Setibanya di Asrama Biru, warga penghuni disitu termasuklah pelajar-pelajar perempuan Asrama Ungu serta tenaga-tenaga pengajar seperti Cikgu Adnan, Cikgu Linda, Cikgu Siti serta Cikgu Fatty sedang berkumpul di ruang menunggu Asrama Biru. Masing-masing menunjukkan pelbagai reaksi. Tidak tahu sama ada sedih, kecewa mahupun benggang. Shahir dan Adira yang baru sahaja melangkahkan kaki merasa binggung seperti tidak memahami akan situasi yang sedang berlaku di situ.
'' Hoi Daus! Kenapa dengan kamu semua ni. Apa yang telah berlaku. Serius saja aku tengok.'' soal Shahir.
Daus ketika itu hanya mendiamkan diri. Mungkin masih berkecil hati dengan Shahir apabila menumbuknya beberapa kali. Daus memalingkan muka tetapi memandang tajam ke arah Adira yang sedang berada disisi Shahir. Mungkin dia merasa sedikit aneh melihat kedudukan Adira yang sangat rapat dengan Shahir.
''( Yeah! Misi Shahira sudah berhasil. Terima kasih tuhan. Taklah nanti aku menjadi mangsa keadaan lagi.)'' ucap syukur Daus di dalam hatinya.
Shahir tahu bahawa Daus berkecil hati dengan sikapnya lalu mula memujuk Daus.
'' Daus! Aku tahu aku salah, aku minta maaf sangat-sangat.'' ujar Shahir sambil mengusap lembut belakang Daus.
'' Senanglah kau cakap. Mentang-mentang muka aku dah senget sebelah ni, senanglah kau rampas takhta aku sebagai Lelaki Paling Macho di Akademi Muzik ni kan!'' gurau Daus sambil menunjukkan reaksi muka monyok.
'' Ehe..Apa salahnya sekali-sekala.'' gurau Shahir sambil tersenyum-senyum ke arah Daus.
Melihat Daus yang masih tidak lembut hati dengan pujukkannya itu, Shahir segera mengeluarkan sesuatu dari begnya lalu diserahkan kepada Daus.
'' Aku bagi kau main benda ini sampai sebulan, okey tak?'' soal Shahir sambil menghulurkan PSP miliknya yang berwarna hijau kepada Daus.
Terukir sedikit senyuman di wajah Daus lalu........
'' Kau kena bagi aku main PSP ini selama setahun, dan setelah itu baru aku maafkan kau.'' ugut Daus.
Lama juga Shahir berfikir sama ada mahu menyerahkan atau tidak PSP kesayangannya itu tetapi setelah melihat reaksi Daus yang kembali ceria, Shahir mengiyakan saja dengan berat hati. Maklum sajalah, Daus ini terkenal dengan sikap suka merosakkan harta benda orang lain. Aduhai......
Dilihat kelibat Pengetua Norman dan beberapa orang penting dari Akademi Muzik sedang berjalan keluar dari bilik pakaian sambil membincangkan sesuatu yang sangat serius.
'' Ha! Shahir, kamu dari mana sampai sekarang baru kamu balik?.'' soal Pengetua Norman serius. Shahir seperti teragak-agak mahu menjelaskan perkara sebenar kepada ayahnya. Tetapi mujurlah ibunya memahami situasi yang dialaminya sekarang.
'' Saya suruh Shahir pergi poskan surat tadi.'' ujar Mak Anum dengan penuh yakin.
''( Huh! Terima kasih mak kerana telah membantu anakandamu ini.)'' bisik Shahir dalam hatinya.
'' Erk! Ya! Betul tu.'' Shahir hanya mengiyakan saja kenyataan ibunya tadi.
'' Erm! Apa yang sedang berlaku sekarang. Kenapa semua muram saja?'' soal Shahir kebingungan.
'' Ada orang telah mensabotaj Asrama Biru. Semua uniform pelajar Akademi Muzik yang terdapat di Asrama Biru telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali. Dan sekarang, pihak Akademi sedang menjalankan siasatan siapa individu yang terlibat.
'' Tuan! Kami menjumpai gelang ini berdekatan dengan uniform yang telah dirosakkan.'' Seorang pekerja Akademi Muzik menyerahkan gelang kaki yang dijumpai itu kepada Pengetua Norman.
'' Eh! Itu gelang kaki aku. Tapi gelang itu hilang sejak hari pertama aku menjejakkan kaki di Asrama Biru. Macam mana pula tiba-tiba boleh berada di bilik tersebut.'' soal Adira di dalam hatinya dengan kehairanan.
'' Hrmm! Nampaknya penjenayah kita sekarang adalah perempuan. Siapa di antara kamu yang tahu siapa tuan punya gelang ini?.'' soal Pengetua Norman sambil menunjukkan gelang tersebut dihadapan semua pelajar Akademi Muzik yang berada disitu.
'' Eh! Itukan gelang Cik Siti.'' ujar Alif.
'' Kau biar betul Alif! Kau jangan tuduh sembarangan.'' soal Maulana.
'' Betul lah. Kau tak ingat! Pertama kali Cik Siti menjejakkan di Asrama Biru, dengan bunyi loceng gelang kaki dia lah telah menarik perhatian kita semua, tahu!.'' ujar Alif dengan penuh yakin.
Lama juga Maulana berfikir untuk mengingat kembali hari pertama Adira menjejakkan kaki di situ kerana setelah hari itu, Adira tidak lagi memakai gelang tersebut.
'' Betul juga apa yang di katakan oleh Alif. Aku pun terlihat juga akan gelang kaki yang dipakai oleh Cik Siti tapi takkan lah dia sanggup mengkhianati kita semua sampai macam itu sekali.'' Shah mula menyampuk.
Adira sepertinya sudah menggelabah. Masing-masing mengeluarkan sebulat suara bahawa gelang tersebut adalah miliknya padahal dia tidak tahu menahu akan kejadian yang sedang berlaku. Ditambah pula dengan reaksi Pengetua Norman yang memandang tajam ke arahnya menyebabkan dirinya tidak tenteram. Perasaan risau mula menyelebungi dirinya. Shahir yang berada di sisi Adira menjadi keliru sama ada mahu percaya atau tidak akan kenyataan rakan-rakannya itu bahawa Adira sanggup mensabotaj mereka di Asrama Biru.
'' Baiklah! Nampaknya kita telah mempunyai saksi. Saya rasa semua orang akan setuju dengan keputusan saya ini. Adira! Awak telah saya singkir ......'' Belum sempat Pengetua Norman meneruskan kata-kata, Shahir dengan segera mencelah.
'' Pengetua, sebenarnya sayalah yang telah merosakkan uniform semua pelajar Akademi Muzik.'' ujar Shahir.
Rata-rata semua pelajar Akademi Muzik yang berada disitu terkejut dengan pengakuan Shahir. Masing-masing tidak percaya bahawa Shahir sanggup melakukan perbuatan sebegitu.
'' Apa maksud kamu, Shahir. Sudah jelas-jelas gelang Adira ditemui berhampiran dengan dengan uniform yang telah dirosakkan. Kenapa awak pula yang terbabit.'' soal Pengetua Norman dengan nada serius. Seperti biasa sikap Pengetua Norman sangat profesional di Akademi Muzik meskipun terhadap anaknya sendiri.
'' Erk! Se..se..sebenarnya saya yang meletakkan gelang Adira di situ. Saya nak kenakan Adira dengan menyingkirkan dia dari Akademi Muzik ini. Sa..saya sebenarnya iri hati dengan prestasi dia disini.'' jawab Shahir dengan gugup. Perit hatinya apabila perlu mengakui akan perbuatan yang sememangnya dia tidak lakukan. Tapi demi seseorang, dia tabahkan juga hatinya.
''Shahir! Tak mungkin awak melakukannya. Saya tahu!'' bisik Adira dalam hatinya. Belum sempat Adira hendak membuka mulut, Shahir terlebih dahulu menghalangnya.
'' Shh! Jangan Adira! Saya tahu apa yang terbaik untuk Akademi Muzik ini.'' bisik Shahir perlahan.
Semua warga Akademi Muzik yang berada di situ rata-ratanya terkejut dan tergamam dengan kenyataan Shahir itu. Hanya disebabkan iri hati terhadap Adira, Shahir sanggup merosakkan uniform yang telah menjadi hak pelajar-pelajar di Asrama Biru. Alasan yang tidak munasabah betul. Masing-masing sudah kenal benar akan perangai Shahir. Tidak mungkin dia sanggup berbuat sebegitu.
'' Baiklah! Kalau awak sudah mengakuinya. Shahir! Saya meminta.......awak ucapkan selamat tinggal......pada kawan-kawan Shahir dan tenaga-tenaga pengajar kerana awak......disingkirkan. Awak juga tidak dibenarkan sama sekali menjejakkan kaki ke Akademi Muzik ini lagi. Saya harap awak faham.'' tersekat-sekat Pengetua Norman mengeluarkan kenyataan tersebut dengan nada kesal meskipun hatinya berat untuk berkata sedemikian terhadap anaknya sendiri.
Semua pelajar Akademi Muzik yang berada disitu hanya mampu menundukkan diri. Masing-masing bersedih dan tidak berpuas hati dengan penyingkiran tersebut. Mahu sahaja mereka bersuara bagi menghalang penyingkiran tersebut tapi apakan daya seorang pun tidak mempunyai kuasa untuk membantah perkara tersebut. Lagipun salah tetap salah. Peraturan di Akademi Muzik harus dipatuhi.
Shahir mengangguk tanda mengerti dan akur dengan keputusan tersebut. Mungkin sudah tertulis bahawa dia sememangnya tidak layak lagi untuk terus berada disini. Shahir sepertinya sudah menerima takdir yang telah ditentukan lalu membuka langkah pergi meninggalkan Asrama Biru.
'' Shahir!'' Maulana, Alif, Daus dan Shah serentak memanggil nama Shahir. Langkah Shahir terhenti lalu memaling ke arah rakan-rakannya. Seorang demi seorang memeluk Shahir. Masing bersedih kerana terpaksa kehilangan rakan yang telah banyak perkara mereka lalui bersama.
'' Kau jaga diri baik-baik ya!'' ujar Shah.
'' Aku pun minta maaf sekiranya ada salah silap aku selama ini pada kau.'' tambah Maulana pula dengan nada beremosi. Dan dengan secara tidak sengaja, air mata Maulana jatuh membasahi pipi. Ketika itu, berkali-kali juga Shahir menepuk bahu Maulana.
'' Kau jangan lupa hantar surat kepada kami di sini ya!'' ujar Alif pula.
'' Kau ni biar betul, main hantar-hantar surat pula. Kau ingat ini zaman Jamal Abdillah ker. Sekarang kan dah ada Facebook. Nanti aku hantar saja dekat 'wall' engkau. Okey?'' Sempat lagi Shahir bergurau buat kali terakhir.
Orang terakhir yang memeluk Shahir ialah Daus. Daus hanya diam tidak mampu berkata apa-apa. Baru sahaja sebentar tadi hubungan mereka berdua kembali mesra tetapi akhirnya terpaksa berpisah dengan cara sebegini.
Melihat akan keadaan Daus sebegitu, Shahir bersuara....
'' Janganlah menangis, Daus. Nanti muka kau dah tak hensem.'' gurau Shahir.
'' Mana ada aku menangis,'' terkebil-kebil Daus menahan air mata jantannya daripada jatuh.
'' Aku janji Shahir, aku akan cari pesalah yang sebenar.'' tambah Daus lagi.
'' Tak mengapa lah, Daus. Mungkin bukan rezeki aku agaknya untuk terus berada disini. Apa yang penting sekarang ni, aku nak kau buat yang terbaik. Aku tahu kau boleh buat, Daus.'' nasihat Shahir.
Masing-masing berpelukan secara beramai-ramai. Perasaan hiba mula menyelubungi diri 5 orang rakan karib tersebut.
Setelah masing-masing melepaskan pelukan, Shahir kemudian memandang lemah terhadap Adira.
'' Adira!'' dengan lembut Shahir memanggil nama Adira dari jauh sambil menyusun sepuluh jari bagi memohon maaf. Adira ketika itu tidak mampu berkata apa-apa. Dibiarkan saja air matanya jatuh membasahi pipi. Hatinya sangat sedih dengan pemergian Shahir yang sanggup mempertahankan dirinya daripada disingkirkan dari Akademi Muzik. Sepertinya baru sebentar tadi dia dan Shahir mengecap kebahagiaan tetapi tidak menyangka ada perpisahan yang berlaku secepat ini.
'' Okey semua! Jangan lupakan aku.'' Hanya itu ungkapan terakhir yang mampu diucapkan oleh Shahir kepada rakan-rakannya di Akademi Muzik. Perasaan sayu dan hiba sangat dirasai oleh semua pelajar termasuk tenaga-tenaga pengajar yang berada di ruangan tersebut sebaik sahaja Shahir melangkah pergi.
AH! LAIN YANG AKU SASAR. LAIN PULA YANG TERKENA. KAU INGAT DENGAN KAU TUNJUK HERO DISITU KAU BOLEH LINDUNGI ADIRA. JANGAN HARAPLAH, SHAHIR........AKU AKAN KEMBALI!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Eh Shahir! Kamu tak tidur di Asrama Biru ke hari ini?'' soal Kak Seena kehairanan apabila melihat kelibat Shahir yang sedang bersandar pada sofa di ruang tamu. Lemah melihat akan keadaan Shahir ketika itu. Kak Seena merupakan pembantu rumah kepada keluarga Shahir.
'' Abang..abang..tolong bacakan Adda buka cerita ni. Adda tak boleh tidur lah.'' Datang seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 4 tahun menghampiri Shahir sambil sebuah buku berada disisinya. Digoyang-goyangkan badan Shahir yang ketika itu baru sahaja mahu melelapkan mata.
'' Adda...jangan ganggu abang! Abang tengah penat tuh. Dia baru sahaja balik. Bagilah dia berehat dahulu ya! Mari, Kak Seena bawa Adda masuk bilik.'' ujar Kak Seena dengan nada lembut sambil mencapai tangan kecil Suaidah atau mesra dipanggil Adda yang merupakan adik bongsu kepada Shahir.
'' Tak nak! Nak abang caer juga.'' berontak hati kanak-kanak tersebut apabila permintaannya tidak dipenuhi.
'' Tak mengapalah, Kak Seena. Saya akan bawa Adda masuk bilik.'' ujar Shahir apabila melihat reaksi Adda yang sedikit merajuk.
'' Yeaa! Sayang abang,'' ujar Adda kegembiraan lalu memanjat bahu Shahir. Setelah itu diciumnya pipi Shahir berkali-kali.
'' Aduhai! Adda nak abang buat apa ni!'' soal Shahir terkejut apabila adiknya secara tiba-tiba memanjat belakangnya.
'' Adda nak abang bawa Adda terbang sampai ke bilik. Abangkan Spiderman Adda. Hik..hik..'' ujar Adda sambil ketawa.
Shahir ketika itu hanya mampu menggelengkan kepala. Terubat sedikit luka di hatinya apabila melihat gelagat adiknya itu. Diturutkan sahaja kemahuan adiknya itu.
'' Yeaa..kyaaaaa...laju lagi abang..laju lagi.'' sorak Adda kegembiraan apabila Shahir menggendongnya menuju ke bilik tidur.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sambil membaringkan dirinya di sebelah adiknya, Shahir memulakan cerita.....
'' Pada suatu hari, datang seorang putera kacak bernama Shahir.......''
'' Wah! Nama putera kacak tuh sama dengan abang lah'' ujar Adda dengan begitu lurus. Shahir hanya mampu tersenyum lalu meneruskan kembali ceritanya.
'' Putera tersebut sedang pendam perasaan cintanya terhadap seorang puteri kayangan yang bernama Adira. Tetapi cintanya itu sekadar ilusi apabila dihalang oleh seorang nenek sihir. Tapi atas sifat keberanian, putera tersebut sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta puteri kayangan tersebut biarpun dicederakan berkali-kali oleh nenek sihir tersebut. Putera kayangan itu........'' cerita Shahir terhenti disitu.
'' uwhaaaaaaaaaaaahhhhhh! Adda sampai di sini saja ya. Abang dah mengantuk ni. Badan abang penat sangat.'' ujar Shahir lemah.
Adda mula memicit-micit badan abangnya yang dikatakan penat. Begitu lurus Adda memandang abangnya ketika itu. Shahir hanya tersenyum melihat gelagat adiknya itu.
'' Kepala abang pun sakit juga.'' tambah Shahir lagi. Adda kemudian mula memicit-micit kepala Shahir.
'' Tapi hati abang pun sakit juga.'' ujar Shahir.
'' Hati?'' Adda seperti kebinggungan kerana kurang memahami apa yang dimaksudkan oleh abangnya itu. Shahir mengerti bahawa mana mungkin kanak-kanak berumur 4 tahun yang sedang berada di hadapannya itu memahami sakit hati yang dialaminya sekarang.
'' Hati ada disini.'' ujar Shahir sambil mencapai tangan kecil Adda lalu diletakkan di dadanya. Adda yang begitu lurus ketika itu mengusap lembut dada Shahir. Shahir tersenyum lalu memeluk erat adiknya.
'' Janganlah sedih abang. Kalau abang sedih, Adda pun nak menangis juga.'' ujar Adda.
'' Adda bila dah besar nanti jangan cari teman lelaki macam abang ya. Abang ini teruk dan tak berguna kan!'' nasihat Shahir kepada adiknya. Adda tersenyum comel sambil mengangguk berkali-kali tanda memahami.
'' Apalah Adda ni. Sepatutnya Adda cakap yang Adda bangga mempunyai abang seperti abang ni. Kalau boleh Adda cakap lah yang Adda nak cari teman lelaki yang hensem dan baik hati macam abang. Ini tidak!'' gurau Shahir.
'' Ehe! Adda tak nak teman lelaki yang lain selain abang caer. Kalau tidak, nanti tak ada siapa nak tolong halaukan nyamuk dan habiskan sayur untuk Adda.'' ujar Adda dengan begitu petah.
'' Adda tidur ya!'' ujar Shahir lalu menyelimuti adiknya. Diusap-usap kepala adiknya itu beberapa kali.
'' Adda sayang abang. Selamat malam.'' ucap Adda dengan manja.
Belum sempat Shahir hendak keluar, Adda bersuara lagi..
'' Abang, nanti kalau tidur mimpikan Puteri Adira ya!'' ujar Adda sambil tersenyum-senyum.
Shahir membalas senyuman adiknya dan pada masa yang sama terkejut. Adda seperti mengetahui akan perihal yang sedang berlaku terhadap dirinya sekarang. Shahir menutup pintu bilik Adda secara perlahan-lahan lalu berjalan menuju ke biliknya.
No comments:
Post a Comment