Pages

Music For You

Thursday, December 16, 2010

Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 1


Bermulanya langkah seorang gadis menuju ke Asrama Biru sambil menarik lemah bagasinya. 2 jam berada di dalam pesawat cukup memeningkan bagi tuan empunya badan yang sebelum ini seumurnya hidup belum pernah menaiki sebarang pesawat. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di pintu gerbang Akademi Muzik, timbul perasaan kagum bercampur teruja sebaik sahaja melihat bangunan Akademi Muzik tersebut.

''Inilah hari yang sudah lama aku impikan iaitu untuk berada di Kuala Lumpur. Betul ke aku akan masuk Akademi Muzik ni? Rasa macam mimpi saja. Tapi kenapa semuanya lelaki. Lagipun hensem-hensem pula tuh.” 

Bisik hati seorang gadis yang bernama Siti Adira yang berasal dari Sabah yang telah lama memasang hasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di Akademi Muzik. Adira masih lagi terkial-kial membelek peta yang diterimanya iaitu laluan menuju ke mana asrama yang sepatutnya dia ditempatkan. Maklum sajalah, ini merupakan kali pertama Adira menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur dan juga Akademi Muzik. Tetapi apa yang menghairankan Adira ialah asrama yang menempatkan dirinya iaitu Asrama Biru Akademi Muzik dipenuhi dengan pelajar lelaki.

''Pelajar baru ke ?’’ datang satu nada yang mengejutkan Adira daripada dia terus membelek peta tersebut. 
''Ah..ya.Saya..’’akui Adira.
'' Ish! Teruknya, ini peta ke asrama lelaki. Asrama perempuan dekat belakang bangunan ini iaitu Asrama Ungu Akademi Muzik. Tetapi awak kenalah keluar semula ke susur jalan ini dan kemudian awak terus belok kiri. '' Lelaki tersebut menerangkan perkara sebenar kepada Adira.

''Wah...! Hensemnya..macam model dalam iklan BRANDS GENERASI HEBAT la. Sesekali nampak iras macam artis realiti yang baru sahaja menjuarai program tv tempoh hari. Suka betul aku tengok mata dia yang coklat tu, rambut serabut dia, hidung dia.... " hati Adira mula meronta-ronta berbisik.

Perasaan malu mula timbul dalam diri lelaki tersebut apabila perempuan yang tidak dia kenali itu asyik memerhati dirinya dari hujung rambut sehingga hujung kaki tanpa berkedip sesaat pun dan pada masa yang sama di dalam hati lelaki itu berbisik

'' Comel jugak budak ni, macam model INNERSHINE la. Sangat menepati 'taste' yang aku cari selama ni.'' Tetapi disebabkan keegoaan seorang lelaki, dia menyembunyikan perasaannya itu.

Rimas dengan keadaan itu apabila Adira asyik memerhati dirinya dari segenap sudut,dia segera bersuara
''Oiii..dengar tak ni’’ tengking lelaki tersebut bagi menghentikan lamunan Adira.
Adira yang terkejut dengan sergahan suara jantan tersebut segera menghentikan lamunan dan mengangguk tanda memahami apa yang disampaikan oleh lelaki tersebut.
''Hei che Ahmad Shahir! Kamu buat apa tu. Cepat la nanti makanan habis, kamu pula yang bising!’’ jerit seorang wanita yang sudah berusia kepada Shahir iaitu pelajar senior di Akademi Muzik. Shahir segera berlalu meninggalkan Adira keseorangan.
Setelah menyedari keadaan itu, Adira dengan segera berteriak mengucapkan terima kasih kepada Shahir dan dibalasnya dengan tanda `peace’..
'' Nama dia Ahmad Shahir rupanya. Dia ini orang yang macam mana ya..Pemalu ke?..Menarik hati ke?..Gila-gila ke?..Senior ke?..Atau sebaya?’’ Adira tersengeh-sengeh sambil pelbagai soalan menyelebungi dirinya mengenai lelaki yang baru sahaja dia kenali..
''Hei kamu! Kamu! Cik Siti Adira kan!’’ Jerit wanita berusia yang sebentar tadi baru sahaja menjerit kepada Shahir. ''Cepat! Kan saya dah kata datang pukul 12! Teruk betul la kamu ini,’’ tambah wanita itu lagi. Lalu wanita berusia tersebut segera menarik tangan Adira untuk masuk ke dalam Asrama Biru Akademi Muzik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kebuntuan Adira bertambah apabila setelah dia memasuki asrama tersebut, semua pelajar lelaki di dalam asrama tersebut memandang aneh terhadap dirinya. Alarhh..maklumlah sebelum ini tiada seorang perempuan pun yang pernah masuk ke Asrama Biru kecuali wanita berusia yang dikenali dengan nama Mak Anum iaitu seorang pembantu asrama. Adira masih mengingati bahawa Asrama Ungu berada di belakang seperti yang dijelaskan oleh Shahir sebentar tadi. Tapi kenapa dia dibawa kesini ?
Mak Anum segera menghentikan kebingitan yang dilakukan oleh pelajar lelaki di asrama tersebut yang rata-ratanya terkejut dengan kehadiran seorang perempuan di asrama mereka.
''Okey, semua dengar sini. Benda ini yang dah lama kamu semua tunggu kan..’’ perli Mak Anum kepada pelajar-pelajar lelaki di asrama tersebut.
'' Ini saya perkenalkan Cik Siti Adira yang baru sahaja datang dari Sabah . Mulai hari ini dia akan tinggal di asrama ini dan bekerja bersama Mak Anum sebagai pembantu asrama.’’
''Apa..pembantu asrama? ’’ teriak Adira yang terkejut dengan pemberitahuan tersebut. ''Saya pelajar baru la, bukan pembantu’’ jelas Adira yang masih kebingungan.
''Apa kamu merepek ni? Biar Mak Anum tunjukkan bilik kamu. Ikut cepat’’ kata Mak Anum. Adira segera mengikuti Mak Anum setelah ditarik tangannya untuk dibawa ke bilik asrama.
''Hei nama Adira tu kan ada ' Ir'……’’ tnya Iwan iaitu salah seorang pelajar di asrama tersebut.
''Itulah yang khabar angin yang kita dengar selama ini kan!’’ jawab Alif iaitu salah seorang pelajar di asrama itu juga sambil mengenyit matanya tanda memahami apa yang cuba disampaikan oleh Iwan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

''Ini saya punya borang kemasukan. Mak Anum periksalah.’’ Adira menyerahkan borang tersebut kepada Mak Anum.
''Patutlah Mak Anum rasa pelik tengok borang kamu. Mungkin ada kesilapan. Borang kamu tercampur ke bahagian borang permohanan pembantu asrama’’ jelas Mak Anum dengan nada kehairanan.
''Mak Anum pun tak sangka kamu memohon jawatan ini sebab kamu terlalu muda. Permohonan orang lain semuanya orang-orang tua jer.’’ jelas Mak Anum lagi.
''Jadi macam mana? Dengarnya kamu diterima masuk akademi ni, betul ker? tanya Mak Anum.
''Ya! Betul tuh..saya terima pengesahan dalam sampul surat yang dihantar oleh pihak Akademi Muzik ni..’’ akui Adira.
''Surat tuh Mak Anum yang hantar iaitu berkenaan dengan kerja sebagai pembantu asrama. Untuk jadi pelajar, kamu tak menepati kriteria kelayakan. Jadi tak diterima," jelas Mak Anum.
''Kalau kamu nak bekerja, Mak Anum boleh pertimbangkan dan jaga kamu disini. Kalau tak kamu kena pulang ke tempat asal kamu." tambah Mak Anum lagi.

''Aku ingatkan bila dapat surat dari Akademi Muzik ni, dah pasti aku diterima masuk. Bila dah sampai sini macam-macam masalah pula timbul. Takkanlah aku nak kena balik dan beritahu ibu yang aku tak lulus. Pasti ibu kecewa kerana dia telah menghebohkan satu kampung bahawa aku berjaya memasuki Akademi Muzik. Sebelum ini pun, belum pernah lagi ada penduduk kampung yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur. Dan berita mengenai aku berjaya memasuki Akademi Muzik semestinya menjadi kebanggaan ibu aku serta penduduk kampung. Kalau aku balik, malu la aku"  bisik Adira di dalam hatinya.

''Jadi macam mana?’’ pertanyaan Mak Anum menghentikan lamunannya.
'' Baiklah Mak Anum, saya sanggup bekerja sebagai pembantu asrama.'' Setelah lama memikirkan apa yang baik dan buruk untuknya, Adira terpaksa menerima perkerjaan sebagai pembantu asrama demi menjaga hati ibunya.





No comments:

Post a Comment