Shahir memandu laju kereta Peugeotnya. Tidak tahu kemana hala tujunya yang sebenar. Fikirannya serabut sama seperti keadaan rambutnya yang serabut memikirkan masalah yang membelengu dirinya sekarang. Masih mencari tempat untuk menenangkan diri daripada terus dirinya dibayangi dan diselubungi nama Adira terus menerus.
Sebelum itu........
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Kau nampak tak, Daus. Misi Shahira kita hampir berjaya. Kau nampak muka Che Amat tadi, dah macam ayam berak kapur bila kau mesra dengan Adira. Hakh..hakh..hakh.'' ujar Ain sambil ketawa terbahak-bahak.
'' Betul tuh! Kalau tidak disebabkan Hero Malaya ini yang pandai berlakon, dah tentunya misi ini tak akan menjadi, tahu!'' ujar Daus dengan bangga.
'' Yelah tuh! Apa yang penting sekarang misi kita dah sampai ke penghujungnya, betul tak?.' Give me five' Daus.'' tambah Ain lagi.
'' Yeah!'' ujar Daus sambil sambil menepuk tampar tangan Ain diikuti dengan gelak ketawa di antara dua insan tersebut. Masing-masing berasa sangat gembira apabila misi mereka yang ingin menyatukan Shahir dan Adira bakal terlaksana tidak lama lagi.
Gedebuukkkhhhhh'' Satu tumbukan maut terkena ke arah muka Daus.
'' Hoi! Kenapa dengan kau, Shahir! Kena sampuk dengan hantu Karak ke siang-siang macam ni,'' teriak Daus yang sudah jatuh tersungkur di tanah dek penangan tumbukan Shahir tadi. Daus mengesat darah yang sudah mengalir di mulutnya.
'' Apa kau buat ni, Shahir?'' soal Ain dengan nada panik lalu membantu Daus untuk bangun semula.
'' Apa yang kau buat dengan Ain disini, hah! Mesra sangat ni aku tengok. Adira pula kau nak letak dekat mana. Sampai hati kau mainkan perasaan dia.'' teriak Shahir dengan nada bengang.
'' Apa yang kau cakap ni,hah!! Aku tak faham!'' Daus ternyata keliru dengan tindakan Shahir menumbuk dirinya.
Kesal dengan jawapan yang diberikan, Shahir bertindak mahu menumbuk lagi Daus tetapi dengan segera dihalang oleh Ain.
'' Sudahlah, Shahir! Daus tak bersalah dalam hal ni,'' teriak Ain.
'' Ah! Baik kau diam, Ain. Lebih baik kau jangan masuk campur. Kau pun sama! Aku ingat kau kawan aku. Tapi kau pula lebih memihak kepada Daus.'' tambah Shahir lagi.
'' Kau tak faham, Shahir! Aku tak memihak kepada sesiapa pun. Lagipun Daus cuma....'' belum sempat Ain meneruskan kata-kata, Shahir menarik kuat baju Daus.
'' Paaarrrrrrkhhhhhh.'' Ain menampar pipi Shahir apabila melihat keadaan Shahir yang tidak terkawal seperti dirasuk hantu apabila dia bertindak menumbuk Daus berkali-kali.
'' Aku minta maaf Shahir!'' ujar Ain dengan nada kesal.
Shahir tergamam. Tidak menyangka Ain sanggup menampar dirinya semata-mata mahu membela Daus. Lelaki yang sanggup mempermainkan hati dan perasaan Adira.
Dengan kesal Shahir berlalu pergi meninggalkan Daus dan Ain disitu dan menuju ke arah keretanya.
'' Aku dah cakap, Ain! Mesti penumbuk Che Amat tuh melekat dekat muka aku yang hensem ni. Kau tengok muka aku ni, aku rasa macam dah senget sebelah la.'' rungut Daus manja sambil mengusap lembut pipinya.
'' A'ah! Muka kau memang bertambah teruk sengetnya. Jom ikut aku pergi bilik rawatan.'' Dengan kadar segera Ain menarik tangan Daus. Lagaknya sudah seperti kakak yang risaukan akan keadaan adiknya yang tercedera.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Meh sini aku tuam muka kau tuh!'' ujar Ain.
'' Hei! Perlahan lah sikit. Sakit la. Macam tangan jantan saja.'' seloroh Daus.
'' Diam lah! Cakap banyak la kau ni.'' Ain menyambung kembali menuam muka Daus. Kedudukan Ain kali ini kelihatan sangat rapat dengan kedudukan Daus. Dengan secara tiba-tiba saling berpandangan dan masing-masing mengelamun.
Gedebukkkkhhhhhhh! Datang lagi satu tumbukan ke arah muka Daus. Aduhai..siapa lagi punya penangan pula kali ini. Kasihan Daus. Daus yang duduk di sofa terjatuh ke lantai dek tumbukan Maulana tadi.
'' Daus! Apa yang kau buat dengan Ain aku, hah!'' teriak Maulana.
'' Adus! Apa malangnya nasib aku hari ini. Terjerat di antara perhubungan dua pasangan. Baru sahaja tadi aku dikaitkan dengan masalah mengenai pasangan Shahira. Sekarang pula aku terjerat dengan masalah perhubungan pasangan Maulain. Bilalah cerita ini nak habis! Ah!'' rungut Daus dalam hatinya.
'' Haish Mau! Tak ada apa lah. Saya cuma tolong dia saja. Kesian la dekat dia. Baru saja Che Amat tumbuk dia, sekarang awak pula nak tambah kesakitan dia.'' ujar Ain.
'' Betul Mau! Aku tak ada apa-apa dengan Ain ni. Aku dah anggap Ain ni macam kakak aku saja. Tak lebih pun. Tolong lah, Mau! '' Daus yang penat diperlakukan seperti itu sudah mula merayu-rayu.
Maulana menghulurkan tangannya kepada Daus untuk membantunya untuk bangun.
'' Aku minta maaf, Daus. Maaf sangat-sangat. Aku tak tahu. Aku tengok kau rapat semacam saja dengan Ain. Aku ingat kau ada hati dengan Ain. Kau okey ke tak ni?'' soal Maulana.
'' Aku okey! Tengok hidung lah! Kau pun sama baran dengan Che Amat. Bukannya nak selidik betul-betul. Main serbu saja.
'' Yelah! Yelah! Aku minta maaf! Aku betul-betul menyesal ni.'' tambah Maulana lagi.
'' Hrm..Maaf kau akan diterima tapi dengan satu syarat kau kena 'battle' tarian dengan aku dulu. Kalau aku menang, kau kena cuci baju kau 9 hari berturut-turut. Amacam?'' Daus mula mengangkat-angkat keningnya.
'' Okey! Tak ada hal lah. Tapi boleh ke kau menari dalam keadaan kau yang macam ini? '' Maulana mengiyakan perlawaan Daus itu sambil menunjukkan muka sinis. Maklum sajalah, apabila bercerita pasal bab tarian, Maulana lah yang paling jaguh.
'' Hei! Ini Daus la.'' ujar Daus sambil menepuk dadanya tanda bangga.
'' Kalau aku menang, kau yang kena cuci baju aku nanti, okey!'' balas Maulana sinis. Daus hanya memuncungkan mulut. Terdiam sebentar memikirkan perkara tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Piiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!''
Shahir menekan brek keretanya secara mengejut.
'' Hoi! Nak mati ke hah! '' Shahir berteriak sambil menjengahkan kepalanya ke luar tingkap lalu membuka cermin mata hitam yang dipakainya. Alangkah terkejutnya Shahir apabila orang yang hampir saja dia hendak langgar ialah Adira yang sudah terduduk di atas jalan sambil meniup-niup lututnya yang terluka. Shahir segera keluar menuju ke arah Adira.
'' Saya minta maaf! Saya minta maaf!'' ujar Shahir lalu memangku Adira ke arah kerusi taman yang berdekatan. Terhencut-hencut Adira berjalan.
'' Teruk juga luka awak ni! Awak tunggu disini sekejap. Nanti saya datang balik.'' ujar Shahir lalu kembali kearah keretanya. Adira hanya terdiam. Tidak menyangka dia boleh terserempak dengan Shahir disini pada waktu malam sebegini.
'' Ha! Jumpa pun.'' Shahir mencapai peti kecemasan kecil yang terdapat di bawah tempat duduk di dalam keretanya lalu membawanya menuju ke arah Adira. Adira yang sudah mengeluarkan sapu tangan untuk mengelap darah yang mengalir di lututnya itu dengan segera dihalang oleh Shahir.
'' Hoi! Nanti! Jangan lap dulu. Biar saya cuci luka awak itu dengan ubat anti-kuman ini.'' Shahir menepis lembut tangan Adira dan segera mengeluarkan sebotol ubat lalu ditunjukkan kepada Adira. Shahir merawat luka Adira dengan begitu berhati-hati. Hati Adira turut tersentuh apabila melihat keadaan Shahir yang sudah panik dan prihatin terhadap dirinya. Padahal lukanya itu tidak seteruk mana.
'' Ouch! '' teriak Adira.
'' Ma..maaf. Sakit ker? Saya sapu kuat sangat ya? soal Shahir panik.
'' Erm! Tak lah.'' jawab Adira ringkas.
Sedang Shahir sibuk-sibuk membalut luka Adira, dia baru terperasan akan sapu tangan yang digenggam oleh Adira.
'' Awak masih simpan lagi ya sapu tangan tuh. '' soal Shahir tetapi entah kenapa tidak dipandangnya wajah Adira ketika menyoal soalan tersebut sebaliknya Shahir menyibukkan dirinya membalut luka Adira.
'' Oh ya! Saya selalu bawa sapu tangan ini ke mana sahaja saya pergi. Saya rasa selamat apabila sapu tangan ini ada dengan saya,'' ujar Adira sambil menggenggam kuat sapu tangan tersebut.
'' Erm..awak dengan Daus macam mana sekarang? Saya tengok semakin bahagia rasanya!'' soal Shahir.
Adira memandang tepat ke arah Shahir yang masih lagi menundukkan diri. Tidak menyangka perkataan itu yang keluar dari mulut Shahir. Lalu Adira menepis tangan Shahir dan bangun meninggalkan tempat duduk tersebut.
'' Salah ke apa yang aku tanya tadi.'' bisik Shahir. Shahir yang duduk melutut dengan segera bangun untuk mendapatkan Adira yang berjalan terhencut-hencut yang sudah meninggalkannya.
'' Adira! Tunggu la dulu.'' Teriak Shahir lalu dengan segera mencapai tangan Adira.
'' Lepaskan saya.'' Adira menepis tangan Shahir yang ternyata bengang apabila Shahir berkata sebegitu kepadanya tadi.
'' Tunggu la, Adira. Sekurang-kurangnya, bagi lah saya hantar awak pulang ke Asrama Biru dahulu. Tak baik orang perempuan jalan seorang diri malam-malam macam ni. Kalau terjadi sesuatu nanti, siapa yang susah!'' ujar Shahir panjang lebar. Adira menghentikan langkahnya. Diturutkan sahaja kemahuan Shahir itu. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Shahir tadi.
Shahir dengan penuh 'gentleman' nya membukakan pintu kereta untuk Adira sambil tersenyum-senyum tetapi dibalasnya Adira dengan reaksi muka yang bersahaja saja. Bagi menimbulkan suasana romantik pada malam itu, Shahir membuka bumbung keretanya.
''Huh! Mengada la tuh.'' Adira yang ketika itu sudah hilang moodnya hanya mampu menggelengkan kepalanya apabila melihat akan perangai Shahir itu.
'' Adira...Betul ke awak dengan Daus sekarang ada hubungan? soal Shahir sambil memulakan pemanduannya.
'' Yang awak sibuk ni, kenapa? Tak ada kena mengena dengan hidup awak pun kan!'' balas Adira.
'' Mestilah saya perlu tahu. Awak kan Mary Jane kepunyaan Spiderman.'' jawab Shahir.
'' Apa kaitannya Mary Jane dengan saya pula.'' berkerut-kerut Adira memikirkan akan kenyataan Shahir itu.
Shahir dengan segera memberhentikan keretanya secara mengejut. Difikirkan Shahir sama ada mahu meluahkan perasaannya terhadap Adira ataupun tidak.
'' Kenapa ni? Kereta awak rosak ke?'' soal Adira.
Shahir menandang tajam ke arah Adira. Lalu...
Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat
Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini
Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan
Diriku untukmu......
'' Apa maksud awak nyanyi lagu ini untuk saya.'' Adira seperti biasa membuat reaksi muka jual mahal tetapi di dalam hatinya '' Shahir! Sudah lah tu. Tertusuk dadaku dengan panahan matamu. Aaaaahhhh!''
'' Macam ni lah, Adira. Saya tahu awak bersama dengan Daus sekarang. Tapi saya tetap sayangkan awak.'' ujar Shahir beremosi. Adira membulatkan matanya.
'' Apa maksud awak ni. Saya tak faham!'' ujar Adira yang sangat musykil akan kata-kata Shahir tadi. Shahir mengelamun dan berfikir lama juga Shahir sama ada mahu meluahkannya atau tidak.
'' Shahir!'' teriak Adira.
'' Saya cintakan awak, Adira.'' Terungkap juga kata-kata magis itu dari mulut Shahir.
'' Akhirnya! Aku pun cintakan kau juga, Shahir! '' teriak Adira di dalam hati. Adira manahan perasaannya dahulu supaya tidak meroyan tak tentu pasal.
'' Sebenarnya Shahir, ada satu perkara saya nak beritahu awak!'' ujar Adira dengan nada serius.
'' Apa ?'' Shahir gementar menunggu jawapan daripada Adira.
'' Saya dan Daus sebenarnya tak ada apa-apa hubungan, Ain dan Daus merancang nak menyatukan awak dan saya disebabkan masalah awak yang susah nak ucapkan perasaan seperti yang telah berlaku tadi..ehe..'' ujar Adira sambil tersenyum-senyum kepada Shahir.
'' Apa yang aku dah buat ni? Sanggup aku salah sangka dan bertindak sebegitu tadi terhadap kawan baik aku sendiri.'' bisik Shahir dalam hatinya.
'' Adoui! Kenapa tak cakap awal-awal. Awak nak tahu, siang tadi buku lima saya ini dah hinggap ke muka Daus, tahu! Korang pun satu, buat rancangan yang melibatkan nyawa orang yang tak bersalah.'' ujar Shahir sambil menepuk dahinya.
'' Kami minta maaf, ya! Awak jangan la risau, Shahir. Daus tak apa-apa!'' Adira cuba menenangkan Shahir.
Shahir memandang aneh ke arah wajah Adira. Adira sepertinya tidak selesa dengan pandangan mata itu.
Shahir cuba untuk meregang tangannya tetapi disalah sangka oleh Adira yang menyangka bahawa Shahir hendak memeluknya.
'' Argh! Shahir apa kau cuba buat ni!'' teriak Adira dalam hatinya sambil memejam mata.
'' Eh! Apahal dengan Adira ni?'' soal Shahir kehairanan lalu mencapai sekotak hadiah yang berada di tempat duduk belakang.
'' Eherm! Adira...Sudikah awak jadi Mary Jane saya seumur hidup.'' ujar Shahir.
'' Apa ini?'' soal Adira setelah dia kembali membuka mata dan terkejut melihat Shahir menghulurkan sekotak hadiah berwarna merah jambu kepadanya.
'' Bukalah.'' jawab Shahir. Wah! Tidak disangka-sangka bahawa romantik juga Che Amat ini.
Adira tergamam, tersentuh dan tidak terungkap kata-kata apabila kotak tersebut beirsi sebuah pin rambut yang berwarna biru kilauan dengan rekaan bunga yang sangat cantik. Adira ketika itu hanya mampu tersenyum kepada Shahir. Menganggap bahawa senyuman itu mengiyakan pertanyaan dia tadi, Shahir menyisipkan klip rambut tersebut ke rambut Adira. Sungguh berseri-seri wajah Adira ketika itu.
-{ Sekebun cinta nan berbunga, Megah berdiri nan berduri, Kamu yang asli, Di dalam mekar, Bila terbit mentari, Menguntumlah..... }-
'' Ah! Masa-masa ini pula telefon ni hendak berbunyi! Kacau betul.'' keluh Shahir dalam hatinya.
'' Hello!'' ujar Shahir.
'' Hoi Che Amat! Kau ada di mana, hah! Baik kau balik sekarang. Ada masalah terjadi di Asrama Biru.'' dengan nada panik Shah memberitahu Shahir.
'' Baiklah! Aku balik sekarang.'' Shahir memutuskan panggilan lalu memandang aneh ke arah muka Adira.
'' Kenapa Shahir?'' soal Adira kerisauan apabila melihat reaksi wajah Shahir yang berubah.
No comments:
Post a Comment