Pagi ini, Shahir mahu bertolak ke Akademi Muzik lebih awal berbanding sebelumnya. Disebabkan ingin menghadiri ujian penilaian tugasan minggu pertama ataupun ada agenda lain yang tersembunyi. Yang menjadi kemusykilan disini, sesi penilaian tersebut bermula pada waktu tengah hari. Tetapi pagi ini dengan penuh senyuman Shahir begitu bersemangat untuk ke Akademi Muzik.
'' che Baha, hari ini che Baha tak perlulah hantar saya ke Akademi Muzik. Saya pergi dengan kereta saya sendiri ya.'' ujar Shahir kepada Encik Baha iaitu pemandu dan merangkap pembantu peribadi kepada keluarga Shahir yang sudah dianggap seperti keluarga mereka sendiri.
'' Eh! Shahir! Boleh ke kamu pandu kereta tuh. Kepala kamu tak pening lagi?. Tak pasal-pasal nanti terlanggar anak dara orang pulak. Apa che Baha nak jawab dengan ayah kamu kalau dia tengok kereta Peugeot ni dah lesap?
'' Alarh che Baha, ini Ahmad Shahir la. Cuba tanya 'racer-racer' kereta yang ada di dunia ni, 'cormferm' diaorang tak kenal saya. Hakh..hakh..hakh!'' Shahir berseloroh dengan che Baha.
'' Ketawa kamu Shahir...ketawa lagi. Dah berapa buah kereta yang ayah kamu bagi semuanya dah jadi ikan masin?. Mula-mula kemalangan dengan kereta Naza Kia, dimaafkan sebab kereta tu pun dah 'old branded' dan dibeli pulak kereta Nissan Fairlady, itupun baru saja masuk bengkel sebab kamu pandai-pandai sangat buat 'drift' dalam keadaan cuaca sedang hujan. Dan sekarang ayah kamu bagi pula kereta Peugeot ni. che Baha pun tak tahu la apa pula nasib kereta ni nanti. Memang malang sungguh nasib kereta-kereta yang dipandu kamu, Shahir.'' bebel che Baha mengalahkan Pengetua Norman pula.
'' Tak apa che Baha, pandai-pandai la saya jaga kereta ni. Lagipun che Baha, kereta Peugeot ni dah macam isteri kedua saya,'' ujar Shahir sambil mengusap lembut bumbung keretanya.
'' Ikut suka hati kamu la Shahir. Kalau jadi apa-apa che Baha tak tanggung ya. '' che Baha hanya mampu menggelengkan kepala.
Shahir menaiki kereta tersebut lalu bertolak menuju ke Akademi Muzik. Entah kenapa perasaan Shahir hari ini tidak seperti biasa. Sama ada teruja untuk menjalani pembelajaran di Akademi Muzik ataupun hati sedang berbunga-bunga. Hanya Shahir sahaja yang tahu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shahir tersenyum-senyum keseorangan semasa memandu keretanya sambil naluri hati lelakinya berbisik. Shahir kini tidak berselindung lagi untuk membawa kereta Peugeotnya ke Akademi Muzik. Maklum sahaja, rahsia bahawa dia adalah anak Pengetua Norman sudah diketahui oleh seluruh warga Akademi Muzik. Jadi tidak perlulah dia berpura-pura lagi. Disebalik hal itu juga, sememangnya Shahir tidak begitu suka menunjuk-nunjuk kereta mewahnya itu dihadapan orang ramai tetapi disebabkan ada perkara penting untuk dia selesaikan hari ini, mahu juga dia memandu kereta tersebut.
''( Kenapa ya ada perasaan ganjil yang datang dalam hati aku yang belum pernah aku lalui sebelum ini selepas sahaja Adira pulang ke Asrama Biru semalam. Kepala aku ni asyik terngiang-ngiang sahaja suara dia. Erm..Apa kata kalau aku ajak dia naik kereta aku ni. Nampaknya semalam seperti beriya-iya dia nak naik kereta ni. Sebelum kelas bermula, lebih baik aku pergi jemput dia di Asrama Biru).'' Shahir memandu memandang kehadapan ambil mengusap lembut di bahagian belakang kepalanya yang ternyata masih terdapat kesan balutan kecil.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setibanya Shahir di Asrama Biru, Shahir menjadi tidak keruan apabila tidak melihat kelibat Adira di dapur.
'' Eh! Shahir, awal kamu hari ini. Sebelum mak nak datang sini tadi, mak tengok kamu masih tidur. Kepala kamu dah baik? Datang dengan siapa? '' Mak Anum menyapa. Mak Anum merupakan ibu kandung Shahir yang bekerja sebagai pembantu asrama. Keluarga Shahir menghormati keputusan Mak Anum yang ingin menjadi pembantu di asrama tersebut dengan alasan Mak Anum, dia bosan berada di rumah tanpa melakukan apa-apa kerja. Tambahan pula dia sebolehnya dapat mendekatkan diri bersama suaminya di Akademi Muzik tersebut.
'' Saya datang sendiri mak. Erm..mak! Nampak tak Adira pergi mana.'' mata Shahir sudah meliar-liar mencari dimana kelibat Adira.
'' Patutlah awal kamu datang Akademi Muzik hari ini, rupa-rupanya ada janji dengan Cik Siti. Nak pergi ‘berdating’ di mana?'' perli Mak Anum kepada anak lelaki sulungnya itu.
'' Eh! Tak ada la mak. Pandai-pandai saja mak ni. Saja jer tanya.'' Shahir menyembunyikan niat sebenarnya itu daripada diketahui oleh Mak Anum. Tersengeh-sengeh Shahir kepada ibunya yang ternyata malu diperli sebegitu.
Sudah kenal benar akan perangai anak lelaki sulungnya itu, Mak Anum tidak meneruskan pertanyaannya yang mengalahkan wartawan hiburan yang sering mengajukan soalan-soalan yang panas kepada artis-artis di Malaysia. Lalu dengan segera Mak Anum memberitahu keberadaan Adira.
'' Adira sekarang ada di bilik pakaian. Mak suruh dia mengemas di bilik tu tadi,'' ujar Mak Anum.
'' Erm! Tak mengapalah mak. Shahir pergi jumpa Daus sekejap ya. Ada hal sikit nak bincang dengan dia.'' Shahir menggunakan nama Daus bagi menyembunyikan niat sebenarnya itu.
'' Baiklah! Jangan lupa beritahu ‘Daus’ supaya masukkan baju-baju yang sudah dijemur semalam ke dalam almari ya,'' perli Mak Anum yang ternyata sudah mngetahui akan niat sebenarnya anaknya.
Shahir yang bingung dengan kenyataan ibunya itu segera berlalu membuka langkah menuju ke bilik pakaian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Hikh! Hikh! Hikh! Awak ni kelakar lah. Pandai betul awak buat lawak.'' Adira tertawa dengan gurauan Iwan sambil menampar lembut bahu Iwan.
Iwan ternyata sudah bangun dari tidur lebih awal berbanding rakan-rakannya yang lain. Niatnya hanya satu iaitu mahu menemui Adira iaitu gadis yang telah lama dia impikan untuk menjadi miliknya. Pagi itu, Iwan ternyata telah membantu Adira mengemas di bilik pakaian tersebut. Sedang Adira mengangkat bakul yang dipenuhi dengan pakaian yang sudah dicuci untuk di masukkan ke dalam almari, tiba-tiba bakul tersebut terlepas dari genggamannya. Mungkin disebabkan terlalu berat.
Iwan dengan segera membantu Adira mengutip kembali baju-baju yang telah jatuh bersepah diatas lantai. Sedang mereka sama-sama mengutip pakaian, ada pula aksi terhantuk kepala sesama sendiri dan diikuti dengan gelak ketawa. Tiba-tiba, dengan secara tidak sengaja, Iwan terpegang tangan Adira yang kebetulan ingin mengutip baju yang sama. Adira dan Iwan saling berpandangan dan kemudian hanyut dibuai lamunan.
Lamuan Adira terhenti apabila terlihat kelibat Shahir yang berada di hadapan pintu bilik pakaian dengan reaksi muka yang tidak dapat dijelaskan. Shahir memandang tajam kearah Adira. Lalu dengan segera Adira melepaskan tangannya dari genggaman Iwan. Shahir yang melihat akan kejadian tersebut dengan segera berlalu dari situ menuju ke keretanya. Dengan segera juga Shahir memecut laju keretanya itu meninggalkan Asrama Biru.
Adira yang sedang dalam keadaan binggung dengan segera bangun bagi mendapatkan Shahir tetapi dihalang oleh Iwan. Iwan menarik kasar pergelangan tangan Adira.
'' Iwan! Lepaskanlah! Sakitlah, Iwan! Lepaskanlah!'' Adira meronta-rontakan tangannya supaya dilepaskan.
'' Tolonglah Adira! Jangan pergi! Saya sukakan awak, Adira.'' Secara tiba-tiba kenyataan tersebut keluar dari mulut Iwan lalu Iwan dengan berani matinya memeluk Adira dengan erat. Terkejut diperlakukan seperti itu, Adira dengan segera menolak Iwan dengan kuat.
Paaaarkkkkhhhh! Satu das tamparan mengena di pipi Iwan. Adira yang ternyata bengang apabila Iwan memperlakukan dirinya seperti itu telah menampar pipi Iwan. Pipi Iwan yang pada awalnya putih kegebuan akhirnya bertukar kemerah-merahan hasil daripada penangan Adira. Iwan nampaknya kelihatan binggung.
'' Maaf!'' hanya kenyataan itu sahaja yang keluar dari mulut Adira lalu berlari keluar untuk mengejar Shahir yang ternyata sudah jauh meninggalkan dirinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sesampainya Shahir di sebuah tasik, Shahir memberhentikan keretanya lalu keluar membaringkan dirinya di atas cermin hadapan keretanya. Sambil memandang ke langit biru Shahir mengelamun panjang.
''Kenapa aku rasa cemburu pula bila tengok Adira dengan Iwan tadi. Lagipun aku tak ada apa-apa hubungan dengan Adira. Jadi bukan hak aku nak menghalang Adira berkawan dengan sesiapa pun.''
'' Teeettttt! Tripping!'' Lamunan Shahir terhenti apabila seseorang telah mencuit pinggangnya. Mungkin Shahir berasa sedikit kegelian. Shahir membuka cermin mata hitam yang dipakainya sambil memandang wajah yang seakan-akan dia kenali.
'' Owh! Engkau rupa-rupanya, Ain. Ingatkan siapa tadi.'' ujar Shahir dengan nada lemah.
Ain seperti mengetahui ada sesuatu yang tidakk kena dengan Shahir. Reaksinya seperti sedang mengalami masalah cinta. Menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan Tripping, Ain dan Shahir sudah berkawan rapat semenjak mereka masih kecil lagi jadi tidak hairanlah Ain kenal benar akan perangai Shahir apabila sikapnya berubah monyok seperti ini.
''Sah Che Amat ni ada masalah dengan perempuan. Kali terakhir aku tengok perangai dia jadi macam ni pun semenjak putus hubungan dengan seorang perempuan yang dia kenal dekat ‘facebook’ dulu. Haish! Shahir..Shahir…'' Ain mengeluh di dalam hatinya apabila melihat keadaan Shahir yang seperti tidak bermaya. Risau juga hati Ain apabila melihat Shahir yang sudah dia anggap seperti adiknya sendiri walaupun perbezaan umur mereka hanya 2 tahun.
'' Siapa lagi yang tahu ‘tagline’ kita tu selain aku dan engkau sahaja. Kita cipta ‘tagline’ tu sejak kita masing-masing baru saja tumbuh dua batang gigi di bahagian depan,tahu!'' Ain cuba untuk bergurau dengan Shahir.
'' Kau jangan nak goreng ya Ain. Kita ada dua batang gigi pun, kita masih tak pandai bercakap lagi. Apatah lagi dengan bijaknya nak menubuhkan kumpulan geng gagak hitam macam ni.'' terukir sedikit senyuman di wajah Shahir apabila mendengar Ain berkata seperti itu yang ternyata turut mencuit hatinya.Namun setelah itu pandangannya kembali ke arah langit biru. Ternyata menyambung kembali lamunan yang telah dipotong oleh Ain tadi.
Ain dengan berani matinya naik keatas kereta Shahir dan turut berbaring sama diatas kereta tersebut di sebelah Shahir.
'' Hoi! Hoi! Hoi! Habislah kemek bini baru aku ni!'' Shahir bangun lalu berteriak kepada Ain apabila terkejut melihat Ain turut berbaring di atas keretanya.
'' Huh! Ingat kau seorang saja boleh baring atas kereta ni. Ingat sikit kereta ni adik ipar aku nombor dua jugak.'' Ain memerli Shahir sambil tersenyum-senyum.
'' Ah!'' Tidak mempedulikan akan perbuatan Ain itu, Shahir segera kembali membaringkan dirinya di atas kereta.
Mereka berdua masing-masing terbuai oleh keindahan langit biru pada pagi itu.
'' Shahir! Kau ni sedang ada masalah dengan perempuan ke?'' Selepas mereka berdua mengelamun panjang, nampaknya Ain mula mengajukan pertanyaan kepada Shahir.
'' Ish! Tak ada la. Mana ada apa-apa. Yang kau boleh ada dekat tasik ni apa hal pula?'' dengan segera Shahir menukar topik.
''Ish! Kes kali ini dah parah. Sampai dengan aku pun tak nak berkongsi masalah. Selalunya okey saja kalau nak kongsi apa-apa pun.'' bisik Ain dalam hatinya. Faham dengan pendirian Shahir, Ain hanya tersenyum menjawab pertanyaan Shahir tadi.
'' Aku baru habis joging tadi. Tak nampak ke aku pakai baju bersenam ni. Dah berpuluh kali aku pusing satu tasik ni. Tengok betapa hebatnya aku,'' ujar Ain sambil melakukan reaksi bangga terhadap dirinya.
'' Memang patut pun engkau bersenam. Badan kau tu dah makin berisi.'' Shahir mula menyakat Ain.
'' Kau nak cakap badan aku ni dah gemuk ke hah!' Ain mula berteriak sambil mencubit-cubit manja bahagian pinggang Shahir.
'' Hoi! Hoi! Hoi! Sakitlah. Engkau yang cakap badan kau tu gemuk. Aku cuma cakap badan kau berisi saja. Tak sama, okey!'' ujar Shahir sambil menahan sakit tetapi agak geli apabila Ain melakukan sedemikian. Diikuti juga dengan riuh gelak ketawa mereka berdua.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Mana pulak Shahir ni?'' termengah-mengah Adira berlari dari Asrama Biru untuk mencari Shahir. Dia ingin jelaskan perkara sebenar tentang apa yang berlaku tadi. Tapi kenapa Adira perlu menjelaskan perkara sebenar. Padahal dia dan Shahir tiada hubungan apa-apa pun hanya sekadar rakan sekelas. Mungkin timbul rasa bersalah atau mungkin Adira mula jatuh cinta kepada Shahir. Hanya Adira sahaja yang tahu.
Langkah Adira terhenti apabila terpandang sebuah kereta yang sangat dia kenali. Terdapat dua orang sedang berbaring di atas kereta tersebut sambil bergelak ketawa sesama sendiri. Mereka nampaknya kelihatan sangat mesra.
"Ah! Ain dengan Shahir? Sejak bila? Sepatutnya aku tidak terlalu cepat mengharapkan Shahir. Ternyata dia sudah mempunyai pilihan sendiri. Sepatutnya juga dari awal-awal lagi aku bertanyakan hal sebegini. Tapi mengapa reaksi wajah Shahir berubah tadi dan dia pergi meninggalkan aku setelah dia melihat aku dengan Iwan?"
Pelbagai soalan sedang bermain di fikiran Adira. Secara tidak langsung, air mata Adira sudah mula jatuh membasahi pipi. Hatinya seperti sudah dirobek-robek oleh penangan cinta seorang lelaki. Langkah Adira longlai meninggalkan tempat itu lalu berjalan pulang menuju ke Asrama Biru. Entah kenapa dirinya tiba-tiba berasa sukar untuk bernafas. Kepalanya menjadi pusing. Badannya dipeluk erat oleh sesorang yang tidak dia kenali dari belakang. Meronta-ronta Adira minta untuk dilepaskan tetapi usahanya sia-sia. Pada masa itu, Adira hanya memikirkan Shahir. Mahu sahaja dia berteriak memanggil Shahir ketika itu tetapi mulutnya ditutup dengan kain. Dengan perlahan-lahan penglihatan Adira menjadi kabur lalu badanya rebah ke tanah.
Pelbagai soalan sedang bermain di fikiran Adira. Secara tidak langsung, air mata Adira sudah mula jatuh membasahi pipi. Hatinya seperti sudah dirobek-robek oleh penangan cinta seorang lelaki. Langkah Adira longlai meninggalkan tempat itu lalu berjalan pulang menuju ke Asrama Biru. Entah kenapa dirinya tiba-tiba berasa sukar untuk bernafas. Kepalanya menjadi pusing. Badannya dipeluk erat oleh sesorang yang tidak dia kenali dari belakang. Meronta-ronta Adira minta untuk dilepaskan tetapi usahanya sia-sia. Pada masa itu, Adira hanya memikirkan Shahir. Mahu sahaja dia berteriak memanggil Shahir ketika itu tetapi mulutnya ditutup dengan kain. Dengan perlahan-lahan penglihatan Adira menjadi kabur lalu badanya rebah ke tanah.
No comments:
Post a Comment