitar akustik. Adira yang tertarik dengan suara tersebut segera mencari dari mana datangnya suara lelaki tersebut. Adira melihat satu cahaya lampu dari bilik hujung yang ternyata masih ada pelajar yang belum melelapkan mata.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adira membuka bilik tersebut dan terkejut apabila mendapati suara tersebut adalah milik Shahir yang sedang berada diatas katilnya sambil mencatit sesuatu diatas sekeping kertas bersama gitar disampingnya. Ya itu Shahir, orang yang pernah melukakan hatinya siang tadi. Terkejut dengan kunjungan Adira, Shahir segera menghentikan petikan gitarnya itu.

''Apa yang awak buat ni. Cuba awak tengok jam..(5 minit sebelum pukul 11). Sepatutnya awak sekarang perlu ada di bilik sebelum ketua asrama membuat pemeriksaan.’’ terang Shahir.
Adira yang masih berdiri di pintu bilik Shahir tidak berpuas hati apabila Shahir menyalahkan dirinya sahaja kerana tidak berada di bilik dengan segera menyuarakan pandapatnya pula.
''Yang awak pula, malam-malam masih memekik di dalam bilik ini tak ke mengganggu pelajar lain yang mahu tidur." Namun pada hakikat sebenar dirinya sangat mengagumi akan suara lunak Shahir serta bakat Shahir yang pandai bermain gitar.
'' Yelah..yelah saya pun salah jugak.’’ Shahir terpaksa mengakui kesalahannya itu walaupun disindir pedas oleh Adira. Tidak tahu kenapa sikap Shahir berubah jika dibandingkan dengan siang tadi.
''Awak tahu tak kenapa kenapa semua orang layan awak macam tuan puteri di sini? dengan secara tiba-tiba Shahir bertanya. Adira terkejut apabila diajukan soalan sebegitu lantas menjawab ''Awak jangan sibuk la pasal saya.’’
''Ada khabar angin yang menyatakan pasal anak pengetua Norman yang hanya dikenali dengan nama ‘Ir’ akan mengambil peperiksaan penilaian di akademi ini pada tahun ini. Adira kebingungan. Lantas Shahir menambah lagi '' Tak perasan lagi ker nama awak kan Adira, ada ‘Ir’ di dalam ejaan nama awak.
''( Maksudnya diorang dah salah anggap yang aku ni anak pengetua akademi ni ke? Tak mungkin )’’ bisik Adira dengan nada kesal.
Krek..krekk..krekk.. ''Aaaahhhhhhhhhhhhhhh!!!’’ dengan lantaran vokal yang kuat Adira menjerit dan segera memeluk erat tangan Shahir. Shahir yang turut terkejut segera melihat apa yang berlaku. Rupanya seekor lipas merangkak di atas kakinya. Shahir hanya mampu menggeleng kepala dan pada masa yang sama hatinya hanya menahan ketawa apabila melihat gelagat Adira yang sangat lucu apabila takut dengan lipas.
Bunyi tapak kaki serta riuh-rendah secara beramai-ramai yang sedang menuju ke bilik Shahir dapat didengarinya dari jauh. Shahir pasti pekikan suara Adira tadi telah mengejutkan pelajar-pelajar lelaki di asrama tersebut lantas Shahir menarik tangan Adira untuk bersembunyi di bawah kain gemburnya (selimut tebal).
''Ahhhh!! Bisinglah. Shahir berpura-pura mengantuk seolah-olah baru sahaja dikejutkan dengan bunyi yang membingitkan telinga.
''Kau ni biadap betul bila bercakap dengan orang yang lebih senior daripada kau,’’ Maulana bersuara.
Iwan bertanya pula '' Kau ada dengar jeritan Cik Siti tak?

'' Macam mana ni..macam mana ni..Aku memang harap tak kantoi dengan diorang tapi sekarang ni....Apasal rapat sangat aku dengan Shahir ni!!!!" Adira berdebar-debar menunggu di bawah kain gembur ( selimut tebal ) Shahir.

''Tak ada pun. Jangan-jangan korang semua termimpi dengar pekikan suara Cikgu Linda agaknya,’’ dengan bijak Shahir memberi alasan kerana memang benar apa yang dikatakan Shahir bahawa suara Cikgu Linda memang sangat membingitkan apabila mengajar anak muridnya.
''Jom blah..tak guna..menyusahkan orang betul perempuan tuh,’’ dengan nada bengang, Iwan pula yang membebel seorang diri.
''Kalau dia bukan anak pengetua Norman, sebelah mata pun aku tak pandang. Tapi demi menaikkan potensi dan terus belajar kat sini, guna dia untuk bodek pengetua pun apa salahnya kan,’’ tambah Alif pula.
''Teruklah kau ni. Aku seboleh-bolehnya nak berusaha sendiri dengan bersungguh-sungguh,’’ Shah pula menyampuk. Tidak mengambil peduli akan kata-kata Shah itu, mereka segera berlalu meninggalkan bilik Shahir dan kembali ke bilik masing-masing.
Adira yang masih berada di bawah kain gembur Shahir, rata-rata berkecil hati dengan kata-kata yang diucapkan oleh pelajar-pelajar itu. Secara tidak langsung matanya mula berair dan tidak dapat dihentikan lagi. Shahir yang menyedari akan keadaan itu segera mengambil sapu tangannnya dan diserahkan kepada Adira.
''Baik kau keluar dari situ sekarang sebelum aku melepaskan angin yang tak sepatutnya nanti,’’ gurau Shahir nakal. Satu das penampar telah dilepaskan oleh Adira ke bahu Shahir. Agak perit jugak tamparan Adira sehingga Shahir mengusap-mengusap bahunya bagi mengurangkan keperitan.
''Padam muka. Pandai-pandai cakap nak buang angin tuh apahal.’’ teriak Adira yang sangat marah dengan kelakuan Shahir.
''Alarh…duduk lar lagi bawah kain gembur ni. Tak nak cuba bau ke?.’’ gurau Shahir.
Malas untuk melayan kerenah Shahir, Adira segera keluar dari bilik tersebut dan pulang ke biliknya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adira masih memikirkan tentang sikap pelajar-pelajar yang mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana beranggapan bahawa dirinya adalah anak kepada pengetua akademi tersebut padahal dia cuma seorang perempuan biasa yang berasal dari kampung yang mengejar cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi. Tapi disebabkan pelbagai masalah telah timbul terhadap dirinya, terpaksa juga Adira melupakan hasratnya itu untuk menuntut ilimu muzik di akademi tersebut. Dan dalam pada masa yang sama juga Adira berasa seronok apabila dapat mendampingi Shahir. Sikap Shahir amat berbeza jika dibandingkan siang tadi. Adira juga tidak menyangka bahawa Shahir mempunyai bakat untuk menghasilkan muzik yang menyentuh jiwa. Secara tidak langsung Adira tersedar bahawa dia masih memegang sapu tangan yang telah Shahir beri tadi lalu memeluknya. Entah kenapa hatinya berasa berdebar-debar. Dalam Adira sedang hanyut memikirkan perkara tersebut, akhirnya dia terlelap juga.

No comments:

Post a Comment