Pages

Music For You

Thursday, April 14, 2011

Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 16

Sedang Shahir rancak berbual-bual dengan Zieta serta tetamu-tetamu yang duduk semeja dengan mereka, datang seorang pelayan 'yang tidak diiktiraf' menghampiri mereka.
'' Silakan, Cik Zieta.'' ujar Alif sambil tersenyum-senyum menghulurkan minuman kepada Zieta.
'' Psst! Alif, sejak bila kau buat ' part time ' dekat sini.'' bisik Shahir ke telinga Alif.
Alif ketika itu hanya tersenyum sinis lalu mencapai minuman di dalam dulang untuk diserahkan kepada Shahir pula. Tiba-tiba...
'' Splaaaaashhhhhhhhhh.'' Air yang hendak Alif hulurkan kepada Shahir telah tertumpah di atas bajunya. Terlompat-lompat Shahir apabila sutnya basah lecun. Zieta yang berada di sebelah Shahir turut terkejut. Alif yang ketika itu, kononnya sedang panik berkali-kali meminta maaf.


'' Maaf, Shahir. Maaf. Aku tak sengaja. '' ujar Alif.
'' Tak mengapa. Lain kali berhati-hati lah sikit. Nasib baik baju aku yang kena. Kalau orang lain tak tahu lah.'' ujar Shahir sambil mengelap sutnya yang basah itu berkali-kali.
'' Ya. Aku tahu aku salah. Jom kita pergi tukar baju. Aku ada bawa 'sut kecemasan' dalam bilik loker sana.'' ujar Alif.
'' Dasyat betul. Belum pernah lagi aku dengar istilah 'sut kecemasan' sebelum ini.'' ujar Shahir lagi lalu mengikuti langkah alif menuju ke bilik loker. 


'' Okeyh, Mau. Shahir dah pergi. Sekarang giliran engkau pula.'' ujar Daus yang sejak dari tadi memerhatikan gerak geri Shahir dan Zieta dari belakang pentas.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


'' Cik Zieta, pengurus majlis ingin berjumpa dengan Cik Zieta di bilik hotel.'' ujar Maulana dengan penuh yakin.
'' Erm...ada apa ya sampai pengurus nak jumpa saya?'' soal Zieta musykil.
'' Itu saya kurang pasti. Mungkin berkaitan dengan majlis ini agaknya. Mari saya tunjukkan Cik Zieta bilik tersebut.'' ujar Maulana ramah.
Tanpa sebarang syak, Zieta hanya mengiyakan pelawaan Maulana lalu megekori Maulana dari belakang.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


'' Silakan masuk Cik Zieta.'' ujar Maulana sambil membukakan salah satu pintu bilik yang terdapat di hotel tersebut.
'' Kenapa tak ada orang pun disini.'' soal Zieta hairan setelah menjejak kaki di dalam bilik tersebut.
'' Kedummmm.'' pintu bilik ditutup.
'' Hei! Buka pintu ini. Maulana! Saya kata buka sekarang.'' pekik Zieta sambil mengetuk-ngetuk pintu setelah Maulana mengunci bilik tersebut dari luar.
'' Maaf, Cik Zieta.'' Saya lupa di mana saya letak kunci bilik ini. Kalau saya ingat, saya datang lepaskan Cik Zieta ya.'' ujar Maulana tersengih sambil berlalu meninggalkan bilik tersebut.
Sedari ketukannya bertalu-talu itu hanya sia-sia, Zieta segera menghentikannya lalu menghempaskan badannya di atas katil. Dia sedar tidak mungkin akan ada orang mendengar pekikannya itu berikutan semua tetamu sudah semestinya menghadiri majlis ulangtahun hotel tersebut.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Maulana menghampiri Daus dan Shah yang sepertinya sudah bosan menunggu seseorang di hadapan bilik persalinan itu.


'' Ha! Maulana, macam mana dengan subjek kita.'' soal Daus.
'' Beres! Tengok rambut lah. Aku pasti tiada siapa yang akan tahu keberadaan dia di dalam bilik tersebut sampailah majlis ini selesai ini.'' ujar Maulana dengan bangga sambil memperbetulkan rambutnya.
'' Bagus! Bagus! Nampaknya Plan B kita berjalan dengan lancar.'' tambah Daus lagi.
'' Macam mana dengan subjek Luar Biasa kita. Ada apa-apa masalah tak dengan baju yang kita sediakan tuh.'' soal Maulana.
'' Entahlah. Lama betul subjek Luar Biasa kita ini tukar baju. Mengalahkan perempuan.'' ujar Shah yang sudah bosan menunggu.
'' Tuan-tuan dan juga mau-mau ( panggilan daripada Ain untuk Maulana ), saya mempersembahkan Che Amat.....'' pekik Alif setelah keluar dari bilik persalinan tersebut.
'' Hoi! Hoi! Hoi!'' mereka berempat masing-masing berteriak serentak.
Dengan penuh gaya, Shahir berjalan keluar dari bilik tersebut dengan mengenakan sut hitam dipadankan dengan kemeja biru di dalamnya. Dalam pada masa yang sama dibuat pula gaya-gaya yang entah apa-apa di hadapan rakan-rakannya itu.
'' Macam mana! Okey tak. Ada gaya macam Edward Chullen tak?'' soal Shahir sambil mengusap-usap sut yang dipakainya itu. Entah kenapa dia merasakan kombinasi sut hitam dan kemeja biru lebih sesuai untuk dirinya jika di bandingkan dengan kemeja hijau yang dipakainya tadi.
'' Sangat luar biasalah, Che Amat. Bukan sahaja Edward Chullen...Jacob Black, Clark Kent, Peter Paker pun boleh.'' tambah Maulana.


Entah kenapa, Shahir mengelamun seketika apabila nama Peter Paker disebut. Mungkin baru dia tersedar akan peristiwa yang pernah dialaminya dulu bersama seseorang yang sangat dia sayangi. Hatinya sedikit sebak apabila memikirkan peristiwa tersebut. Memahami dilema yang dihadapi Shahir, Maulana mendekatkan diri sambil menepuk lembut bahu rakannya itu berkali-kali.
'' Sudahlah Shahir.'' ujar Maulana.
'' Aku okey. Tak ada apa-apalah. Jom kita masuk dewan sekarang. Aku tak sabar nak tahu siapa penyanyi wanita yang mereka jemput itu.'' ujar Shahir dengan penuh bersemangat bagi menceriakan kembali keadaan disitu.
Alif, Maulana, Shah, Daus masing-masing sudah tersenyum riang apabila Shahir menyebut mengenai ' penyanyi wanita ' yang akan membuat persembahan nanti. Sepertinya Shahir tidak menyedari bahawa akan ada kejutan buatnya nanti. 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Shahir, Maulana, Daus, Shah, Alif mengambil tempat mereka di meja yang telah disediakan. Sepertinya mata Shahir ketika itu meliar-liar mencari seseorang.
'' Hoi! Cik Zieta pergi mana, hah! Bukan dia ada di sini ke tadi?'' soal Shahir apabila tidak melihat kelibat Zieta.
'' Entahlah! Tapi pelayan tuh cakap, Cik Zieta tergesa-gesa keluar tadi. Ada hal agaknya. Tak payah lah risau. Pandailah dia jaga diri.'' dengan bijak Maulana menyusun kata-kata.
'' Ha! Bercakap pasal pelayan, Alif! Kau bukannya buat 'part time' jadi pelayan ke? Yang kau buat duduk semeja dengan kitaorang ini, apa hal?'' gurau Shahir.
'' Engkau macam nak menghalau aku saja, Che Amat. Taklah, aku buat 'part time' jadi pelayan untuk 10 minit sahaja. Sekarang syif aku dah habis jadi bolehlah sertai korang dekat sini.'' ujar Alif tersenyum-senyum.
Shahir hanya menggelengkan kepala dengan penjelasan Alif tadi. Entah kenapa, rakan-rakannya itu bersikap aneh sejak dari siang tadi.


'' Selamat datang tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ulangtahun pembukaan hotel ShangRi-La yang ke-5. Kami berharap agar sepanjang berada di sini, tuan-tuan dan puan-puan dapat merasai keseronokan serta menikmati segala kemudahan yang telah pihak kami sediakan. Oleh itu, sebagai tanda terima kasih, kami akan menyajikan beberapa persembahan untuk tontonan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tanpa melengahkan masa, sebagai pembukaan acara majlis kita pada malam ini, saya menjemput penyanyi yang diundangkan khas. Dipersilakan Adira.........................''


'' Uhuk! Uhuk! Uhuk!'' tersedak Shahir apabila nama Adira disebut ketika dia sedang meneguk segelas  air.
'' Kenapa dengan kau, Che Amat. Kau okey tak?'' soal Daus prihatin sambil menepuk lembut belakang Shahir berkali-kali.
'' Aku dengar macam pengacara majlis tadi sebut nama Adira.'' ujar Shahir kebingungan.
Daus tidak menjawab  pernyataan Shahir sebaliknya hanya tersenyum sinis lalu berpaling kembali ke arah pentas.


'' Tenang, Adira. Tenang.'' ujar Adira bagi menenangkan dirinya yang kelihatan sangat gemuruh. Setelah namanya dipanggil, Adira berjalan perlahan menuju ke atas pentas sambil satu cahaya lampu mengekori dan menerangi dirinya. Dengan gaun pendek berwarna biru yang dikenakan tubuh genit Adira, menyerlahkan lagi dirinya di atas pentas ketika itu. Sangat anggun dan comel.


Bagaikan tidak percaya akan apa yang dilihat, Shahir terlopong seketika dengan keberadaan Adira disitu. Tidak menyangka bahawa Adira yang disebut-sebut tadi merupakan Adira yang sangat dikenalinya serta Adira yang pernah mengisi kekosongan hatinya. Entah kenapa, dirinya belum mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan Adira sejak berlakunya kejadian di Asrama Biru tempoh hari.Namun hatinya pula berkata sebaliknya. Wajah itulah yang sangat dirindui dan ingin ditatap setelah sekian lama dia meninggalkan Asrama Biru. Bagi mengelakkan Adira menyedari akan kehadirannya di situ, Shahir bingkas bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke pintu keluar.


'' Hoi! Che Amat, engkau nak pergi mana, hah!'' teriak Daus namum teriakan tersebut langsung tidak diendahkan oleh Shahir.


'' Mana kamu nak pergi ini, Shahir. '' soal Pengetua Norman.
Terkejut Shahir apabila Pengetua Norman muncul dihadapannya lalu menghalangnya untuk keluar dari situ.
'' Aa..aa..ayah! Apa yang ayah buat disini.'' soal Shahir dengan hairan.
'' Sudah-sudahlah Shahir. Lupakan sahaja perkara yang lepas. Ayah tahu kamu tak bersalah mengenai hal yang berlaku di Asrama Biru dan ayah juga tahu Adira pun tidak bersalah dalam hal ini.'' jelas Pengetua Norman.
Shahir hanya menundukkan diri. Didengarkan sahaja penjelasan ayahnya itu. Mungkin dia terasa malu dengan ayahnya disebabkan keegoaan diri dengan mengambil keputusan melarikan diri dari masalah seperti sekarang.
'' Kami semua datang ke sini semata-mata mahu mengajak kamu pulang ke Asrama Biru. Jangan disebabkan hal sekecil ini, kamu menghukum Adira sampai begitu sekali.'' tambah Pengetua Norman. Shahir mendongakkan kepala  apabila nama Adira disebut.
'' ( Haish! Ayah aku ini macam tahu-tahu saja tentang aku dengan Adira. Ini mesti mak yang beritahu.  Adoi! Kantoi sudah.) '' bisik Shahir dalam hatinya.
'' Ha! Kamu jangan nak buat muka pelik pula. Ingat ayah tak tahu perihal kamu dan Adira di Asrama Biru.'' ujar Pengetua Norman sambil tersenyum.
'' Erk..itu lah itu..erk..'' tergagap Shahir ingin menjelaskan mengenai perkara tersebut.
'' Sudah! Kamu tak payah nak terangkan. Nah! Sekarang kamu ambil mikrofon ini dan pergi naik pentas. Adira sudah terlalu lama merindui untuk mendengar suara kamu.'' ujar Pengetua Norman lagi.
'' Terima kasih, ayah.'' ujar Shahir sambil memeluk ayahnya lalu dicapainya mikrofon tersebut dan menuju ke arah pentas.


Adira :Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.


Sedang Adira bersiap sedia untuk melantunkan lirik yang seterusnya, Shahir dengan segera menyambungnya.

Shahir: Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamamu,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.



Tergaman Adira apabila satu suara jantan mencelah nyanyian. Dipandangnya di tepi pentas dan mendapati empunya suara itu adalah milik Shahir yang dalam perjalanan untuk naik ke atas pentas. Tidak terbayang perasaan Adira ketika itu melainkan rindu yang mendalam terhadap jejaka yang pernah hadir dalam hidupnya iaitu Shahir. Shahir mendekatkan diri kepada Adira lalu menyambung kembali nyanyiannya.


Shahir: Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Tersenyum-senyum Adira melihat Shahir menyanyikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan. Seolah-olah bait-bait lirik yang diungkapkan ditujukan untuk dirinya.

Adira: Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,

Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Selagi ku ada kamu....

Selesai persembahan, Shahir dan Adira masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Terlepas segala kerinduan yang dipendam sebelum ini. Segala tepukan dan sorakan oleh hadirin yang datang langsung tidak didengari oleh mereka berdua. Sepertinya dunia itu hanya untuk mereka berdua sahaja. Daus, Shah, Alif dan Maulana sudah bersorak sampai tak ingat dunia apabila misi mereka berjalan dengan lancar. Pengetua Norman yang berada di bawah hanya tersenyum sambil mengelengkan-gelengkan kepala melihat gelagat anak-anak muridnya itu termasuklah Shahir dan Adira yang masih berada di atas pentas dan masing -masing masih tidak sedarkan diri dari lamunan. 

Monday, April 11, 2011

Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 15

'' Mana adil macam ini, Che Amat. Habis, aku nak naik apa. Tak kan korang saja nak berseronok.'' ujar Daus sambil memuncungkan mulutnya.
Pada petang itu, Shahir, Daus, Maulana, Shah serta Alif perjalanan menuju ke kawasan perkampungan yang terdapat disitu setelah perancangan mereka untuk ber'skuba diving' terpaksa dibatalkan berikutan cuaca buruk. Dengan cadangan Zieta, mereka semua bersetuju ke kampung tersebut disebabkan bosan untuk berada di bilik hotel tanpa melakukan apa-apa. Yang menjadi masalah sekarang masing-masing menunggang basikal setiap seorang kecuali Daus kerana Zieta hanya menyewakan empat buah basikal sahaja untuk mereka.


'' Alarh! Kau naik sahaja lah dekat belakang ini. Aku boleh bonceng untuk engkau.'' ujar Shahir sambil menepuk-nepuk tempat duduk bahagian belakang basikal tersebut.
'' Haish! Tak nak lah. Engkau ingat ini cerita Lawaknya Fantasia Raya ke. Ada hero bonceng untuk heroinnya. Eii..geli lah giler. Menjatuhkan maruah aku sebagai seorang  lelaki macho, tahu. Aku sebolehnya nak cuba  merempit dalam kampung ini.'' bebel Daus panjang leber. Mengada-ngada betul. Maklum sahajalah, jalan-jalan disitu sangat luas dan tidak ramai yang lalu lalang.
'' Naik sahajalah. Masalah betul!'' ujar Shahir yang ternyata mula bengang dengan Daus lalu menariknya untuk duduk juga di atas basikal tersebut. Bimbang pula nanti mereka terlewat untuk sampai di perkampungan tersebut.


-{ Katakan kenapa, kau buat malamku sukar untuk tidur, menanti esok tiba, tuk berjumpa.....}-


'' Oit! Oit! Che Amat berhenti kejap. '' teriak Daus secara tiba-tiba apabila Shahir sudah memulakan kayuhannya.
'' Haish! Apa lagi..........!''  ujar Shahir.
'' Kejap! Kejap! Ada orang telefon aku lah.'' ujar Daus lagi. 
'' Hello! Ya...Baiklah...Saya datang sekarang.'' Daus menamatkan perbualannya di telefon.
'' Minta maaflah semua. Korang semua pergi dahulu ya! Aku ada hal lah. '' ujar Daus sambil mengenyit mata kepada Maulana. Maulana yang sepertinya mengerti akan isyarat Daus itu dengan segera mengajak rakan-rakannya. Shahir pula hanya mampu menggelengkan kepala dengan kerenah Daus ketika itu.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


'' Ma..ma..maaf Pengetua Norman! Saya terlambat.'' termengah-mengah Daus ketika itu.
'' Tak mengapa.'' ujar Pengetua Norman ringkas.'
'' Hai Cik Siti. Dah lama awak sampai? '' soal Daus. Adira sepertinya terlopong dengan keberadaan Daus di pulau tersebut. Sampaikan pertanyaan Daus tadi langsung tidak diendahkannya.
'' Cik Siti!'' teriak Daus.
'' Ya Shayang.'' terkeluar ungkapan tersebut dari mulut Adira yang ternyata terkejut dengan pekikan Daus tadi dan dalam pada masa yang sama muka merah padam menahan malu tambahan pula Pengetua Norman sedang berdiri di sebelahnya.
'' Amboi! Amboi! Amboi! Dah pandai shayang beryayang pula ni.'' usik Daus.
'' Sudah! Sudah! Kamu ini Daus, tak habis-habis nak mengusik orang. Yang lain mana? '' Pengetua Norman mencelah.
'' Mereka ada aktiviti dekat kampung sebelah. Nanti diorang balik lah.'' jelas Daus.
'' ( Mereka? Siapa lagi yang ada di sini. Pengetua Norman ini memang suka bagi kejutan loh.)'' ujar Adira dalam hatinya.
'' Hrm..tak mengapalah. Saya dan Adira akan bersiap-siap untuk acara majlis pada malam ini. Awak jangan lupa beritahu yang lain ya.'' ujar Pengetua Norman.
'' Baiklah. Roger and Out! '' teriak Daus seperti sedang menjalankan misi penangkapan pula. Adira yang ketika itu hanya tersenyum dengan gelagat Daus tetapi dalam pada masa yang sama hatinya mula risau dengan perancangan Pengetua Norman yang sebenarnya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sedang Shahir, Maulana, Shah, dan Alif dalam pejalanan menuju ke perkampungan di situ, secara tiba-tiba mereka terserempak dengan seorang perempuan yang sangat mereka kenali sedang duduk di tanah sambil sebuah motosikal berada di sisinya. Perempuan tersebut sepertinya sedang mengalami masalah.


'' Ada masalah Cik Zieta.'' soal Shahir prihatin.
'' Skuter saya ini, tiba-tiba pula tayarnya nak pancit. Sekejap lagi saya ada majlis yang perlu dihadiri.'' ujar Zieta dengan nada bengang.
'' Majlis apa? soal Shahir.
'' Oh! Lupa pula saya nak beritahu awak semua. Malam nanti pihak hotel ada mengadakan majlis ulangtahun pembukaan hotel. Datanglah ya. Majlis tersebut terbuka kepada semua orang. Dengar-dengar mereka ada menjemput seorang penyanyi wanita untuk acara tersebut tetapi namanya masih dirahsiakan.'' ujar Zieta.
'' Baiklah! Nampaknya terpaksalah kita tunda perancangan kita hari ini. Aku sebolehnya tak nak lepaskan peluang untuk menghadiri majlis tersebut. Manalah tahu penyanyi yang mereka jemput itu Rossa ker, Dato' Siti ker. Apa pendapat korang semua?'' ujar Shahir dengan bersemangat.
'' Apa-apalah Che Amat. '' ujar Maulana ringkas. Alif sepertinya sudah bosan apabila perancangan mereka pada petang itu semuanya tak menjadi.
'' Hrm..sekarang Cik Zieta nak balik dengan siapa?'' soal Shahir lagi.
'' Itulah. Saya sudah telefon rakan sekerja saya, tapi sudah sejam saya disini, batang hidung dia pun saya tak nampak.'' ujar Zieta lagi.
'' Mari! Saya tumpangkan awak.'' ujar Shahir sambil tersenyum-senyum.
'' Hah!'' terbeliak biji mata Maulana, Alif dan Shah apabila Shahir bersikap mesra alam terhadap Zieta. Zieta ketika itu tanpa segan silu hanya mengiyakan pelawaan Shahir lalu mengambil tempat di belakang. Lagaknya seperti malu-malu kucing dengan Shahir tetapi di dalam hati sepertinya sangat suka. Tidak juga ketinggalan gelak tawa di antara Shahir dan Zieta apabila Shahir membawa basikal tersebut terhuyung-hayang.
'' Huh! Tak sesuai langsung. Dah macam cucu dengan nenek sahaja aku tengok. Dengan Adira pun belum tentu dapat peluang sebegitu. Apalah punya Che Amat.'' ujar Maulana dalam hatinya yang sejak dari tadi asyik memerhatikan dua pasangan yang tidak berapa sesuai itu yang sudah jauh ketinggalan di hadapan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sedang Adira bersiap-siap di bilik solekan untuk majlis pada malam nanti....
'' Cantik tak baju saya ini, Daus? '' soal Adira sambil tidak berhenti-henti memusingkan badannya di hadapan Daus. Mengalahkan penari balet.
'' Apa yang dipakaikan oleh Cik Siti semuanya cantik. Tambah-tambah pula gaun pendek berwarna biru ini, sangat sempurna sehingga boleh membuatkan semua lelaki menangis pabila memandang Cik Siti.'' ujar Daus panjang lebar.
'' Ah! Pandai-pandai sajalah awak ini, Daus.'' malu Adira apabila dipuji sebegitu.
'' Cik Adira! Awak ada masa lagi 5 minit ya.'' ujar pengerusi majlis.
'' Ba..baiklah. Aduh! Macam mana ini, Daus. Gementar betul rasanya.'' ujar Adira sambil memegang dadanya yang kini sedang berdegup kencang.
'' Bertenang, Cik Siti. Jangan risau semuanya akan berjalan dengan lancar. Kalau persembahan Cik Siti berjaya pada malam ini, saya akan hadiahkan Cik Siti sesuatu yang sangat  istimewa.'' pujuk Daus.
'' Hadiah?'' soal Adira dengan hairan. Daus ketika itu hanya mengangkat-angkat keningnya sambil tersenyum-senyum tanpa menjawab pertanyaan Adira sebentar tadi.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


'' Eh, Shahir! Saya baru sahaja hendak ke bilik awak tadi.'' tegur Zieta setelah berselisih dengan Shahir. Shahir yang ketika itu sedang sibuk memperbetulkan tali lehernya segera mendongak untuk melihat siapa yg menegurnya.
'' Cik Zieta rupa-rupanya. Ke bilik saya? Ada apa yer?'' soal Shahir dengan hairan.
'' Tak ada apa-apa. Sangat ingat nak ajak awak pergi sekali dengan saya ke majlis tersebut.'' jelas Zieta sambil tersenyum-senyum. Ternyata penjelasan Zieta tadi tidak begitu didengari oleh Shahir kerana dirinya sedang ralit memandang gaun yang di pakai Zieta. Dipandangnya dari atas hingga ke bawah tanpa berkedip sesaat pun.
'' Shahir! Awak dengar ke tak?'' teriak Zieta.
'' Ya..ya..saya dengar. Erm..tak sangka, sedondon pula kita malam ini. '' ujar Shahir.
'' Iya lah. Memang sehati sejiwa kan.'' ujar Zieta sambil tersenyum-senyum. Mahu tidaknya, malam itu Shahir mengenakan sut hitam digabungkan dengan kemeja hijau di dalamnya manakala Zieta pula tampil dengan gaun hijau. Tidak lekang senyuman di bibir Zieta ketika itu. Nampak sangat betapa sukanya dia dengan keTERsamaan mereka berdua pada malam tersebut.
'' Jomlah kita bergerak sekarang. Takut terlewat pula nanti.'' ajak Shahir.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


'' Daus! Macam mana dengan Cik Siti kita, okey?'' soal Maulana.
'' Cik Siti okey. Dia sedang melakukan sentuhan terakhir dekat bilik mekap sana.'' jelas Daus.
'' Amboi! Mengalahkan artis pula Cik Siti kita tuh. Dia dah tahu yang kita semua ada dekat sini.'' soal Alif.
'' Belum. Tak mengapalah. Biar kita bagi kejutan sikit. Shah! Kau dah hantar baju yang aku suruh hantar dekat Che Amat.'' soal Daus.
'' Itu yang aku nak beritahu kau tadi. Aku tak sempat nak serahkan sut ini kepada dia. Dalam perjalanan aku nak pergi bilik hotel tadi, aku terserempak dengan Che Amat yang sudah bersiap dengan sut dia sendiri. Yang paling tak tahan, boleh pula baju Che Amat sedondon warnanya dengan baju Si Zieta tuh.'' ujar Shah dengan nada bengang.
'' Jadi, mereka berdua ada di mana sekarang.'' soal Daus.
'' Itu lah.'' ujar Shah sambil menunjukkan kepada Daus keberadaan Shahir yang sedang rancak berbual dengan Zieta di meja makan yang disediakan untuk mereka. Nampak mesra gitu. Ternyata Shahir dan Zieta sudah sampai di dewan tersebut lebih awal dan menyebabkan perancangan mereka berempat tidak menjadi seperti yang dirancang.
'' Korang! Nampaknya kita kena jalankan PLAN B.'' ujar Daus dengan nada bengang.
'' PLAN B.'' soal Maulana dengan nada hairan.







Tuesday, April 5, 2011

Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 14

Ketika sedang bercuti untuk mengubati hati yang lara, Shahir telah bertemu dengan pengajar scuba yang hanya dikenali dengan nama Zieta. Meskipun hatinya kini masih cuba untuk melupakan segala masalah yang menimpa, Zieta muncul dalam dirinya ketika ini. Apa yang membuatkan Shahir berasa selesa ketika bersama wanita tersebut ialah Zieta sangat memahami apa yang  sedang dia lalui sekarang.

'' Hei! Apa yang awak termenungkan lagi? Cepatlah naik bot ini, sekarang.’’ ujar Zieta.
'' Erk..sa..sa..saya…..’’ Lama Shahir berfikir sama ada mahu mengikuti sesi pembelajaran ‘ scuba diving’ bersama Zieta atau tidak.
'' Haish! Macam ini lah. Kalau awak belum bersedia, kita mulakan sesi pembelajaran kita esok. Sekarang saya nak awak balik bilik awak dan tenangkan fikiran awak yang sedang serabut sekarang ini. Saya sebolehnya tidak mahu ada anak murid saya yang tidak fokus semasa menjalani sesi pembelajaran saya.’’ Leter Zieta panjang lebar namun ada mesej yang tersirat.
'' Erm..terima kasih.’’ Shahir berjalan lemah menuju ke biliknya. Haish! Memahami pula si Zieta ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Eh! Apasal bilik ini tak berkunci. Seingat aku, aku dah kunci bilik ini sebelum keluar tadi.’’ ujar Shahir dengan hairan.
Shahir menolak perlahan tombol pintu biliknya. Langkahnya sangat berjaga-jaga. Bimbang  pula ada individu yang tidak diingini mencerobohi biliknya.
'' Che Amat hoi..hoi..hoi…’’ teriak Daus, Shah, Alif dan Maulana yang muncul secara tiba-tiba di hadapan Shahir.

Shahir yang  ketika itu tergamam, terkejut dan pelbagai ‘ter’ lagi lah hanya terdiam membisu buat seketika. Melihat akan reaksi wajah Shahir yang sepertinya binggung dengan kehadiran mereka berempat membuatkan Daus bersuara….

'' Kau datang bercuti seorang diri, kau boleh pula buat muka tak bersalah ekh. Kau memang selalunya macam ini, Che Amat. Jom kita semua pergi sekarang.’’ usik Daus dengan mengajak rakan-rakannya untuk keluar dari bilik Shahir itu.
'' Jom blah! Blah! Blah!’’ ujar Maulana pula.
'' Eh! Eh! Nanti dulu. Jangan lah pergi. Aku cuma terkejut saja tengok korang semua boleh tiba-tiba ada di sini. Siapa yang ‘sponser’ korang semua, hah!’’ soal Shahir hairan lalu memeluk kegembiraan setiap seorang rakan-rakannya.
'' Oh! Kau ingat kau seorang saja boleh pergi bercuti. Kitaorang pun nak pergi lah.’’ ujar Daus sambil menarik baju Shahir lalu hanya main-main mengacukan tumbukan kearah muka Shahir.
'' Hoi! Hoi! Hoi! Berani kau nak tumbuk muka aku yang hensem ini.  Nanti tak pasal-pasal hingap pula satu lagi tumbukan di muka kau yang dah senget sebelah tuh.’’ usik Shahir.
'' Ehe..ehe..rileks Che Amat..rileks.’’ ujar Daus sambil membetulkan kembali baju Shahir yang berkedut akibat daripada tarikan kuat yang dibuatnya tadi.
'' Hakh..hakh..hakh..rileks lah Daus. Aku main-main saja tadi. Buruk betul aku tengok muka gelabah engkau tadi.’’ Shahir ketawa berdekah-dekah sambil menumbukt lembut bahu Daus.
'' Mahu aku tak gelabah. Serik aku bila terkena penangan engkau tempoh hari.’’ ujar Daus lagi.
'' Erm..korang semua menginap di mana, hah!’’ soal Shahir.
'' Eleh! Buat-buat tanya pula. Sudah tentunya di bilik kau yang besar ini lah. Takkan lah bilik yang sampai dua tingkat ini, kau nak tinggal seorang diri pula. Agak-agaklah. Lagipun tak baik membazir. Nanti tak pasal-pasal hantu Karak singgah teman engkau disini.’’ usik Alif nakal.
'' Gila kau, Alif! Hantu Karak nak datang sini? Ini Pulau Perhentian lah bukannya Lebuhraya Karak. Lain lah kalau hantu ikan duyung mati lemas ke. Baru kena pada tempatnya.’’ gurau Shahir sambil tersenyum-senyum.
'' Ah! Sudahlah korang semua. Timbul pula bab hantu ni, apahal? Tak pasal ada yang kena raba-raba dengan hantu tuh, baru padan muka korang.’’ Shah mula mencelah.
'' Engkau ni kan, Shah cakap tu tak berlapik betul.’’ ujar Maulana pula.
'' Erm..jadi, apa aktiviti kita hari ini, Che Amat.’’ soal Daus yang sejak dari tadi sudah bosan menunggu lama penghujahan mereka untuk selesai. Shahir sudah mula tergaru-garu kepalanya memikir akan pertanyaan Daus tadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Boleh Mak Anum masuk, Adira.’’ soal Mak Anum.
'' Masuklah Mak Anum.’’ Jawab Adira yang sedang terbaring lemah di atas katilnya.
'' Macam mana keadaan Adira hari ini? Dah bertambah baik?’’ soal Mak Anum prihatin.
'' Entahlah Mak Anum. Kepala Adira ini masih lagi pusing. Selsema ini pun tak baik-baik lagi.’’ Jawab Adira lemah.

Begitulah yang terjadi kepada Adira sejak pemergiaan Shahir. Asyik demam sahaja memanjang. Kelas-kelas di Akademi Muzik tidak lagi dia hadiri. Kerja-kerja di Asrama Biru tidak lagi dilakukan. Nasib baik Mak Anum memahami akan dilema yang dihadapinya sekarang.

'' Sabarlah, Adira. Kejap sahaja lagi, demam kamu akan baik.’’ ujar Mak Anum.
'' Maksud Mak Anum?’’ soal Adira yang kurang memahami apa yang cuba disampaikan oleh Mak Anum tadi.
'' Erk..tak ada apa-apa. Erm.. Adira, Pengetua Norman mahu berjumpa dengan kamu di pejabatnya sekarang.’’ ujar Mak Anum sambil tersenyum-senyum.
'' ( Ah! Pengetua Norman nak jumpa aku! Apa pula lagi masalah yang menimpa  aku kali ini!)’’ teriak Adira dalam hatinya.
'' Pergilah Adira. Tak ada apa-apa masalah pun. Cuma Pengetua Norman mahu membincangkan sesuatu dengan kamu.’’ Pujuk Mak Anum apabila menyedari Adira sudah menunjukkan reaksi wajah kebimbangan.
Adira hanya mengangguk lalu berjalan lemah menuju ke pejabat Pengetua Norman.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Tok! Tok!’’ pintu bilik diketuk.
'' Ya! Masuk Adira. Masuk.’’ ujar Pengetua Norman.
Adira yang ketika itu hanya mampu menundukkan diri. Tidak begitu berani untuk bertentang mata dengan Pengetua Norman.
'' Silakan duduk Adira. Ada sesuatu yang ingin saya bincangkan dengan awak.’’ ujar Pengetua Norman dengan ramah. Seperti biasa, Adira hanya mengikuti apa yang disuruh. Rasa rendah diri masih berleluasa dalam dirinya.
'' Erm..Adira, saya mahu awak mengikuti saya ke Pulau Perhentian.’’ Tanpa berselindung lagi, Pengetua Norman berterus terang kepada Adira.
'' Erk..kenapa pula?’’ soal Adira dengan nada hairan. Dia dan Pengetua Norman ke Pulau Perhentian? Berdua? Tidak masuk dek akal. Mahu kena hentam juga dengan Mak Anum sekiranya timbul skandal dia dan suami Mak Anum.Parah..parah.
'' Saya menerima jemputan daripada pihak resort di pulau tersebut supaya awak mengadakan persembahan di majlis ulang tahun pembukaan resort mereka.’’ Jelas Pengetua Norman. Amboi pandai betul Pengetua Norman memberi alasan. Entah betul entah tidak mengenai jemputan persembahan yang diura-urakan itu.
'' Tapi mengapa saya. Lagipun tak sampai 3 bulan saya menuntut di Akademi Muzik ini. Takkanlah mereka mahu pelajar seperti saya ini untuk mengadakan persembahan di majlis tahunan mereka.’’ Soal Adira kehairanan.
'' Mereka ada menonton video persembahan mingguan awak dan mereka dapati suara awak sangat sesuai dengan tema majlis tahunan mereka kali ini.’’ Jelas Pengetua Norman lagi.

Terkebil-kebil  Adira apabila mendengar perkhabaran itu. Dia seperti teragak-agak untuk menerima jemputan tersebut dan masih tidak percaya dengan kata-kata Pengetua Norman tadi. Melihat keadaan Adira sebegitu, Pengetua Norman menjelaskan ketegangan yang sedang berlaku.

'' Jangan risau Adira, saya akan menemani awak. Selaku pengetua  di Akademi Muzik ini, saya akan uruskan semua perancangan bersama mereka. Awak cuma perlu mempersiapkan diri untuk mengadakan persembahan tersebut. Setuju?’’ soal  Pengetua Norman bagi meyakinkan Adira.
Mendengar sahaja penjelasan Pengetua Norman tadi, Adira mengiyakan sahaja. Bimbang pula nanti dianggap besar kepala.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Hei ! Apa yang kita nak buat di sini hah! Dah lemau aku berdiri berjam-jam disini.’’ rungut Maulana.
'' Sabarlah! Kau cakap nak pergi ‘scuba diving’ kan. Jadi kita kenalah tunggu jurulatihnya dahulu.’’ ujar Shahir.
'' Jurulatih?’’ soal Daus pula.
'' Hei! Korang tak beritahu aku lagi sebab apa korang semua datang ke sini dan macam mana korang tahu aku berada di sini hah?’’ soal Shahir dengan nada kemusykilan.
'' Erk..erk..erk…’’ Daus mula mengelabah. Fikirannya bercelaru mahu memikirkan apa lagi alasan yang mahu diberikan. Bimbang pula nanti perancangan mereka gagal.
'' Hai! Apa khabar semua?’’ perbincangan dia antara lima orang pemuda itu diganggu oleh seorang wanita.
'' Ha! Inilah jurulatih kita nanti. Kenalkan, ini Zieta.’’ ujar Shahir sambil tersenyum-senyum.
'' Mak datuk! Jurulatih perempuan lah. Biar betul. Bertuah tuan punya badan yang menjadi anak murid dia. Cun pula tuh. Maknanya sepanjang Che Amat disini, Zieta lah yang selalu menemaninya. Aku tengok Che Amat bukan main gembira lagi.’’ bisik Alif kepada Daus.
'' Shh! Diamlah. Kita tak tahu hal sebenarnya lagi.’’ bisik Daus.
Masing-masing bersalaman dan memperkenalkan diri antara satu sama lain.
'' Maaflah Shahir! ( Ops mana perginya gelaran ‘ Encik’ tadi ). Kita mungkin tidak dapat menjalankan aktiviti hari ini kerana cuaca diramalkan tidak baik. Kita tunda sahaja aktiviti kita esok hari ya.’’ ujar Zieta ramah.
'' Ah sudah! Aku dah gian nak pergi  ‘ scuba diving’ ni. Jadi kita nak buat apa sekarang?’’ soal Alif sambil menunjukkan reaksi monyok.
'' Apa kata saya bawa kamu semua ke perkampungan sebelah. Mungkin mereka ada menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sana. Nanti bolehlah kamu semua sertai sekali.’’ ajak Zieta.
'' Jomlah! Daripada terperap di dalam bilik resort itu tanpa buat apa-apa.’’ ujar Daus.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Ada sebarang masalah, pengetua?’’ soal Adira sedari Pengetua Norman yang tidak henti-henti menelefon seseorang tetapi tidak berjaya. Mereka berdua telah tiba di Pulau Perhentian namun Adira masih tidak mengetahui rancangan yang telah diaturkan untuknya.
'' Adira! Kalau kita berjaya menemui anak lelaki saya, awak akan menjadi menantu saya ya.’’ ujar Pengetua Norman sambil tersenyum-senyum.

Terbeliak mata Adira apabila perkataan ‘menantu’ itu terpancul dari mulut Pengetua Norman. Apa kena mengena Shahir dengan kedatangannya bersama Pengetua Norman disini. Adira sepertinya binggung dan kurang memahami apa yang cuba disampaikan oleh Pengetua Norman. Pelbagai persoalan muncul dalam pemikirannya sekarang. Namun disimpannya dalam hati. Tidak mahu pula nanti dianggap gelojoh. Maklum sajalah bakal ‘ bapa mertua’  sudah memberikan lampu hijau.

Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 13

Di sebuah taman....

'' Sudah lama awak tunggu, Adira? soal Shahir.
''  Tak lah. Baru saja,’’ jawab Adira ringkas lalu melabuhkan  badannya pada kerusi yang berdekatan. Shahir turut mengikuti langkah Adira lalu duduk bersebelahan dengan Adira.
'' Adira, sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya beritahu kepada awak.’’ ujar Shahir lemah.
'' Kenapa? Awak tak sayang saya ?’’ soal Adira dengan kebingungan ditambah pula dengan reaksi Shahir yang penuh dengan kekecewaan.
'' Tak Adira. Itu bukan masalahnya tapi sebelum itu percayalah Adira. bukan saya yang mensabotaj baju-baju uniform pelajar-pelajar di Asrama Biru dan tidak terniat di hati saya untuk menjatuhkan nama baik  awak.’’ jelas Shahir.
'' Saya sudah lama tahu tentang hal itu Shahir. Saya percaya pada awak. Sepatutnya saya berterima kasih kepada awak kerana awak telah selamatkan saya daripada disingkirkan dari Akademi Muzik.
'' Terima kasih, Adira. Tapi….’’  Shahir yang sejak dari tadi menundukkan diri lalu mendongakkan kepala dan memandang tajam ke arah Adira. Matanya sedikit berair. Lalu…

Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu


'' Apa maksud awak ungkapkan hal sebegitu. Shahir! Semua orang pernah buat salah tapi saya tetap sayangkan awak.’’ luah Adira dengan nada sedih apabila Shahir menyanyikan lagu yang begitu mendalam bait-bait liriknya. Entah kenapa kedudukan Shahir semakin lama semakin jauh dari Adira. Adira cuba untuk mengejar tetapi masih jauh ditinggalkan.

Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Yang ku sambut itu dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi tinggalkanku


'' Percayalah Shahir! Tidak pernah terniat di hati saya untuk tinggalkan awak.’’ ujar Adira sambil menangis teresak-esak. Diri Shahir juga semakin lama semakin kabur dari pandangan mata Adira.
'' Shahir! Jangan pergiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! teriak Adira apabila Shahir secara tiba-tiba hilang dari pandangan matanya.

 Adira cuba membuka mata. Entah kenapa dirinya terasa hairan dangan keadaan sekarang kerana tidak sama seperti keadaan yang baru sahaja dia alami tadi.
'' Huh! Mimipi –rupa-rupanya.’’ Adira mengusap lembut dadanya lalu menarik nafas lega kerana perkara yang baru sahaja di mimpikan tadi tidak benar-benar terjadi. Tetapi entah kenapa secara tiba-tiba hatinya menjadi gelisah apabila memikirkan perihal Shahir. Lalu dipandangnya jam di dinding ( 6.15 pagi ).
''Ah! Masih awal. Lebih baik aku bersiap cepat.’’ ujar Adira dalam hatinya lalu bingkas bangun dari katil untuk menyiapkan diri. Dia merancang mahu melawat Shahir di kediamannya. Bimbang pula sekiranya Shahir melakukan perkara-perkara yang tidak baik berikutan dengan emosi Shahir yang tidak menentu setelah disingkirkan daripada Asrama Biru sejak dari semalam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di rumah Shahir……

'' Maaf Adira. Sejak dari semalam lagi Shahir sudah pergi tinggalkan rumah. Mak Anum pun tidak tahu kemana dia pergi.’’ ujar Mak Anum dengan nada sedih. Hati ibu mana yang tidak bimbang apabila anaknya pergi menghilangkan diri begitu sahaja.
'' Sabarlah Mak Anum. Mungkin Shahir perlukan masa untuk menenangkan diri.’’ pujuk Adira sambil tersenyum segaris ke arah Mak Anum. Tetapi disebalik senyumannya itu, tuhan sahaja yang tahu betapa sakit hatinya apabila Shahir pergi tanpa mengungkapkan sepatah kata. Tiada siapa yang mampu memujuk hatinya yang kini sepertinya sudah hancur berkecai. Apatah lagi, apa yang dimimpikannya mengenai Shahir ternyata benar-benar berlaku.
''  Tak mengapalah Mak Anum, saya balik dulu . Nanti saya akan cuba tanyakan kepada kawan-kawan Shahir di Asrama Biru sekiranya mereka tahu akan keberadaan Shahir sekarang.’’ pujuk Adira bagi menyenangkan hati Mak Anum
'' Baiklah. Kamu jalan baik-baik ya.’’ ujar Mak Anum prihatin dan terukir sedikit senyuman diwajahnya apabila Adira berkata sebegitu.
Adira hanya tersenyum segaris lalu memulakan langkah untuk pulang ke Asrama Biru dengan perasaan duka yang mungkin tidak akan ada sesiapa yang mampu mengubati luka di hatinya sekarang. Hidupnya seperti tidak ada maknanya lagi. Apa maksud Shahir setelah dia mengungkapkan perasaan cinta, sayang dan kasih kepada Adira sebelum ini tetapi sekarang Shahir memperlakukan Adira seperti seseorang yang tidak pernah hadir dalam hatinya.

Hilangnya cintamu menusuk hatiku
Hingga ku memilih cinta yang fana 

Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh dalam harapan


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di Pejabat Pengetua Akademi Muzik

'' Tuan! Kami menangkap pemuda ini ketika dia sedang rancak merosakkan peralatan muzik di bilik muzik dan kami syak dia juga terlibat dengan kes kerosakan uniform pelajar-pelajar di Asrama Biru.’’ ujar pegawai bertugas sambil memegang kuat tangan seorang pemuda. Pemuda tersebut meronta-ronta untuk dilepaskan tetapi ditahan kuat oleh empat orang pegawai bertugas disekelilingnya.
'' Kenapa kamu berkata sebegitu? ujar Pengetua Norman dengan penuh hairan.
'' Kami telah menjalankan siasatan dan mendapati gunting yang dijadikan senjata untuk merosakkan uniform-uniform tersebut mempunyai kesan cap jari yang sama padan dengan pemuda ini.
'' ( Gunting? Maknanya aku dah salah menuduh anak aku sendiri terhadap perkara yang sebenarnya dia tidak lakukan. Kenapa perkara sebegini harus terjadi? Maafkan abah, Shahir.) ’’ ujar Pengetua Norman dalam hatinya dengan nada kesal.
'' Jadi apa tindakan yang harus kita lakukan terhadap pemuda ini, tuan?’’ soal salah seorang pegawai.
'' Hantarkan sahaja dia ke balai polis. Biar pihak berkuasa yang memberi hukuman yang setimpal kepadanya.’’ ujar Pengetua Norman dengan nada kecewa sambil memandang tepat ke arah pemuda yang sememangnya sangat dia kenali sebelum ini.
'' Maafkan saya, pengetua. Saya tahu, saya salah. Berilah saya satu lagi peluang. Saya sebolehnya mahu melanjutkan pelajaran disini dengan lebih lama lagi’’ rayu pemuda tersebut.
'' Awak sedar tak apa yang awak cakapkan tadi, Iwan. Setelah apa yang telah awak lakukan , awak mahu saya menerima seorang penjenayah sebagai pelajar di Akademi Muzik ini. Tidak mungkin dan tidak akan pernah sekali, Iwan.’’ ujar Pengetua Norman dengan nada bengang.
'' Tolonglah, pengetua!’’ Iwan sudah mula melutut.
'' Sudah! Bawa dia pergi dari sini. Saya tidak mahu tengok muka dia lagi.’’ ujar Pengetua Norman lagi lalu melabuhkan badannya di kerusi. Kepalanya dipicit-picit. Kusut memikirkan perihal yang telah berlaku hanya disebabkan ketidaksabarannya yang menyebabkan dirinya bertindak menyingkirkan anaknya sendiri dari Akademi Muzik. Ditambah pula dengan kepergiaan Shahir tanpa sebarang khabar berita membuatkan hati seorang ayah itu menjadi resah dan gelisah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Daus, Maulana, Alif dan Shah masing-masing sudah bertepuk tampar kegembiraan. Gembira apabila penjenayah sebenar sudah tertangkap dan bersyukur apabila rakan baik mereka, iaitu Shahir didapati tidak bersalah dan bila-bila masa sahaja Shahir boleh diterima masuk semula ke Akademi Muzik. Tetapi yang menjadi persoalan disini ialah sepertinya Adira tidak begitu tertarik dengan perkhabaran yang menggembirakan itu.

'' Hoi! Apasal dengan Cik Siti kita? Monyok saja aku tengok dari tadi!’’ soal Daus kepada rakan-rakannya setelah melihat keadaan Adira yang kelihatan tidak begitu bermaya berjalan menuju ke biliknya.Ditegur tuan punya badan tetapi tidak diberikan sebarang reaksi sama sekali.
'' Huh! Itu yang aku cuba nak beritahu awal-awal tadi tapi susah aku nak cakap!’’ ujar Shah dengan keadaan binggung.
'' Alarh! Apa yang susah? Bukannya kau kena bina bangunan sampai 19 tingkat! Cerita sajalah apa masalahnya.’’ desak Maulana pula ingin tahu.
'' Masalah orang tengah angau lah!’’ Alif menyampuk.
'' Maksud kau?’’ soal Daus yang tidak begitu memahami akan kenyataan Alif tadi.
'' Cik Siti ada beritahu aku tadi yang Shahir sudah pergi tinggalkan rumah. Tapi yang membuatkan Cik Siti sakit hati ialah Che Amat pergi tanpa meninggalkan sebarang pesan kepadanya.’’ jelas Shah.
'' Hei! Aku ada satu cadangan. Apa kata kita semua pergi cari Che Amat.’’ cadang Daus kepada rakan-rakannya.
'' Gila kau! Malaysia ni kan besar. Dekat mana kau nak pergi cari Che Amat, hah! Lagipun mahu ke Pengetua Norman izinkan kita keluar dari Akademi Muzik ini.’’ soal Maulana yang musykil dengan cadangan Daus tadi.
'' Soal Pengetua Norman, kau jangan risau. Aku boleh selesaikan. Lagipun kita semua nak pergi cari anak dia kan. Jadi, mesti dia izinkan punyalah. Pasal kes nak mencari di mana keberadaan Che Amat sekarang ini, aku tahu satu tempat yang menjadi kegemaran dia menghilangkan stress. Nanti aku akan cuba hubungi resort yang dia selalu menginap. Okey?’’ ujar Daus dengan penuh yakin.
'' Okeylah! Kalau itu perancangannya, kami semua tak ada masalah. Aku pun sudah lama tak pergi bercuti. Dah semakin sewel otak aku kalau lama-lama tinggal di akademi ini.’’ Alif sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
'' Hoi! Kita semua nak pergi mencari Che Amat lah. Bukannya nak pergi bercuti.’’ Ujar Shah dengan begitu serius.
'' Alarh! Apa salahnya sekali-sekala. Sambil menyelam minum air.’’ ujar Alif nakal sambil mengangkat-angkat keningnya. 
'' Tapi Daus......'' masih ada perkara yang bermain dalam pemikiran Shah.
'' Ha! Apa masalahnya pula, Shah ?’’ soal Daus.
'' Tuh!’’ ujar Shah sambil memuncungkan mulutnya ke arah Adira yang ketika itu sudah memasuki biliknya.
'' Apa kata kita buat kejutan kepada Cik Siti. Kita beritahu Pengetua Norman pasal rancangan kita ini. Kalau betul Shahir ada di sana, barulah kita suruh Cik Siti menyusul kemudian. Ini juga kita jadikan kejutan kepada Che Amat. Mesti dia terduduk, terjatuh, tertonggeng punyalah dengan kejutan kita ini.’’ ujar Maulana.
'' Hrmm! Bagus juga cadangan kau. Okey semua! Setuju?’’ soal Daus.
'' Setuju! teriak Maulana, Shah dan juga Alif dengan penuh kegembiraan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Seperti yang kau duga, Daus. Aku sudah menelefon resort tersebut dan memang betul Che Amat menginap di resort tersebut. Sekarang tinggal kita sahaja yang perlu menyiapkan kelengkapan untuk ke sana.’’ ujar Maulana dengan penuh bersemangat.
'' Macam mana dengan kau pula, Daus? Pengetua Norman izinkan tak?’’ soal Alif bimbang.
'' Hei! Tengok rambut lah. Inikan Daus. Dah tentu-tentunya Pengetua Norman izinkan. Dan yang lebih menggembirakan, Pengetua Norman akan menanggung semua kos perbelajaan perjalanan pergi dan balik kita semua. Dia juga setuju dengan perancangan kita. Dia cakap kalau betul-betul Shahir berada di pulau tersebut, dia dan Adira kan menyusul kita ke sana.
'' Pengetua Norman ikut sekali?’’ soal Maulana, Shah dan Alif serentak. Masing-masing terkejut dengan kenyataan Daus tadi.
'' Entahlah. Itu yang dia beritahu aku tadi. Aku pun tak tahu apa motif dia.’’ ujar Daus dengan penuh tanda tanya.
'' Ah! Biarlah. Janji perancangan kita sedang berjalan dengan lancar. Aku pun tak sabar-sabar nak pergi mencuci mata di pulau  itu.’’ ujar Alif dengan penuh keterujaan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Apa khabar, Encik Shahir?’’ soal seorang wanita yang berusia awal 30-an yang muncul secara tiba-tiba dari belakang mengganggu ketenteraman Shahir yang ketika itu sedang membaringkan diri di kerusi rehat sambil menikmati siulan ombak pantai.
'' Kha..khabar baik. Awak ini siapa. Macam mana awak boleh tahu nama saya.’’ soal Shahir panik apabila seorang wanita yang tidak dia kenali menegurnya,
'' Perkenalkan, nama saya Zieta. Saya akan menjadi jurulatih untuk latihan ‘scuba diving’ Encik Shahir nanti.’’ ujar Zieta dengan ringkas.
'' Jurulatih aku? Perempuan? Biar betul!’’ soal Shahir dalam hatinya.
Melihat Shahir yang terkebil-kebil memamdang dirinya, Zieta segera bersuara….
'' Jangan risau, Encik Shahir. Saya sudah 10 tahun berpengalaman dalam bidang ‘ scuba diving’ ini. Saya yakin Encik Shahir akan berpuas hati dengan hasil kerja saya.’’ ujar Zieta bagi meyakinkan Shahir.

Shahir hanya terdiam. Tidak menyangka wanita dihadapannya itu sangat memahami apa yang sedang difikirkannya sekarang. Seperti ada sesuatu tarikan mengenai wanita tersebut yang menyebabkan Shahir ingin tahu dengan lebih mendalam lagi. Tetapi masakan secepat ini Shahir boleh melupakan Adira dengan membenarkan wanita lain hadir dalam hidupnya buat ketika ini.Atau sememangnya ketika ini dia sangat memerlukan teman untuk berkongsi masalah.

'' Baiklah, Encik Shahir. Sesi latihan kita bermula tengahari esok. Saya jumpa Encik Shahir di sini lagi ya. Jangan lupa temu janji kita.’’ ujar Zieta sambil tersenyum lalu berlalu pergi meninggalkan Shahir keseorangan disitu.
Shahir membaringkan semula dirinya di atas kerusi rehat tersebut. Fikirannya ketika ini sangat berserabut. Sama ada kesal dengan sikap ayahnya yang menyingkirkannya dari Akademi Muzik atau kesal dengan dirinya sendiri kerana tidak mampu memulihkan keadaan seperti sedia kala. Tetapi satu perkara yang sedang bermain di dalam pemikirannya ketika ini. Adira………

Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 12

Setibanya di Asrama Biru, warga penghuni disitu termasuklah pelajar-pelajar perempuan Asrama Ungu serta tenaga-tenaga pengajar seperti Cikgu Adnan, Cikgu Linda, Cikgu Siti serta Cikgu Fatty sedang berkumpul di ruang menunggu Asrama Biru. Masing-masing menunjukkan pelbagai reaksi. Tidak tahu sama ada sedih, kecewa mahupun benggang. Shahir dan Adira yang baru sahaja melangkahkan kaki merasa binggung seperti tidak memahami akan situasi yang sedang berlaku di situ.

'' Hoi Daus! Kenapa dengan kamu semua ni. Apa yang telah berlaku. Serius saja aku tengok.'' soal Shahir.
Daus ketika itu hanya mendiamkan diri. Mungkin masih berkecil hati dengan Shahir apabila menumbuknya beberapa kali. Daus memalingkan muka tetapi memandang tajam ke arah Adira yang sedang berada disisi Shahir. Mungkin dia merasa sedikit aneh melihat kedudukan Adira yang sangat rapat dengan Shahir.
''( Yeah! Misi Shahira sudah berhasil. Terima kasih tuhan. Taklah nanti aku menjadi mangsa keadaan lagi.)'' ucap syukur Daus di dalam hatinya.
Shahir tahu bahawa Daus berkecil hati dengan sikapnya lalu mula memujuk Daus.
'' Daus! Aku tahu aku salah, aku minta maaf sangat-sangat.'' ujar Shahir sambil mengusap lembut belakang Daus.
'' Senanglah kau cakap. Mentang-mentang muka aku dah senget sebelah ni, senanglah kau rampas takhta aku sebagai Lelaki Paling Macho di Akademi Muzik ni kan!'' gurau Daus sambil menunjukkan reaksi muka monyok.
'' Ehe..Apa salahnya sekali-sekala.'' gurau Shahir sambil tersenyum-senyum ke arah Daus.
Melihat Daus yang masih tidak lembut hati dengan pujukkannya itu, Shahir segera mengeluarkan sesuatu dari begnya lalu diserahkan kepada Daus.
'' Aku bagi kau main benda ini sampai sebulan, okey tak?'' soal Shahir sambil menghulurkan PSP miliknya yang berwarna hijau kepada Daus.
Terukir sedikit senyuman di wajah Daus lalu........
'' Kau kena bagi aku main PSP ini selama setahun, dan setelah itu baru aku maafkan kau.'' ugut Daus.
Lama juga Shahir berfikir sama ada mahu menyerahkan atau tidak PSP kesayangannya itu tetapi setelah melihat reaksi Daus yang kembali ceria, Shahir mengiyakan saja dengan berat hati. Maklum sajalah, Daus ini terkenal dengan sikap suka merosakkan harta benda orang lain. Aduhai......

Dilihat kelibat Pengetua Norman dan beberapa orang penting dari Akademi Muzik sedang berjalan keluar dari bilik pakaian sambil membincangkan sesuatu yang sangat serius.

'' Ha! Shahir, kamu dari mana sampai sekarang baru kamu balik?.'' soal Pengetua Norman serius. Shahir seperti teragak-agak mahu menjelaskan perkara sebenar kepada ayahnya. Tetapi mujurlah ibunya memahami situasi yang dialaminya sekarang.
'' Saya suruh Shahir pergi poskan surat tadi.'' ujar Mak Anum dengan penuh yakin.
''( Huh! Terima kasih mak kerana telah membantu anakandamu ini.)'' bisik Shahir dalam hatinya.
'' Erk! Ya! Betul tu.'' Shahir hanya mengiyakan saja kenyataan ibunya tadi.
'' Erm! Apa yang sedang berlaku sekarang. Kenapa semua muram saja?'' soal Shahir kebingungan.
'' Ada orang telah mensabotaj Asrama Biru. Semua uniform pelajar Akademi Muzik yang terdapat di Asrama Biru telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali. Dan sekarang, pihak Akademi sedang menjalankan siasatan siapa individu yang terlibat.

'' Tuan! Kami menjumpai gelang ini berdekatan dengan uniform yang telah dirosakkan.'' Seorang pekerja Akademi Muzik menyerahkan gelang kaki yang dijumpai itu kepada Pengetua Norman.
'' Eh! Itu gelang kaki aku. Tapi gelang itu hilang sejak hari pertama aku menjejakkan kaki di Asrama Biru. Macam mana pula tiba-tiba boleh berada di bilik tersebut.'' soal Adira di dalam hatinya dengan kehairanan.
'' Hrmm! Nampaknya penjenayah kita sekarang adalah perempuan. Siapa di antara kamu yang tahu siapa tuan punya gelang ini?.'' soal Pengetua Norman sambil menunjukkan gelang tersebut dihadapan semua pelajar Akademi Muzik yang berada disitu.

'' Eh! Itukan gelang Cik Siti.'' ujar Alif.
'' Kau biar betul Alif! Kau jangan tuduh sembarangan.'' soal Maulana.
'' Betul lah. Kau tak ingat! Pertama kali Cik Siti menjejakkan di Asrama Biru, dengan bunyi loceng gelang kaki dia lah telah menarik perhatian kita semua, tahu!.'' ujar Alif dengan penuh yakin.
Lama juga Maulana berfikir untuk mengingat kembali hari pertama Adira menjejakkan kaki di situ kerana setelah hari itu, Adira tidak lagi memakai gelang tersebut.
'' Betul juga apa yang di katakan oleh Alif. Aku pun terlihat juga akan gelang kaki yang dipakai oleh Cik Siti tapi takkan lah dia sanggup mengkhianati kita semua sampai macam itu sekali.'' Shah mula menyampuk.

Adira sepertinya sudah menggelabah. Masing-masing mengeluarkan sebulat suara bahawa gelang tersebut adalah miliknya padahal dia tidak tahu menahu akan kejadian yang sedang berlaku. Ditambah pula dengan reaksi Pengetua Norman yang memandang tajam ke arahnya menyebabkan dirinya tidak tenteram. Perasaan risau mula menyelebungi dirinya. Shahir yang berada di sisi Adira menjadi keliru sama ada mahu percaya atau tidak akan kenyataan rakan-rakannya itu bahawa Adira sanggup mensabotaj mereka di Asrama Biru.

'' Baiklah! Nampaknya kita telah mempunyai saksi. Saya rasa semua orang akan setuju dengan keputusan saya ini. Adira! Awak telah saya singkir ......'' Belum sempat Pengetua Norman meneruskan kata-kata, Shahir dengan segera mencelah.
'' Pengetua, sebenarnya sayalah yang telah merosakkan uniform semua pelajar Akademi Muzik.'' ujar Shahir.
Rata-rata semua pelajar Akademi Muzik yang berada disitu terkejut dengan pengakuan Shahir. Masing-masing tidak percaya bahawa Shahir sanggup melakukan perbuatan sebegitu.
'' Apa maksud kamu, Shahir. Sudah jelas-jelas gelang Adira ditemui berhampiran dengan dengan uniform yang telah dirosakkan. Kenapa awak pula yang terbabit.'' soal Pengetua Norman dengan nada serius. Seperti biasa sikap Pengetua Norman sangat profesional di Akademi Muzik meskipun terhadap anaknya sendiri.
'' Erk! Se..se..sebenarnya saya yang meletakkan gelang Adira di situ. Saya nak kenakan Adira dengan menyingkirkan dia dari Akademi Muzik ini. Sa..saya sebenarnya iri hati dengan prestasi dia disini.'' jawab Shahir dengan gugup. Perit hatinya apabila perlu mengakui akan perbuatan yang sememangnya dia tidak lakukan. Tapi demi seseorang, dia tabahkan juga hatinya.
''Shahir! Tak mungkin awak melakukannya. Saya tahu!'' bisik Adira dalam hatinya. Belum sempat Adira hendak membuka mulut, Shahir terlebih dahulu menghalangnya.
'' Shh! Jangan Adira! Saya tahu apa yang terbaik untuk Akademi Muzik ini.'' bisik Shahir perlahan.

Semua warga Akademi Muzik yang berada di situ rata-ratanya terkejut dan tergamam dengan kenyataan Shahir itu. Hanya disebabkan iri hati terhadap Adira, Shahir sanggup merosakkan uniform yang telah menjadi hak pelajar-pelajar di Asrama Biru. Alasan yang tidak munasabah betul. Masing-masing sudah kenal benar akan perangai Shahir. Tidak mungkin dia sanggup berbuat sebegitu.

'' Baiklah! Kalau awak sudah mengakuinya. Shahir! Saya meminta.......awak ucapkan selamat tinggal......pada kawan-kawan Shahir dan tenaga-tenaga pengajar kerana awak......disingkirkan. Awak juga tidak dibenarkan sama sekali menjejakkan kaki ke Akademi Muzik ini lagi. Saya harap awak faham.'' tersekat-sekat Pengetua Norman mengeluarkan kenyataan tersebut dengan nada kesal meskipun hatinya berat untuk berkata sedemikian terhadap anaknya sendiri. 

Semua pelajar Akademi Muzik yang berada disitu hanya mampu menundukkan diri. Masing-masing bersedih dan tidak berpuas hati dengan penyingkiran tersebut. Mahu sahaja mereka bersuara bagi menghalang penyingkiran tersebut tapi apakan daya seorang pun tidak mempunyai kuasa untuk membantah perkara tersebut. Lagipun salah tetap salah. Peraturan di Akademi Muzik harus dipatuhi.
Shahir mengangguk tanda mengerti dan akur dengan keputusan tersebut. Mungkin sudah tertulis bahawa dia sememangnya tidak layak lagi untuk terus berada disini. Shahir sepertinya sudah menerima takdir yang telah ditentukan lalu membuka langkah pergi meninggalkan Asrama Biru.

'' Shahir!'' Maulana, Alif, Daus dan Shah serentak memanggil nama Shahir. Langkah Shahir terhenti lalu memaling ke arah rakan-rakannya. Seorang demi seorang memeluk Shahir. Masing bersedih kerana terpaksa kehilangan rakan yang telah banyak perkara mereka lalui bersama.
'' Kau jaga diri baik-baik ya!'' ujar Shah.
'' Aku pun minta maaf sekiranya ada salah silap aku selama ini pada kau.'' tambah Maulana pula dengan nada beremosi. Dan dengan secara tidak sengaja, air mata Maulana jatuh membasahi pipi. Ketika itu, berkali-kali juga Shahir menepuk bahu Maulana.
'' Kau jangan lupa hantar surat kepada kami di sini ya!'' ujar Alif pula.
'' Kau ni biar betul, main hantar-hantar surat pula. Kau ingat ini zaman Jamal Abdillah ker. Sekarang kan dah ada Facebook. Nanti aku hantar saja dekat 'wall' engkau. Okey?'' Sempat lagi Shahir bergurau buat kali terakhir.
Orang terakhir yang memeluk Shahir ialah Daus. Daus hanya diam tidak mampu berkata apa-apa. Baru sahaja sebentar tadi hubungan mereka berdua kembali mesra tetapi akhirnya terpaksa berpisah dengan cara sebegini.
Melihat akan keadaan Daus sebegitu, Shahir bersuara....
'' Janganlah menangis, Daus. Nanti muka kau dah tak hensem.'' gurau Shahir.
'' Mana ada aku menangis,'' terkebil-kebil Daus menahan air mata jantannya daripada jatuh.
'' Aku janji Shahir, aku akan cari pesalah yang sebenar.'' tambah Daus lagi.
'' Tak mengapa lah, Daus. Mungkin bukan rezeki aku agaknya untuk terus berada disini. Apa yang penting sekarang ni, aku nak kau buat yang terbaik. Aku tahu kau boleh buat, Daus.'' nasihat Shahir.
Masing-masing berpelukan secara beramai-ramai. Perasaan hiba mula menyelubungi diri 5 orang rakan karib tersebut.
Setelah masing-masing melepaskan pelukan, Shahir kemudian memandang lemah terhadap Adira.
'' Adira!'' dengan lembut Shahir memanggil nama Adira dari jauh sambil menyusun sepuluh jari bagi memohon maaf. Adira ketika itu tidak mampu berkata apa-apa. Dibiarkan saja air matanya jatuh membasahi pipi. Hatinya sangat sedih dengan pemergian Shahir yang sanggup mempertahankan dirinya daripada disingkirkan dari Akademi Muzik. Sepertinya baru sebentar tadi dia dan Shahir mengecap kebahagiaan tetapi tidak menyangka ada perpisahan yang berlaku secepat ini.
'' Okey semua! Jangan lupakan aku.'' Hanya itu ungkapan terakhir yang mampu diucapkan oleh Shahir kepada rakan-rakannya di Akademi Muzik. Perasaan sayu dan hiba sangat dirasai oleh semua pelajar termasuk tenaga-tenaga pengajar yang berada di ruangan tersebut sebaik sahaja Shahir melangkah pergi. 

AH! LAIN YANG AKU SASAR. LAIN PULA YANG TERKENA. KAU INGAT DENGAN KAU TUNJUK HERO DISITU KAU BOLEH LINDUNGI ADIRA. JANGAN HARAPLAH, SHAHIR........AKU AKAN KEMBALI!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Eh Shahir! Kamu tak tidur di Asrama Biru ke hari ini?'' soal Kak Seena kehairanan apabila melihat kelibat Shahir yang sedang bersandar pada sofa di ruang tamu. Lemah melihat akan keadaan Shahir ketika itu. Kak Seena merupakan pembantu rumah kepada keluarga Shahir.
'' Abang..abang..tolong bacakan Adda buka cerita ni. Adda tak boleh tidur lah.'' Datang seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 4 tahun menghampiri Shahir sambil sebuah buku berada disisinya. Digoyang-goyangkan badan Shahir yang ketika itu baru sahaja mahu melelapkan mata.
'' Adda...jangan ganggu abang! Abang tengah penat tuh. Dia baru sahaja balik. Bagilah dia berehat dahulu ya! Mari, Kak Seena bawa Adda masuk bilik.'' ujar Kak Seena dengan nada lembut sambil mencapai tangan kecil Suaidah atau mesra dipanggil Adda yang merupakan adik bongsu kepada Shahir.
'' Tak nak! Nak abang caer juga.'' berontak hati kanak-kanak tersebut apabila permintaannya tidak dipenuhi.
'' Tak mengapalah, Kak Seena. Saya akan bawa Adda masuk bilik.'' ujar Shahir apabila melihat reaksi Adda yang sedikit merajuk.
'' Yeaa! Sayang abang,'' ujar Adda kegembiraan lalu memanjat bahu Shahir. Setelah itu diciumnya pipi Shahir berkali-kali. 
'' Aduhai! Adda nak abang buat apa ni!'' soal Shahir terkejut apabila adiknya secara tiba-tiba memanjat belakangnya.
'' Adda nak abang bawa Adda terbang sampai ke bilik. Abangkan Spiderman Adda. Hik..hik..'' ujar Adda sambil ketawa.
Shahir ketika itu hanya mampu menggelengkan kepala. Terubat sedikit luka di hatinya apabila melihat gelagat adiknya itu. Diturutkan sahaja kemahuan adiknya itu.
'' Yeaa..kyaaaaa...laju lagi abang..laju lagi.'' sorak Adda kegembiraan apabila Shahir menggendongnya menuju ke bilik tidur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sambil membaringkan dirinya di sebelah adiknya, Shahir memulakan cerita.....
'' Pada suatu hari, datang seorang putera kacak bernama Shahir.......''
'' Wah! Nama putera kacak tuh sama dengan abang lah'' ujar Adda dengan begitu lurus. Shahir hanya mampu tersenyum lalu meneruskan kembali ceritanya.

'' Putera tersebut sedang pendam perasaan cintanya terhadap seorang puteri kayangan yang bernama Adira. Tetapi cintanya itu sekadar ilusi apabila dihalang oleh seorang nenek sihir. Tapi atas sifat keberanian, putera tersebut sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta puteri kayangan tersebut biarpun dicederakan berkali-kali oleh nenek sihir tersebut. Putera kayangan itu........'' cerita Shahir terhenti disitu.

 '' uwhaaaaaaaaaaaahhhhhh! Adda sampai di sini saja ya. Abang dah mengantuk ni. Badan abang penat sangat.'' ujar Shahir lemah.
Adda mula memicit-micit badan abangnya yang dikatakan penat. Begitu lurus Adda memandang abangnya ketika itu. Shahir hanya tersenyum melihat gelagat adiknya itu.
'' Kepala abang pun sakit juga.'' tambah Shahir lagi. Adda kemudian mula memicit-micit kepala Shahir.
'' Tapi hati abang pun sakit juga.'' ujar Shahir.
'' Hati?'' Adda seperti kebinggungan kerana kurang memahami apa yang dimaksudkan oleh abangnya itu. Shahir mengerti bahawa mana mungkin kanak-kanak berumur 4 tahun yang sedang berada di hadapannya itu memahami sakit hati yang dialaminya sekarang.
'' Hati ada disini.'' ujar Shahir sambil mencapai tangan kecil Adda lalu diletakkan di dadanya. Adda yang begitu lurus ketika itu mengusap lembut dada Shahir. Shahir tersenyum lalu memeluk erat adiknya.
'' Janganlah sedih abang. Kalau abang sedih, Adda pun nak menangis juga.'' ujar Adda.
'' Adda bila dah besar nanti jangan cari teman lelaki macam abang ya. Abang ini teruk dan tak berguna kan!'' nasihat Shahir kepada adiknya. Adda tersenyum comel sambil mengangguk berkali-kali tanda memahami.
'' Apalah Adda ni. Sepatutnya Adda cakap yang Adda bangga mempunyai abang seperti abang ni. Kalau boleh Adda cakap lah yang Adda nak cari teman lelaki yang hensem dan baik hati macam abang. Ini tidak!'' gurau Shahir.
'' Ehe! Adda tak nak teman lelaki yang lain selain abang caer. Kalau tidak, nanti tak ada siapa nak tolong halaukan nyamuk dan habiskan sayur untuk Adda.'' ujar Adda dengan begitu petah.
'' Adda tidur ya!'' ujar Shahir lalu menyelimuti adiknya. Diusap-usap kepala adiknya itu beberapa kali.
'' Adda sayang abang. Selamat malam.'' ucap Adda dengan manja.
Belum sempat Shahir hendak keluar, Adda bersuara lagi..
'' Abang, nanti kalau tidur mimpikan Puteri Adira ya!'' ujar Adda sambil tersenyum-senyum.
Shahir membalas senyuman adiknya dan pada masa yang sama terkejut. Adda seperti mengetahui akan perihal yang sedang berlaku terhadap dirinya sekarang. Shahir menutup pintu bilik Adda secara perlahan-lahan lalu berjalan menuju ke biliknya.