''Eh! Berbalut? '' Shahir memegang kepalanya yang ternyata masih sakit.
''Aduhhhhhhhh! Sakitnya kepala aku. Berdenyut-denyut rasanya ni.’’
Mata Shahir berpinar-pinar apabila dia membuka matanya lalu memandang segenap ruang bilik yang seakan-akan dia kenali.
Shahir berkata di dalam hatinya sambil memegang kepalanya yang sedang berbalut ''( Ah! Bilik aku ni. Macam mana aku boleh sampai dekat sini!. Bukan ke aku pengsan dekat bawah ke tadi. Siapa yang bawak aku naik atas ni? )''. Wah! Boleh tahu pulak dia pengsan tadi. Shahir..Shahir..
Shahir terkejut apabila memandang seorang perempuan yang ternyata sudah tertidur di sebelahnya.
''Eh! Adira lar. Inilah masanya aku nak kenakan dia. Berani dia gelakkan aku tadi. Siap kau Adira! '' sambil melakukan 'evil smile' Shahir berkata di dalam hatinya. Sambil-sambil itu curi-curi memandang segenap wajah Adira yang sedang tidur disampingnya.
'' Comel juga Adira ni ya bila dia tengah tidur,'' ujar Shahir sambil tersenyum-senyum. Wah! Shahir mengakui juga bahawa Adira ni comel orangnya.
'' Ah! Kenapa dengan aku ni?'' Tersedar daripada lamunan, Shahir dengan segera memulakan rancangannya.
'' Aaaahhhhhhhhhhhh!'' Shahir berteriak kesakitan.
Adira yang tertidur ternyata tersedar apabila terdengar teriakan suara jantan Shahir. Adira menjadi panik apabila melihat Shahir meronta-ronta kesakitan sambil memegang kepalanya yang berbalut.
'' Shahir! Awak tak apa-apa ke? Bertenang Shahir, bertenang!. Saya akan panggilkan doktor sekarang ya!'' ujar Adira sambil memegang kedua-dua belah bahu Shahir supaya dia lebih menenangkan diri.
Shahir menepis kedua-dua belah tangan Adira sambil berteriak ''Hoi! Hoi! Hoi! Apa pegang-pegang orang ni. Kau siapa hah! Apa yang kau buat dalam bilik aku ni.''
Adira ternyata tergamam apabila Shahir bertindak sedemikian terhadapnya dan di samping itu kepalanya mula berfikir.
''Dia tak ingat aku! Tak kan dia sampai hilang ingatan pula. Tapi boleh pula dia ingat bilik dia yang berbau ni. Huh! Doktor peribadi yang rawat dia tadi pun cakap yang dia tak apa-apa. Atau Che Ahmad ni sengaja nak kenakan aku agaknya.'' ujar Adira dalam hatinya.
Adira mencapai gitar Shahir yang disandar di dinding bilik tersebut lalu cuba menghayunkannya ke arah Shahir.Shahir ternyata terkejut dengan tindakan Adira itu sambil membeliakkan kedua biji matanya.
'' Hoi! Hoi! Hoi! Awak ni apasal hah! Suka-suka hati nak pukul-pukul orang pulak. Tahu tak gitar tuh saya beli sampai sebulan tak belanja duit poket.'' Shahir berteriak.
''Aik! Ingat pulak gitar cabuk kesayangan yang dia beli ni. Sah! Mamat ni nak goreng aku.'' ujar Adira dalam hatinya.
'' Bukan apa! Saya nak cuba hantukkan gitar ni dekat kepala awak. Mana tahu kalau-kalau ingatan awak boleh ingat balik.'' Adira memerli Shahir sambil melakukan 'evil smile'. Ah! Berjangkit pulak Adira dengan si Shahir ni.
Shahir tersengih-sengih seperti kerang busuk kepada Adira apabila rancangan sudah diketahui awal-awal lagi.
'' Ehe! Tak lah. Saya ingat awak, Adira. Min..min..minta maaf la. Ber..ber..bertenang dulu..bertenang.'' Shahir pulak yang menenangkan Adira yang kelihatan agak bengang. Aha! Kan dah kena balik. Pandai-pandai sangat Shahir ni cari pasal.
'' Tahu pun takut. Awak takut tengok gitar ni hancur ataupun takut kepala tu berkecai nanti ? '' Adira menggertak Shahir. Lagak Adira sudah seperti ketua ah long yang sedang mengutip hutang. Kalah gaya rock Anum yang ganas itu.
'' Ehe! Dua-dua la,'' ujar Shahir yang ternyata takut dengan gertakkan Adira itu. '' ( Ada hati nak jadi samseng. Gaya semua dah okey,ada bakat, cuma satu jer yang gagal. Muka yang comel tuh tak kena langsung.)'' bisik Shahir dalam hatinya. Adira tersenyum-senyum apabila melihat reaksi wajah Shahir yang ketakutan. Lalu Adira kembali duduk di kerusi yang terdapat di samping katil Shahir sambil memegang gitar itu di pangkuannya.
'' Saya boleh maafkan awak, tapi ada satu syarat. Awak kena bawa saya jalan-jalan satu bandar ni naik kereta peugeot 270 CC yang ada dekat bawah tuh,'' ujar Adira.
Terkebil-kebil Shahir memandang Adira apabila Adira memeras ugutnya sebegitu.
'' Haish! Ni dah lebih ni. Mana aku nak menggagau cari duit nak bayar petrol nanti. Dah la sekarang bajet tengah kurang,'' ujar Shahir dalam hatinya.
Apabila melihat reaksi muka Shahir yang sudah pelik jadinya, Adira segera bersuara sambil tersenyum-senyum '' Ehe! Awak janganlah risau, saya main-main saja.''
'' Huh! Selamat duit aku.'' ujar Shahir dalam hatinya.
'' Tapi awak perlu lakukan sesuatu untuk saya. Setelah itu saya akan maafkan awak,'' ujar Adira lagi.
''Hah, sudah! Apa lagi yang dia nak kali ni.'' bisik Shahir yang ternyata sudah mula risau.
'' Saya nak awak nyanyikan lagu ciptaan awak yang awak nyanyi masa di dalam bilik awak di Asrama Biru tempoh hari.'' ujar Adira. Wah! Nampaknya Adira sudah jatuh hati dengan lagu ciptaan Shahir.
'' Tapi lagu tu masih belum siap, tajuknya pun saya belum beri lagi '' ujar Shahir yang ternyata mahu mengelat untuk menyanyi di hadapan Adira. Malu agaknya.
Adira membelakangi Shahir yang ternyata berkecil hati apabila Shahir tidak mahu menturuti apa yang dia inginkan. Adira sememangnya teringin untuk mendengar sekali lagi nyanyian Shahir tempoh hari.
'' Baiklah...saya nyanyi sikit saja. Okey!'' Melihat akan reaksi Adira yang sebegitu, Shahir segera mengambil gitarnya dari tangan Adira lalu mula memetiknya.
Berkorban untukmu
memberi yang mampu
Memberi sayang demi insan
yang di sanjung dalam hidup
Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kusayangkan dia
sepenuh jiwamu
Tenangkan hatinya pabila resah
Setia di dalam senang dan susah
Itulah saja balasan di minta
Seorang wanita
Haish! Tadi cakap sikit jer. Ni dah sampai 3 rangkap lirik si Shahir ni nyanyi,apa cerita ?. Maklumlah, bantuan untuk lebih menghayati lagu sudah ada di depan mata. Dah tentu-tentunya penghayatan tu terlebih.
Tersenyum-senyum Adira sepanjang Shahir mengalunkan lagu tersebut. Shahir seperti kebiasaan hanya menutup mata ketika menyanyikan lagu tersebut. Sama ada menghayati lagu ataupun malu dengan Adira yang tersenyum-senyum memandang dirinya.
'' Hello!'' Shahir memetik jari kemuka Adira yang ternyata sedang mengelamun. Sah! Adira nampaknya tengah angau. Adira tersengeh-sengeh seperti kerang busuk apabila tersedar dari lamunannya lalu bersuara '' Cepatnya! Dah habis dah ker?'' soal Adira.
Dah lama habis. Awak tu yang kusyuk mengelamun apa-apa ntah tadi. Buat penat saja saya nyanyi untuk awak tadi.'' ujar Shahir sambil memuncungkan mulut.
'' Wah! Awak nyanyi untuk saya ke. Ehe! Terima kasih. Alarh! Saya dengar la tadi. Sedap betul. Lirik lagu tuh memang menusuk kalbu hati wanita yang rapuh ini apabila mendengarnya.'' panjang lebar Adira memuji Shahir.
'' Ah! Perasan betul. Itu pun sebab awak yang paksa saya menyanyi tadi.'' Shahir menyembunyikan perasaannya yang ternyata kembang dipuji sebegitu.
''Hrrmm.. okeylah Shahir, saya balik dulu ya. Erk! Esok jangan lupa, kita ada ujian penilaian untuk tugasan minggu pertama. Jangan tak datang pulak.'' Adira memperingati Shahir lalu bingkas bangun dari kerusi tersebut.
'' Baiklah! Jaga Diri.'' ujar Shahir.
Langkah Adira terhenti seperti sesuatu sedang bermain difikirannya lalu memandang semula ke arah Shahir.
'' Shahir! Erm..terima kasih ya lindungi saya tadi. Saya yang sepatutnya berbalut seperti ini, bukannya awak.'' ujar Adira yang ternyata sebak melihat keadaan Shahir.
'' Tak mengapa la Adira. Benda dah nak jadi, tak ada siapa yang boleh halang. Spidermankan selalu melindungi Mary Jane daripada bahaya. Jadi anggaplah saya ni Spiderman, dan awak Mary Jane yang saya akan selalu lindungi awak.'' ujar Shahir sambil tersenyum-senyum yang ternyata mahu menggembirakan hati Adira kembali.
'' Baiklah Encik Spidey.'' Adira hanya tersenyum kepada Shahir lalu melangkah pergi dari bilik tersebut. Hatinya masih tidak percaya kejadian sebegini terjadi di depan matanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelajar-pelajar lelaki Asrama Biru mula mengerumuni Adira apabila Adira sampai di pintu masuk asrama tersebut. Rata-ratanya risau apabila Adira menghilangkan diri tanpa diberitahu khabar hendak ke mana.
'' Cik Siti! Mana awak pergi. Kami semua risaukan awak, tahu tak? Satu Asrama Biru ni kami pusing untuk cari Cik Siti, '' ujar Daus yang ternyata dalam kerisauan tetapi berasa lega apabila melihat kelibat Adira di hadapannya.
'' Ye lar Cik Siti. Awak tak ada disini seminit, seolah-olah seribu tahun tak jumpa Cik Siti.'' Tiba-tiba Iwan sudah bermadah pula. Madah berhelah betul si Iwan ni.
'' Lain kali, kalau nak pergi mana-mana beritahulah saya dahulu. Nanti saya boleh temankan. Takut-takut jadi sesuatu terhadap Cik Siti, saya boleh lindungi Cik Siti,'' ujar Alif pula dengan nada ambil berat.
Adira hanya tersenyum, lalu melangkahkan kaki untuk memasuki biliknya. Mereka ternyata kecewa apabila Adira hanya meninggalkan mereka begitu sahaja tanpa menjawab sebarang pertanyaan mereka.
Setibanya di bilik, mata Adira hanya tertumpu untuk mencari di mana letaknya sapu tangan yang pernah Shahir berikan dulu. Adira membuka lacinya dan ternyata sapu tangan itu masih ada dalam simpanannya. Adira tersenyum memandang sapu tangan tersebut sambil pemikirannya mengelamun entah kemana.
''CIK SITI ADIRAAAAAAAAAAAAAAAAA!'' teriakkan kuat Mak Anum menghentikan lamunan Adira.
'' Ya, Mak Anum!'' Adira menyahut panggilan tersebut dan dengan panik Adira menyimpan sapu tangan tersebut ke dalam koceknya. Seperti tidak mahu berpisah sahaja Adira daripada sapu tangan tersebut. Mungkin dianggap sebagai pengganti diri Shahir yang akan sentiasa melindungi dirinya.
'' Cepat datang ke dapur!. Basuh pinggan yang dah bertimbun-timbun ni. Dah la kamu balik lambat.'' Mak Anum berteriak lagi. Adira segera bergegaskan ke dapur bagi mengelakkan Mak Anum berleter kepadanya lagi.
No comments:
Post a Comment