Ketika sedang bercuti untuk mengubati hati yang lara, Shahir telah bertemu dengan pengajar scuba yang hanya dikenali dengan nama Zieta. Meskipun hatinya kini masih cuba untuk melupakan segala masalah yang menimpa, Zieta muncul dalam dirinya ketika ini. Apa yang membuatkan Shahir berasa selesa ketika bersama wanita tersebut ialah Zieta sangat memahami apa yang sedang dia lalui sekarang.
'' Hei! Apa yang awak termenungkan lagi? Cepatlah naik bot ini, sekarang.’’ ujar Zieta.
'' Erk..sa..sa..saya…..’’ Lama Shahir berfikir sama ada mahu mengikuti sesi pembelajaran ‘ scuba diving’ bersama Zieta atau tidak.
'' Haish! Macam ini lah. Kalau awak belum bersedia, kita mulakan sesi pembelajaran kita esok. Sekarang saya nak awak balik bilik awak dan tenangkan fikiran awak yang sedang serabut sekarang ini. Saya sebolehnya tidak mahu ada anak murid saya yang tidak fokus semasa menjalani sesi pembelajaran saya.’’ Leter Zieta panjang lebar namun ada mesej yang tersirat.
'' Erm..terima kasih.’’ Shahir berjalan lemah menuju ke biliknya. Haish! Memahami pula si Zieta ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Eh! Apasal bilik ini tak berkunci. Seingat aku, aku dah kunci bilik ini sebelum keluar tadi.’’ ujar Shahir dengan hairan.
Shahir menolak perlahan tombol pintu biliknya. Langkahnya sangat berjaga-jaga. Bimbang pula ada individu yang tidak diingini mencerobohi biliknya.
'' Che Amat hoi..hoi..hoi…’’ teriak Daus, Shah, Alif dan Maulana yang muncul secara tiba-tiba di hadapan Shahir.
Shahir yang ketika itu tergamam, terkejut dan pelbagai ‘ter’ lagi lah hanya terdiam membisu buat seketika. Melihat akan reaksi wajah Shahir yang sepertinya binggung dengan kehadiran mereka berempat membuatkan Daus bersuara….
'' Kau datang bercuti seorang diri, kau boleh pula buat muka tak bersalah ekh. Kau memang selalunya macam ini, Che Amat. Jom kita semua pergi sekarang.’’ usik Daus dengan mengajak rakan-rakannya untuk keluar dari bilik Shahir itu.
'' Jom blah! Blah! Blah!’’ ujar Maulana pula.
'' Eh! Eh! Nanti dulu. Jangan lah pergi. Aku cuma terkejut saja tengok korang semua boleh tiba-tiba ada di sini. Siapa yang ‘sponser’ korang semua, hah!’’ soal Shahir hairan lalu memeluk kegembiraan setiap seorang rakan-rakannya.
'' Oh! Kau ingat kau seorang saja boleh pergi bercuti. Kitaorang pun nak pergi lah.’’ ujar Daus sambil menarik baju Shahir lalu hanya main-main mengacukan tumbukan kearah muka Shahir.
'' Hoi! Hoi! Hoi! Berani kau nak tumbuk muka aku yang hensem ini. Nanti tak pasal-pasal hingap pula satu lagi tumbukan di muka kau yang dah senget sebelah tuh.’’ usik Shahir.
'' Ehe..ehe..rileks Che Amat..rileks.’’ ujar Daus sambil membetulkan kembali baju Shahir yang berkedut akibat daripada tarikan kuat yang dibuatnya tadi.
'' Hakh..hakh..hakh..rileks lah Daus. Aku main-main saja tadi. Buruk betul aku tengok muka gelabah engkau tadi.’’ Shahir ketawa berdekah-dekah sambil menumbukt lembut bahu Daus.
'' Mahu aku tak gelabah. Serik aku bila terkena penangan engkau tempoh hari.’’ ujar Daus lagi.
'' Erm..korang semua menginap di mana, hah!’’ soal Shahir.
'' Eleh! Buat-buat tanya pula. Sudah tentunya di bilik kau yang besar ini lah. Takkan lah bilik yang sampai dua tingkat ini, kau nak tinggal seorang diri pula. Agak-agaklah. Lagipun tak baik membazir. Nanti tak pasal-pasal hantu Karak singgah teman engkau disini.’’ usik Alif nakal.
'' Gila kau, Alif! Hantu Karak nak datang sini? Ini Pulau Perhentian lah bukannya Lebuhraya Karak. Lain lah kalau hantu ikan duyung mati lemas ke. Baru kena pada tempatnya.’’ gurau Shahir sambil tersenyum-senyum.
'' Ah! Sudahlah korang semua. Timbul pula bab hantu ni, apahal? Tak pasal ada yang kena raba-raba dengan hantu tuh, baru padan muka korang.’’ Shah mula mencelah.
'' Engkau ni kan, Shah cakap tu tak berlapik betul.’’ ujar Maulana pula.
'' Erm..jadi, apa aktiviti kita hari ini, Che Amat.’’ soal Daus yang sejak dari tadi sudah bosan menunggu lama penghujahan mereka untuk selesai. Shahir sudah mula tergaru-garu kepalanya memikir akan pertanyaan Daus tadi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Boleh Mak Anum masuk, Adira.’’ soal Mak Anum.
'' Masuklah Mak Anum.’’ Jawab Adira yang sedang terbaring lemah di atas katilnya.
'' Macam mana keadaan Adira hari ini? Dah bertambah baik?’’ soal Mak Anum prihatin.
'' Entahlah Mak Anum. Kepala Adira ini masih lagi pusing. Selsema ini pun tak baik-baik lagi.’’ Jawab Adira lemah.
Begitulah yang terjadi kepada Adira sejak pemergiaan Shahir. Asyik demam sahaja memanjang. Kelas-kelas di Akademi Muzik tidak lagi dia hadiri. Kerja-kerja di Asrama Biru tidak lagi dilakukan. Nasib baik Mak Anum memahami akan dilema yang dihadapinya sekarang.
'' Sabarlah, Adira. Kejap sahaja lagi, demam kamu akan baik.’’ ujar Mak Anum.
'' Maksud Mak Anum?’’ soal Adira yang kurang memahami apa yang cuba disampaikan oleh Mak Anum tadi.
'' Erk..tak ada apa-apa. Erm.. Adira, Pengetua Norman mahu berjumpa dengan kamu di pejabatnya sekarang.’’ ujar Mak Anum sambil tersenyum-senyum.
'' ( Ah! Pengetua Norman nak jumpa aku! Apa pula lagi masalah yang menimpa aku kali ini!)’’ teriak Adira dalam hatinya.
'' Pergilah Adira. Tak ada apa-apa masalah pun. Cuma Pengetua Norman mahu membincangkan sesuatu dengan kamu.’’ Pujuk Mak Anum apabila menyedari Adira sudah menunjukkan reaksi wajah kebimbangan.
Adira hanya mengangguk lalu berjalan lemah menuju ke pejabat Pengetua Norman.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Tok! Tok!’’ pintu bilik diketuk.
'' Ya! Masuk Adira. Masuk.’’ ujar Pengetua Norman.
Adira yang ketika itu hanya mampu menundukkan diri. Tidak begitu berani untuk bertentang mata dengan Pengetua Norman.
'' Silakan duduk Adira. Ada sesuatu yang ingin saya bincangkan dengan awak.’’ ujar Pengetua Norman dengan ramah. Seperti biasa, Adira hanya mengikuti apa yang disuruh. Rasa rendah diri masih berleluasa dalam dirinya.
'' Erm..Adira, saya mahu awak mengikuti saya ke Pulau Perhentian.’’ Tanpa berselindung lagi, Pengetua Norman berterus terang kepada Adira.
'' Erk..kenapa pula?’’ soal Adira dengan nada hairan. Dia dan Pengetua Norman ke Pulau Perhentian? Berdua? Tidak masuk dek akal. Mahu kena hentam juga dengan Mak Anum sekiranya timbul skandal dia dan suami Mak Anum.Parah..parah.
'' Saya menerima jemputan daripada pihak resort di pulau tersebut supaya awak mengadakan persembahan di majlis ulang tahun pembukaan resort mereka.’’ Jelas Pengetua Norman. Amboi pandai betul Pengetua Norman memberi alasan. Entah betul entah tidak mengenai jemputan persembahan yang diura-urakan itu.
'' Tapi mengapa saya. Lagipun tak sampai 3 bulan saya menuntut di Akademi Muzik ini. Takkanlah mereka mahu pelajar seperti saya ini untuk mengadakan persembahan di majlis tahunan mereka.’’ Soal Adira kehairanan.
'' Mereka ada menonton video persembahan mingguan awak dan mereka dapati suara awak sangat sesuai dengan tema majlis tahunan mereka kali ini.’’ Jelas Pengetua Norman lagi.
Terkebil-kebil Adira apabila mendengar perkhabaran itu. Dia seperti teragak-agak untuk menerima jemputan tersebut dan masih tidak percaya dengan kata-kata Pengetua Norman tadi. Melihat keadaan Adira sebegitu, Pengetua Norman menjelaskan ketegangan yang sedang berlaku.
'' Jangan risau Adira, saya akan menemani awak. Selaku pengetua di Akademi Muzik ini, saya akan uruskan semua perancangan bersama mereka. Awak cuma perlu mempersiapkan diri untuk mengadakan persembahan tersebut. Setuju?’’ soal Pengetua Norman bagi meyakinkan Adira.
Mendengar sahaja penjelasan Pengetua Norman tadi, Adira mengiyakan sahaja. Bimbang pula nanti dianggap besar kepala.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Hei ! Apa yang kita nak buat di sini hah! Dah lemau aku berdiri berjam-jam disini.’’ rungut Maulana.
'' Sabarlah! Kau cakap nak pergi ‘scuba diving’ kan. Jadi kita kenalah tunggu jurulatihnya dahulu.’’ ujar Shahir.
'' Jurulatih?’’ soal Daus pula.
'' Hei! Korang tak beritahu aku lagi sebab apa korang semua datang ke sini dan macam mana korang tahu aku berada di sini hah?’’ soal Shahir dengan nada kemusykilan.
'' Erk..erk..erk…’’ Daus mula mengelabah. Fikirannya bercelaru mahu memikirkan apa lagi alasan yang mahu diberikan. Bimbang pula nanti perancangan mereka gagal.
'' Hai! Apa khabar semua?’’ perbincangan dia antara lima orang pemuda itu diganggu oleh seorang wanita.
'' Ha! Inilah jurulatih kita nanti. Kenalkan, ini Zieta.’’ ujar Shahir sambil tersenyum-senyum.
'' Mak datuk! Jurulatih perempuan lah. Biar betul. Bertuah tuan punya badan yang menjadi anak murid dia. Cun pula tuh. Maknanya sepanjang Che Amat disini, Zieta lah yang selalu menemaninya. Aku tengok Che Amat bukan main gembira lagi.’’ bisik Alif kepada Daus.
'' Shh! Diamlah. Kita tak tahu hal sebenarnya lagi.’’ bisik Daus.
Masing-masing bersalaman dan memperkenalkan diri antara satu sama lain.
'' Maaflah Shahir! ( Ops mana perginya gelaran ‘ Encik’ tadi ). Kita mungkin tidak dapat menjalankan aktiviti hari ini kerana cuaca diramalkan tidak baik. Kita tunda sahaja aktiviti kita esok hari ya.’’ ujar Zieta ramah.
'' Ah sudah! Aku dah gian nak pergi ‘ scuba diving’ ni. Jadi kita nak buat apa sekarang?’’ soal Alif sambil menunjukkan reaksi monyok.
'' Apa kata saya bawa kamu semua ke perkampungan sebelah. Mungkin mereka ada menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sana. Nanti bolehlah kamu semua sertai sekali.’’ ajak Zieta.
'' Jomlah! Daripada terperap di dalam bilik resort itu tanpa buat apa-apa.’’ ujar Daus.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Ada sebarang masalah, pengetua?’’ soal Adira sedari Pengetua Norman yang tidak henti-henti menelefon seseorang tetapi tidak berjaya. Mereka berdua telah tiba di Pulau Perhentian namun Adira masih tidak mengetahui rancangan yang telah diaturkan untuknya.
'' Adira! Kalau kita berjaya menemui anak lelaki saya, awak akan menjadi menantu saya ya.’’ ujar Pengetua Norman sambil tersenyum-senyum.
Terbeliak mata Adira apabila perkataan ‘menantu’ itu terpancul dari mulut Pengetua Norman. Apa kena mengena Shahir dengan kedatangannya bersama Pengetua Norman disini. Adira sepertinya binggung dan kurang memahami apa yang cuba disampaikan oleh Pengetua Norman. Pelbagai persoalan muncul dalam pemikirannya sekarang. Namun disimpannya dalam hati. Tidak mahu pula nanti dianggap gelojoh. Maklum sajalah bakal ‘ bapa mertua’ sudah memberikan lampu hijau.
No comments:
Post a Comment