Pages

Music For You

Thursday, December 16, 2010

Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 3



'' Aaaahhhhh!!! Teruk ni..aku terbangun lewat'' Adira segera bangun dari katilnya. Adira tidak menyangka dia masih memegang sapu tangan yang diberikan Shahir semalam. Adira tersenyum-senyum memikirkan perkara semalam sambil memandang sapu tangan itu lalu disimpannya ke dalam laci. Sedang Adira dalam perjalanan menuju ke dapur, dia terdengar bunyi riuh rendah suara pelajar- pelajar di asrama itu yang sedang hebat membincangkan sesuatu.
'' Betul ker ?'' Shah bertanya.
'' Betul..anak pengetua Norman bukan perempuan, tetapi lelaki. Dia memang sebaya dengan Adira. Cuma nama dia belum diketahui lagi.'' tambah Alif.
'' Biar betul. Jadi Cik Siti kita bukannya....'' Maulana menghentikan percakapannya apabila terlihat Adira yang sedang berjalan menuju ke dapur.
'' Selamat pagi Cik Siti !'' Alif memulakan perbualannya dengan Adira.
'' Tidur nyenyak tak semalam ? '' datang pula Daus dengan nada mengambil berat sambil memegang bahu Adira.
'' Tak pe..tak pe..kerja mengemas hari ni biar kami yang buat ya .'' dengan tersengih-sengih Iwan sudah mula menjual minyak.
'' Hoi!..hoi!..hoi! Apa yang korang buat ni hah!'' Shahir berteriak kepada rakan-rakannya apabila melihat riak muka Adira yang rimas diperlakukan seperti itu.
Adira yang terkejut dengan teriakkan suara jantan Shahir segera menepis tangan Daus dari bahunya sambil berkata
'' Korang semua tak perlulah bersusah payah demi saya. Korang berbaik-baik dengan saya pun tak akan dapat keuntungannya. Saya bukannya anak pengetua Norman seperti yang korang fikirkan.'' dengan nada sayu Adira mengeluarkan kata-kata.
Rata-rata semua pelajar di Asrama Biru terkejut dan tergamam dengan kata-kata Adira itu.
'' Tapi disebabkan korang layan saya dengan baik semalam jadi kita kira 0-0 lar yer.'' Adira menceriakan kembali keadaan apabila melihat mereka yang asyik tertunduk diam sahaja.
Keadaan di dapur kembali ceria apabila pelajar tersebut berasa lega apabila Adira tidak mengambil hati akan kelakuan mereka terhadapnya. Tapi dalam pada masa yang sama, disebalik senyuman Adira itu hatinya masih berbisik kesedihan '' Walau macam mana aku berusaha pun, aku tetap tak setaraf dengan mereka.''

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedang Adira sedang mengemas di bilik pakaian, dia terpandang satu uniform yang telah lama dia impikan untuk memakainya iaitu uniform Akademi Muzik.'' Wahh..segaknya baju ini '' kombinasi warna t-shirt merah serta suit dan seluar berwarna putih menarik perhatian Adira. Dengan pantas Adira mencuba untuk memakai uniform itu sambil membelek-belek dirinya di cermin. '' Uniform Akademi Muzik ni memang menberi perasaan yang sangat berbeza. Wah! Sangat teruja rasanya.'' ujar Adira.
''Hoi!..Hoi!..Hoi! Siapa bagi kebenaran pakai uniform akademi yang orang punya tu hah?'' teriak seorang lelaki.
Adira terkejut apabila suara seorang lelaki yang sangat Adira kenali datang dari sofa yang membelakangi dirinya mula menegur. Tidak pula Adira perasan ada orang lain selain dirinya di bilik pakaian itu. Adira memandang ke belakang dan menarik nafas lega apabila melihat Shahir yang sedang meniarap di atas sofa sambil memuncungkan mulut apabila melihat Adira memakai uniformnya.
''Hakh..hakh..hakh..hakh'' Adira tidak dapat menahan tawa melihat riak wajah Shahir yang seperti kanak-kanak yang sedang merajuk. Tetapi di dalam hati Adira berkata ''Aahhh!!! comelnya.Seperti mahu dicubit-cubit pipinya.
Melihat akan keadaan itu, dengan tersengih-sengih Adira memujuk Shahir ''Oh....Che Ahmad Shahir punya uniform rupanya. Eheeee..Nah, saya dah lipatkan cantik-cantik siap dengan harum-haruman sekali.''
'' Dah la. Jangan lar merajuk lagi. Saya minta maaf '' dengan secara tiba-tiba Adira mencubit pipi Shahir. Wahh..tercapai juga hasrat Adira.
Shahir tersenyum-senyum yang ternyata malu dengan Adira yang memujuknya seperti memujuk seorang kanak-kanak sambil mencubit pipinya.
''Ahhh!! Sakitnya!'' di dalam hati Shahir berkata sambil mengusap pipinya. Shahir segera bangun daripada terus meniarap di atas sofa itu.
''Bukan ke hari ini ada latihan tarian di kelas cikgu Linda? Shahir tak pergi ker?'' Adira menambah bicara.
'' Ah..malas la nak pergi. Badan saya ni konkang, keras macam kayu. Berlatih banyak mana pun tak ada maknanya'' ujar Shahir.
'' Haish! Itu lar fungsi latihan yang cikgu bagi. Bukan ker tarian itu penting untuk sesuatu persembahan. Sepatutnya dilatih tiap-tiap hari. Lama-lama nanti mahir la.'' Adira mula menyuarakan pendapat.
Tidak peduli akan bebelan Adira itu, dengan segera Shahir menukar topik perbualan
''Semalam, saya rasa lega dapat memberitahu awak perkara yang sebenar. Yelah..setiap kali saya lihat pelajar-pelajar lelaki dia asrama ini melayan awak dengan baik, saya mula rasa bersalah. Tapi saya rasa kehidupan di asrama ni takkan bosan bila awak ada.'' ujar Shahir dengan nada lembut. Entah kenapa, percakapan Shahir terhadap Adira begitu lembut dan sangat beradab jika dibandingkan pada waktu mula-mula Adira sampai di Asrama Biru.
''Terima kasih sebab dah banyak tolong saya di sini tapi saya rasa saya tak layak untuk berada disini jika dibandingkan dengan pelajar yang lain. Tetapi selepas dua hari merasai kehidupan berasrama disini, saya dah merasai mimpi indah. Tahun depan saya akan cuba ambil peperiksaan kelayakan di sini lagi.'' Adira menghentikan bicara lalu bersalaman dengan Shahir. Adira segera berlalu meninggalkan Shahir. Entah kenapa mata Adira mula mengeluarkan air mata, mungkin terlalu sedih serta berat hati untuk meninggalkan asrama tersebut. Shahir yang mengerti akan keadaan itu tidak mampu berkata apa-apa hanya membiarkan Adira pergi.

''Jumpa lagi Akademi Muzik.'' Adira membawa begnya lalu melangkah pergi meninggalkan Akademi Muzik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adira masih menunggu ketibaan penerbangannya untuk pulang ke Sabah di KLIA. Adira menyeluk sakunya dan mengeluarkan sapu tangan dan entah kenapa dia berasa begitu sebak memandang sapu tangan tersebut.
'' Jangan menangis Siti Adira. Dah tiba masanya untuk kau pulang ke rumah. Tiada sebab untuk kau untuk terus berada disini.'' Lamunan Adira terhenti apabila dia melihat kelibat sekumpulan pelajar yang sangat dia kenali berjalan menghampirinya tetapi seperti ada yang kurang disitu. Shahir..Ya, orang yang ingin sekali dia lihat sebelum dia menaiki pesawat, tidak ada bersama-sama dengan mereka.
'' Cik Siti !!! Kenapa tak beritahu kami yang awak nak berhenti? Daus bersuara.
Iwan pula turut bersuara '' Kitaorang minta maaf sekiranya ada buat salah dengan Cik Siti. Kalau Cik Siti berhenti sebab kami, kami akan rasa....''
''Bukan lar..bukan.'' Adira segera menafikan.
Belum sempat Adira meneruskan percakapan, pelajar-pelajar lelaki Asrama Biru melutut dan setiap seorang pelajar menadahkan sekumtum bunga mawar kepada Adira. Adira tergamam dan tidak menyangka mereka sanggup berbuat begitu.
''Ah.. apa saja yang korang semua buat ni. Memalukan betul.'' Shahir berbisik apabila melihat kejadian itu. Dengan segera Shahir menghampiri Adira dari belakang
'' Assalamualaikum.'' Shahir menyapa Adira.
''Haish Adira ni, tak dengar ke atau buat-buat tak dengar. Mentang-mentang la banyak bunga sedang mekar berkebun di depan dia..huh! '' Shahir mengeluh di dalam hati.
'' Hello'' sekali lagi Shahir menyapa.
'' Eh..hai! Adira menyahut. Ternyata terkejut dan pada masa yang sama gembira apabila melihat Shahir di hadapannya.
'' Saya cari awak di dalam tapi kakak di kaunter tu cakap awak mungkin ada dekat- dekat sini ,'' ujar Shahir.
'' Tak lah. Saya tengah pilih bunga yang tiada semut bha. Nampak bunga sedang banyak disini,'' Adira berseloroh. Ternyata pelajar-pelajar Asrama Biru hanya menjadi pemerhati kelakuan mereka berdua dalam kelenguhan.
'' Adoui!'' Shahir menepuk dahinya sambil berkata di dalam hatinya, ''Boleh pula dia buat lawak masa-masa macam ni.''
Shahir merapatkan diri sambil memandang tajam wajah Adira. Adira terpaku dan terkebil-kebil apabila bertentang mata dengan Shahir. Jantungnya berdebar-debar seperti mahu tercabut keluar.
Aaaaahhhhhhh!!!! Mahu saja dia menjerit disitu tetapi....
'' Sabar Adira.. Sabar..Shahir di depan kau tuh. Jangan buat malu pula dekat sini '' Adira mula menenangkan diri.
'' Tahniah Cik Siti Adira, disebabkan hari ini ada seorang pelajar perempuan menolak tawaran kemasukan, jadi awak diserap masuk semula ke Akademi Muzik.'' ujar Shahir. Sama ada mahu percaya atau tidak, tiada kata yang dapat diucapkan oleh Adira ketika itu selain bersyukur dapat meneruskan cita-citanya di Akademi Muzik tersebut.
Semua pelajar lelaki Asrama Biru membangunkan diri mereka dan sangat gembira apabila mendengar khabar berita tersebut tetapi timbul kemusykilan dalam kalangan diri mereka.
'' Macam mana dengan cepat kau boleh tahu perkara ni hah?'' Daus mula bertanya lalu hanya main-main menarik baju Shahir lalu menghalakan buku limanya ke arah Shahir.
'' Ye lah macam mana kau boleh tahu padahal setiap butir-butir pelajar yang keluar masuk Akademi Muzik sangat dilindungi dengan ketat oleh pihak pengurusan.'' dengan nada kehairanan Alif bertanya.
'' Sebab aku…aku…aku..’’ Shahir serba salah untuk memberitahu.
'' Aku..aku..aku..cepatlah hoi! dengan kasar Iwan menolak kepala Shahir.
Shahir bertambah geram apabila rambut yang mengambil masa sejam utuk dia setkan menjadi kusut gara-gara Iwan lalu membetulkan kembali dan penuh gaya serta mimik muka yang macho Shahir menjawab pertanyaan itu '' Sebab aku adalah anak pengetua Norman.''
'' Tipu!!!'' Adira seakan-akan tidak percaya akan pengakuan Shahir itu.
''Hee..hee..hee..Tak mungkin lar Cik Siti. Budak ni mengarut jer.'' Daus tersengih-sengih sambil membetulkan kembali baju Shahir yang berkedut gara-gara ditarik olehnya tadi. Dan dalam pada masa yang sama Daus berkata dalam hatinya '' Macam mana aku tak terfikir yang Shahir tuh anak pengetua. Padahal memang betul pun ada 'Ir' pada ejaan nama dia. Mungkin sebab penampilan dia agaknya yang tak nampak macam anak pengetua. Huh nampak macam budak kg.com saja. Tambahan pulak Mak Anum tu kan mak dia. Tak kan lar isteri pengetua nak bekerja sebagai pembantu asrama pulak. Ah..pusing kepala aku fikir semua benda ni.''
''Jom balik Cik Siti. Kita raikan kedatangan Cik Siti sebagai pelajar baru Akademi Muzik.'' seperti kebiasaan Iwan sekali lagi sudah jual minyak.
'' Cik Siti nak tahu, kalau bukan Che Ahmad kita ni yang beritahu kitorang yang Cik Siti nak berhenti, kami pun tak kan tahu.'' Maulana pulak bersuara.
'' Betul ke..Shahir'' tnya Adira lembut. Entah kenapa hatinya begitu bahagia apabila melihat wajah Shahir.
'' Saya tak nak awak berhenti macam tuh jer. Masih ada sesuatu yang perlu awak capai di Akademi Muzik ni. Tak kan awak nak berputus asa macam tu saja.'' ujar Shahir secara beremosi.
''Sejak dari mula aku menjejakkan kaki di Akademi Muzik, Shahir sudah jadi penyelamat aku walaupun kadang-kadang sikapnya agak menyakitkan hati.'' bisik Adira. Adira dengan secara tiba-tiba memeluk erat tangan Shahir.
''Terima kasih ya, Shahir,'' ujar Adira. Pelajar-pelajar lelaki yang mengikuti dari belakang terkejut melihat perbuatan Adira. Rata-ratanya cemburukan Shahir kerana tidak berpeluang diperlakukan sedemikian.
'' Jangan la rapat sangat ,'' seperti biasa, itulah yang akan selalu dilakukan olah Shahir sekiranya ada perempuan mendekatinya. Sikapnya yang sangat pemalu terhadap perempuan agak sukar untuk dibuang. Tapi Adira sudah mengerti akan sikap Shahir itu, hanya mengikut kehendak Shahir.
'' Hrrmmm..Shahir! Saya betul-betul boleh teruskan pengajian disini ker? Kalau betul, terpaksa saya berpindah ke Asrama Ungu Akademi Muzik. Korang semua jangan risau yer. Nanti kita akan berjumpa juga semasa di dalam kelas kan.'' Adira memberitahu kepada pelajar-pelajar lelaki dengan begitu yakin.
Shahir yang melihat gelagat Adira hanya mampu menggelengkan kepala.
'' Ni pesanan dari Mak Anum.'' Shahir menyerahkan sepucuk surat kepada Adira.

Kalau awak berhenti dari menjadi pembantu asrama sekarang, pihak pengurusan akan susah. Sementara menunggu pengganti yang lain, sila tinggal di Asrama Biru dan lakukan pekerjaan sebagai pembantu asrama sambil awak belajar di Akademi Muzik ini...Terima Kasih.

''Saya perlu tinggal di Asrama Biru lagi???'' TIIIDDDDDAAAAAKKKKKKK!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment