Adira melangkah perlahan menuju ke dapur. Dicapainya pinggan yang sudah bertimbun di dalam singki itu untuk dibasuh.
'' Eh Adira! Tak apa Mak Anum boleh basuh. Luka kamu kan belum baik lagi. Pergilah berehat! '' ujar Mak Anum prihatin.
'' Ah! Tak apa la Mak Anum. Saya boleh cuci. Lagipun dah lama sangat saya berehat dalam bilik itu. Sudah naik bosan bila tak buat apa-apa kerja,'' ujar Adira yang berkeras mahu mencuci pinggan mangkuk tersebut.
'' Meh kita cuci sama-sama! '' ujar Mak Anum yang tidak boleh menghalang kehendak Adira itu. Tetapi tidak sampai hati pula dirinya melihat Adira melakukan kerja tersebut seorang diri.
'' Oh! Okay..okay ,'' balas Adira sambil tersenyum-senyum.
'' Boleh ke ni?'' soal Mak Anum.
'' Oh! Boleh..boleh!'' jawab Adira lagi. Tanpa mereka berdua sedari, adegan mencuci pinggan dia antara Mak Anum dan Adira rupanya sudah dipertonton oleh Shahir dari belakang sejak dari tadi lagi. Gaya mereka tidak ubah seperti layanan ibu mertua yang prihatin terhadap menantunya yang masih sakit. Tersenyum-senyum malu Shahir dibuatnya.
'' Shahir! Apa yang kamu buat mengelamun dekat situ?'' sergah Mak Anum apabila terpandang kelibat anak bujangnya yang sedang mengelamun ( angau agaknya ) dari tadi.
'' Ya Yayang!'' terpancul perkataan tersebut dari mulut Shahir yang ternyata terkejut disergah sebegitu. Potong 'line' betul. Mak Anum dan Adira membulatkan mata. Rata-ratanya terkejut dengan ungkapan Shahir tadi.
'' Eh Mak! Tak ni..bukan tak..tak..silap mak..ni sayang mak.'' ujar Shahir terkejut sambil tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal bagi mencari alasan untuk menutup malunya tadi. Ah! Apa yang aku merepek ni. Dah dua kali dah jadi macam ni.
Mak Anum hanya tersenyum-senyum sambil menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat anak bujangnya itu.
'' Daripada Shahir tersengeh-sengeh macam kerang busuk dekat situ, lebih baik Shahir tolong Adira cuci pinggan. Kesian la sikit dekat yayang ni,'' ujar Mak Anum. Wah! Mak Anum sudah pandai cucuk jarum ni. Adira yang berada di sebelah sudah tersenyum tersipu-sipu malu.
Lama juga Shahir berfikir sama ada mahu mengikut ataupun mengendahkan sahaja permintaan ibunya itu. Lalu dengan tidak semena-mena Mak Anum menarik baju Shahir dan menolak lembut dirinya ke arah sinki.
Shahir dan Adira saling berpandangan apabila bahu mereka berlanggar antara satu sama lain. Mahu atau tidak, Shahir terpaksa menuruti juga kemahuan ibunya itu diikutkan juga dengan keadaan Adira yang belum pulih sepenuhnya. Mak Anum segera berlalu meninggalkan dapur. Keadaan menjadi sunyi sepi. Masing-masing mendiamkan diri. Sama ada masing-masing malu atau memang tiada topik untuk dibincangkan. Janggal dengan keadaan itu, Shahir segera bersuara.
'' Eherm! Adira! Saya nak tanya sesuatu, boleh tak?'' soal Shahir malu-malu.
'' Hmm..ya! Tanya lah!'' jawab Adira ringkas. Ternyata Adira seperti mahu menjual mahal. Tetapi di dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu.
'' Apa yang awak cakap kepada saya sebelum awak pengsan di gudang hari tu...'' belum sempat Shahir menghabiskan ayatnya, Adira dengan segera mencelah.
'' Ah! Itu..maaf ya! Saya tak tahu apa yang saya ungkapkan sebenarnya. Mungkin masa tu saya pening agaknya. Saya tahu saya tak patut bergurau tentang perkara sebegitu.'' ujar Adira.
'' Jadi awak ni cintakan saya atau bencikan saya?'' ujar Shahir dengan nada marah. Rasa bersalah Adira apabila berkata sebegitu kepada Shahir. Nampaknya seperti ada sesuatu yang sedang diharapkan oleh Shahir. Belum sempat Adira ingin menjawab pertanyaan Shahir, dengan secara tiba-tiba Daus muncul. Ah! Daus muncul bukan tepat pada waktunya. Menyibuk sahaja.
'' Hai Cik Siti Yayang! Kenapa awak buat semua kerja ni?. Awak kan belum pulih sepenuhnya!'' soal Daus prihatin sambil mengusap lembut kepala Adira di bahagian depan.
'' Tak apa la. Lagipun saya bosan duduk di dalam bilik itu sorang-sorang.'' jelas Adira dengan nada sedikit manja. Tapi dalam pada masa yang sama Adira berasa sangat bersalah apabila riaksi wajah Shahir berubah apabila memandang adegan bermanjaan di antara mereka berdua.
'' Sudah! Sudah! Tinggalkan semua pinggan ini dekat sini. Biar Che Amat yang cucikan semuanya ya! Bolehkan Che Amat? ujar Daus sambil tersenyum sinis kepada Shahir lalu menarik lembut tangan Adira untuk meninggalkan dapur.
Adira menurut sahaja ajakan Daus.
''Praaannnggg!'' satu pinggan jatuh ke lantai.
'' Hai Che Amat! Basuh pinggan tu elok-elok,'' ujar Daus sinis lalu membawa Adira pergi meninggalkan dapur.
'' Tak guna kau Daus. Kau suruh aku basuh semua pinggan ni! Kau pulak boleh bermesra alam dengan Adira. Ah!'' bisik Shahir dalam hatinya yang ternyata benggang sama ada bengang Daus memperlakukan dia seperti itu atau bengang melihat Adira dibawa lari dari pandangan matanya.
Sebelum itu........
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
''Jadi Daus! Boleh tak kau sempurnakan misi penyatuan Shahir dan Adira kali ini? '' soal Ain.
'' Ah! Aku tak ada masalah. Cuma Adira tu boleh ke tahan dengan panahan mata aku nanti,'' soal daus dengan nada gurau.
Ain menolak kepala Daus.'' Hoi! Orang serius ni kau main-main pulak. Adira tu tak boleh tahan panahan mata Che Amat saja, tahu! Pahahan mata Adira juga sudah menjadi hak milik Che Amat, tahu! Tiada yang lain, okey!'' ujar Ain sambil menolak kepala Daus.
Tertusuk dadaku
Panahan mu, panahan ku
Hak milikmu,
Biar panahku terus di situ
'' Hoi! Sakitlah. Kau ni pun satu, Ain. Perancangan entah apa-apa. Kalau tak pasal-pasal melekat buku lima Che Amat tu dekat muka aku yang hensem ni, siapa yang nak jawab nanti,'' soal Daus.
'' Ceh! Muka dah senget sebelah ada hati kata diri tu hemsem. Macam ni la, kalau kau sertai misi ini. Aku belikan kau gitar elektrik edisi terhad punya, boleh? Apa yang kau perlu buat ialah cuma menaikkan kemarahan dan kecemburuan Che Amat. Itupun kalau ada lah.'' ujar Ain panjang lebar.
'' Yelah! Yelah! Aku sertai sekali misi ni.'' Mengiyakan saja si Daus apabila ada habuan yang bakal menanti dirinya.
'' Apa nama misi kita kali ini?'' soal Daus lagi seolah-olah seperti sedang menyertai misi geng gagak hitam pula.
'' MISI SHAHIRA. '' jawab Ain sambil tersengeh-sengeh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pembelajaran di Akademi Muzik kini berjalan seperti biasa. Kini sampai waktu para pelajar Akademi Muzik mengikuti kelas vokal Cikgu Adnan. Masing-masing mengambil tempat duduk masing-masing apabila Cikgu Adnan sudah masuk ke ruangan bilik tersebut.
'' Saya mulakan dengan Maulana. Sila kedepan. Saya nak dengar pengubahsuaian melodi awak untuk lagu ini.'' ujar Cikgu Adnan.
Maulana hanya menurut. Dia meninggikan ' mic stand ' tersebut yang bersesuaian dengan ketinggiannya. Maklum sajalah, dalam kalangan semua pelajar, Maulanalah yang paling tinggi dan dia jugalah yang selalu perlu meninggikan kembali ' mic stand ' selepas pelajar lain selesai menyanyi. Kesian Maulana.
Sedang Maulana khusyuk mendendangkan lagu, Shah mula mencuit bahu Shahir yang berada di sebelahnya.
'' Shahir! Shahir !'' dengan nada perlahan Shah memanggil Shahir. Takut pula disedari Cikgu Adnan.
'' Haish! Kau nak apa hah! '' soal Shahir yang ketika itu tidak begitu ada ' mood ' untuk berbual.
'' Kau dengan Cik Siti ada apa-apa ke? Aku tengok bukan main lagi kau lindungi dia. Sampai lebam-lebam satu badan kau dek dikenakan penjahat tempoh hari! '' soal Shah yang ternyata sibuk untuk mengetahui tepi kain orang.
Belum sempat Shahir hendak menjawab
'' Adira! Giliran awak pula! '' pekik Cikgu Adnan.
Adira menghampiri mikrofon tersebut. Terjinjat-jinjat Adira yang mahu mencapai mikrofon yang berada sangat tinggi daripada ketinggiannya. Sangat comel perbuatannya itu. Seperti kanak-kanak tadika.
Mahu sahaja Shahir bangun daripada tempat duduk bagi membantu Adira. Dengan secara tiba-tiba, Daus mendahuluinya dulu. Dibetulkan ' mic stand ' itu mengikut ketinggian Adira sambil senyum meleret ke arah Adira.
'' Terima kasih,'' balas Adira sambil menngukir senyuman yang ternyata tiada maknanya pun.
Cikgu Adnan memerhati gelagat dua insan-insan itu sambil menggelengkan kepala. Daus kembali ke tempat duduknya sambil melakukan ' evil smile ' terhadap Shahir. Shahir menggenggam kuat tangannya seolah-olah mahu sahaja dia mengenakan se'das' tumbukan ke muka Daus tetapi ditahan kemarahannya itu di dalam hati. Sudahlah adegan di Asrama Biru sudah cukup memanaskan hati, ditambahnya lagi adegan mesra-mesraan di kelas Cikgu Adnan. Daus! Daus! Memang cari nahas betul.
Ain yang berada di bahagian belakang menunjukkan tanda ' thumbs up' sambil tersenyum ke arah Daus apabila melihat reaksi wajah Shahir berubah. Ini bermakna MISI SHAHIRA hampir sampai ke penghujungnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tamat sahaja kelas. Shahir terus sahaja pulang ke Asrama Biru. Tidak mahu lagi menyaksikan lagi aksi yang memanaskan hati itu. Entah kenapa api kemarahannya begitu menggelegak sebaik sahaja melihat Adira sangat mesra dengan Daus. Shahir membalingkan begnya ke arah sofa dengan kuat lalu melabuhkan badanya dengan lemah. Ditutup wajahnya dengan bantal kecil yang berada di atas sofa tersebut.
'' Shahir! Shahir!'' terdengar suara perempuan memannggil lembut namanya.
'' Eh! Mak!'' Shahir bingkas bangun lalu membenarkan ibunya untuk duduk disebelahnya.
'' Awal Shahir balik hari ini!'' soal Mak Anum
'' Entah la, Mak. Tiba-tiba pula datang penyakit migrain saya ni. Rasa macam nak pitam la. '' rungut Shahir kepada ibunya sambil memicit-micit kepalanya yang tidak pening itu.
'' Shahir..Shahir..jangan nak tipu mak. Mak bukan kenal anak bujang mak ini sehari dua, tahu! Dari kecil lagi mak dah tahu perangai kamu, Shahir. Ni mesti ada masalah dengan perempuan, kan?'' soal Mak Anum panjang lebar.
Terkejut Shahir apabila ibunya mengetahui masalah yang melanda dirinya. Mahu atau tidak, terpaksa juga dia berkongsi masalahnya itu. Takut-takut semakin melarat dan memakan diri pula.
'' Ada mak! Ini soal Adira!'' terpancul perkataan itu dari mulut Shahir.
Mak Anum yang seakan-akan mengerti dilema yang melanda anak bujangnya itu segera bersuara.
'' Shahir! Kamu sepatutnya berani meluahkan perasaan kamu yang sebenarnya kepada dia. Bukannya memendam perasaan seperti sekarang ini.'' nasihat Mak Anum.
'' Tapi mak, Adira sekarang sudah ada Daus. Dengan saya pun sekarang sudah tidak dipedulikannya lagi.'' ujar Shahir dengan nada sedih.
'' Baiklah Shahir! Apa yang penting sekarang ini, Shahir luahkan perasaan sebenar Shahir kepada Adira. Sama ada diterima atau tidak, itu terpulang kepada diri dia. Sekurang-kurangnya dia mengetahui perasaan sebenar Shahir terhadap dirinya dan secara tidak langsung mungkin beban Shahir akan sedikit ringan daripada terus terpendam sebegini,'' ujar Mak Anum lagi.
Shahir bingkas bangun lalu mencapai kunci kereta miliknya yang berada di dalam begnya itu. Shahir berlalu meninggalkan ibunya itu menuju ke keretanya. Mak Anum mengukir senyuman. Berharap agar nasihatnya tadi sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi anak bujangnya itu.
No comments:
Post a Comment