Di sebuah taman....
'' Sudah lama awak tunggu, Adira? soal Shahir.
'' Tak lah. Baru saja,’’ jawab Adira ringkas lalu melabuhkan badannya pada kerusi yang berdekatan. Shahir turut mengikuti langkah Adira lalu duduk bersebelahan dengan Adira.
'' Adira, sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya beritahu kepada awak.’’ ujar Shahir lemah.
'' Kenapa? Awak tak sayang saya ?’’ soal Adira dengan kebingungan ditambah pula dengan reaksi Shahir yang penuh dengan kekecewaan.
'' Tak Adira. Itu bukan masalahnya tapi sebelum itu percayalah Adira. bukan saya yang mensabotaj baju-baju uniform pelajar-pelajar di Asrama Biru dan tidak terniat di hati saya untuk menjatuhkan nama baik awak.’’ jelas Shahir.
'' Saya sudah lama tahu tentang hal itu Shahir. Saya percaya pada awak. Sepatutnya saya berterima kasih kepada awak kerana awak telah selamatkan saya daripada disingkirkan dari Akademi Muzik.
'' Terima kasih, Adira. Tapi….’’ Shahir yang sejak dari tadi menundukkan diri lalu mendongakkan kepala dan memandang tajam ke arah Adira. Matanya sedikit berair. Lalu…
Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
'' Apa maksud awak ungkapkan hal sebegitu. Shahir! Semua orang pernah buat salah tapi saya tetap sayangkan awak.’’ luah Adira dengan nada sedih apabila Shahir menyanyikan lagu yang begitu mendalam bait-bait liriknya. Entah kenapa kedudukan Shahir semakin lama semakin jauh dari Adira. Adira cuba untuk mengejar tetapi masih jauh ditinggalkan.
Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Yang ku sambut itu dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi tinggalkanku
'' Percayalah Shahir! Tidak pernah terniat di hati saya untuk tinggalkan awak.’’ ujar Adira sambil menangis teresak-esak. Diri Shahir juga semakin lama semakin kabur dari pandangan mata Adira.
'' Shahir! Jangan pergiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! teriak Adira apabila Shahir secara tiba-tiba hilang dari pandangan matanya.
Adira cuba membuka mata. Entah kenapa dirinya terasa hairan dangan keadaan sekarang kerana tidak sama seperti keadaan yang baru sahaja dia alami tadi.
'' Huh! Mimipi –rupa-rupanya.’’ Adira mengusap lembut dadanya lalu menarik nafas lega kerana perkara yang baru sahaja di mimpikan tadi tidak benar-benar terjadi. Tetapi entah kenapa secara tiba-tiba hatinya menjadi gelisah apabila memikirkan perihal Shahir. Lalu dipandangnya jam di dinding ( 6.15 pagi ).
''Ah! Masih awal. Lebih baik aku bersiap cepat.’’ ujar Adira dalam hatinya lalu bingkas bangun dari katil untuk menyiapkan diri. Dia merancang mahu melawat Shahir di kediamannya. Bimbang pula sekiranya Shahir melakukan perkara-perkara yang tidak baik berikutan dengan emosi Shahir yang tidak menentu setelah disingkirkan daripada Asrama Biru sejak dari semalam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di rumah Shahir……
'' Maaf Adira. Sejak dari semalam lagi Shahir sudah pergi tinggalkan rumah. Mak Anum pun tidak tahu kemana dia pergi.’’ ujar Mak Anum dengan nada sedih. Hati ibu mana yang tidak bimbang apabila anaknya pergi menghilangkan diri begitu sahaja.
'' Sabarlah Mak Anum. Mungkin Shahir perlukan masa untuk menenangkan diri.’’ pujuk Adira sambil tersenyum segaris ke arah Mak Anum. Tetapi disebalik senyumannya itu, tuhan sahaja yang tahu betapa sakit hatinya apabila Shahir pergi tanpa mengungkapkan sepatah kata. Tiada siapa yang mampu memujuk hatinya yang kini sepertinya sudah hancur berkecai. Apatah lagi, apa yang dimimpikannya mengenai Shahir ternyata benar-benar berlaku.
'' Tak mengapalah Mak Anum, saya balik dulu . Nanti saya akan cuba tanyakan kepada kawan-kawan Shahir di Asrama Biru sekiranya mereka tahu akan keberadaan Shahir sekarang.’’ pujuk Adira bagi menyenangkan hati Mak Anum
'' Baiklah. Kamu jalan baik-baik ya.’’ ujar Mak Anum prihatin dan terukir sedikit senyuman diwajahnya apabila Adira berkata sebegitu.
Adira hanya tersenyum segaris lalu memulakan langkah untuk pulang ke Asrama Biru dengan perasaan duka yang mungkin tidak akan ada sesiapa yang mampu mengubati luka di hatinya sekarang. Hidupnya seperti tidak ada maknanya lagi. Apa maksud Shahir setelah dia mengungkapkan perasaan cinta, sayang dan kasih kepada Adira sebelum ini tetapi sekarang Shahir memperlakukan Adira seperti seseorang yang tidak pernah hadir dalam hatinya.
Hilangnya cintamu menusuk hatiku
Hingga ku memilih cinta yang fana
Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh dalam harapan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di Pejabat Pengetua Akademi Muzik
'' Tuan! Kami menangkap pemuda ini ketika dia sedang rancak merosakkan peralatan muzik di bilik muzik dan kami syak dia juga terlibat dengan kes kerosakan uniform pelajar-pelajar di Asrama Biru.’’ ujar pegawai bertugas sambil memegang kuat tangan seorang pemuda. Pemuda tersebut meronta-ronta untuk dilepaskan tetapi ditahan kuat oleh empat orang pegawai bertugas disekelilingnya.
'' Kenapa kamu berkata sebegitu? ujar Pengetua Norman dengan penuh hairan.
'' Kami telah menjalankan siasatan dan mendapati gunting yang dijadikan senjata untuk merosakkan uniform-uniform tersebut mempunyai kesan cap jari yang sama padan dengan pemuda ini.
'' ( Gunting? Maknanya aku dah salah menuduh anak aku sendiri terhadap perkara yang sebenarnya dia tidak lakukan. Kenapa perkara sebegini harus terjadi? Maafkan abah, Shahir.) ’’ ujar Pengetua Norman dalam hatinya dengan nada kesal.
'' Jadi apa tindakan yang harus kita lakukan terhadap pemuda ini, tuan?’’ soal salah seorang pegawai.
'' Hantarkan sahaja dia ke balai polis. Biar pihak berkuasa yang memberi hukuman yang setimpal kepadanya.’’ ujar Pengetua Norman dengan nada kecewa sambil memandang tepat ke arah pemuda yang sememangnya sangat dia kenali sebelum ini.
'' Maafkan saya, pengetua. Saya tahu, saya salah. Berilah saya satu lagi peluang. Saya sebolehnya mahu melanjutkan pelajaran disini dengan lebih lama lagi’’ rayu pemuda tersebut.
'' Awak sedar tak apa yang awak cakapkan tadi, Iwan. Setelah apa yang telah awak lakukan , awak mahu saya menerima seorang penjenayah sebagai pelajar di Akademi Muzik ini. Tidak mungkin dan tidak akan pernah sekali, Iwan.’’ ujar Pengetua Norman dengan nada bengang.
'' Tolonglah, pengetua!’’ Iwan sudah mula melutut.
'' Sudah! Bawa dia pergi dari sini. Saya tidak mahu tengok muka dia lagi.’’ ujar Pengetua Norman lagi lalu melabuhkan badannya di kerusi. Kepalanya dipicit-picit. Kusut memikirkan perihal yang telah berlaku hanya disebabkan ketidaksabarannya yang menyebabkan dirinya bertindak menyingkirkan anaknya sendiri dari Akademi Muzik. Ditambah pula dengan kepergiaan Shahir tanpa sebarang khabar berita membuatkan hati seorang ayah itu menjadi resah dan gelisah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daus, Maulana, Alif dan Shah masing-masing sudah bertepuk tampar kegembiraan. Gembira apabila penjenayah sebenar sudah tertangkap dan bersyukur apabila rakan baik mereka, iaitu Shahir didapati tidak bersalah dan bila-bila masa sahaja Shahir boleh diterima masuk semula ke Akademi Muzik. Tetapi yang menjadi persoalan disini ialah sepertinya Adira tidak begitu tertarik dengan perkhabaran yang menggembirakan itu.
'' Hoi! Apasal dengan Cik Siti kita? Monyok saja aku tengok dari tadi!’’ soal Daus kepada rakan-rakannya setelah melihat keadaan Adira yang kelihatan tidak begitu bermaya berjalan menuju ke biliknya.Ditegur tuan punya badan tetapi tidak diberikan sebarang reaksi sama sekali.
'' Huh! Itu yang aku cuba nak beritahu awal-awal tadi tapi susah aku nak cakap!’’ ujar Shah dengan keadaan binggung.
'' Alarh! Apa yang susah? Bukannya kau kena bina bangunan sampai 19 tingkat! Cerita sajalah apa masalahnya.’’ desak Maulana pula ingin tahu.
'' Masalah orang tengah angau lah!’’ Alif menyampuk.
'' Maksud kau?’’ soal Daus yang tidak begitu memahami akan kenyataan Alif tadi.
'' Cik Siti ada beritahu aku tadi yang Shahir sudah pergi tinggalkan rumah. Tapi yang membuatkan Cik Siti sakit hati ialah Che Amat pergi tanpa meninggalkan sebarang pesan kepadanya.’’ jelas Shah.
'' Hei! Aku ada satu cadangan. Apa kata kita semua pergi cari Che Amat.’’ cadang Daus kepada rakan-rakannya.
'' Gila kau! Malaysia ni kan besar. Dekat mana kau nak pergi cari Che Amat, hah! Lagipun mahu ke Pengetua Norman izinkan kita keluar dari Akademi Muzik ini.’’ soal Maulana yang musykil dengan cadangan Daus tadi.
'' Soal Pengetua Norman, kau jangan risau. Aku boleh selesaikan. Lagipun kita semua nak pergi cari anak dia kan. Jadi, mesti dia izinkan punyalah. Pasal kes nak mencari di mana keberadaan Che Amat sekarang ini, aku tahu satu tempat yang menjadi kegemaran dia menghilangkan stress. Nanti aku akan cuba hubungi resort yang dia selalu menginap. Okey?’’ ujar Daus dengan penuh yakin.
'' Okeylah! Kalau itu perancangannya, kami semua tak ada masalah. Aku pun sudah lama tak pergi bercuti. Dah semakin sewel otak aku kalau lama-lama tinggal di akademi ini.’’ Alif sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
'' Hoi! Kita semua nak pergi mencari Che Amat lah. Bukannya nak pergi bercuti.’’ Ujar Shah dengan begitu serius.
'' Alarh! Apa salahnya sekali-sekala. Sambil menyelam minum air.’’ ujar Alif nakal sambil mengangkat-angkat keningnya.
'' Tapi Daus......'' masih ada perkara yang bermain dalam pemikiran Shah.
'' Tapi Daus......'' masih ada perkara yang bermain dalam pemikiran Shah.
'' Ha! Apa masalahnya pula, Shah ?’’ soal Daus.
'' Tuh!’’ ujar Shah sambil memuncungkan mulutnya ke arah Adira yang ketika itu sudah memasuki biliknya.
'' Apa kata kita buat kejutan kepada Cik Siti. Kita beritahu Pengetua Norman pasal rancangan kita ini. Kalau betul Shahir ada di sana, barulah kita suruh Cik Siti menyusul kemudian. Ini juga kita jadikan kejutan kepada Che Amat. Mesti dia terduduk, terjatuh, tertonggeng punyalah dengan kejutan kita ini.’’ ujar Maulana.
'' Hrmm! Bagus juga cadangan kau. Okey semua! Setuju?’’ soal Daus.
'' Setuju! teriak Maulana, Shah dan juga Alif dengan penuh kegembiraan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Seperti yang kau duga, Daus. Aku sudah menelefon resort tersebut dan memang betul Che Amat menginap di resort tersebut. Sekarang tinggal kita sahaja yang perlu menyiapkan kelengkapan untuk ke sana.’’ ujar Maulana dengan penuh bersemangat.
'' Macam mana dengan kau pula, Daus? Pengetua Norman izinkan tak?’’ soal Alif bimbang.
'' Hei! Tengok rambut lah. Inikan Daus. Dah tentu-tentunya Pengetua Norman izinkan. Dan yang lebih menggembirakan, Pengetua Norman akan menanggung semua kos perbelajaan perjalanan pergi dan balik kita semua. Dia juga setuju dengan perancangan kita. Dia cakap kalau betul-betul Shahir berada di pulau tersebut, dia dan Adira kan menyusul kita ke sana.
'' Pengetua Norman ikut sekali?’’ soal Maulana, Shah dan Alif serentak. Masing-masing terkejut dengan kenyataan Daus tadi.
'' Entahlah. Itu yang dia beritahu aku tadi. Aku pun tak tahu apa motif dia.’’ ujar Daus dengan penuh tanda tanya.
'' Ah! Biarlah. Janji perancangan kita sedang berjalan dengan lancar. Aku pun tak sabar-sabar nak pergi mencuci mata di pulau itu.’’ ujar Alif dengan penuh keterujaan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Apa khabar, Encik Shahir?’’ soal seorang wanita yang berusia awal 30-an yang muncul secara tiba-tiba dari belakang mengganggu ketenteraman Shahir yang ketika itu sedang membaringkan diri di kerusi rehat sambil menikmati siulan ombak pantai.
'' Kha..khabar baik. Awak ini siapa. Macam mana awak boleh tahu nama saya.’’ soal Shahir panik apabila seorang wanita yang tidak dia kenali menegurnya,
'' Perkenalkan, nama saya Zieta. Saya akan menjadi jurulatih untuk latihan ‘scuba diving’ Encik Shahir nanti.’’ ujar Zieta dengan ringkas.
'' Jurulatih aku? Perempuan? Biar betul!’’ soal Shahir dalam hatinya.
Melihat Shahir yang terkebil-kebil memamdang dirinya, Zieta segera bersuara….
'' Jangan risau, Encik Shahir. Saya sudah 10 tahun berpengalaman dalam bidang ‘ scuba diving’ ini. Saya yakin Encik Shahir akan berpuas hati dengan hasil kerja saya.’’ ujar Zieta bagi meyakinkan Shahir.
Shahir hanya terdiam. Tidak menyangka wanita dihadapannya itu sangat memahami apa yang sedang difikirkannya sekarang. Seperti ada sesuatu tarikan mengenai wanita tersebut yang menyebabkan Shahir ingin tahu dengan lebih mendalam lagi. Tetapi masakan secepat ini Shahir boleh melupakan Adira dengan membenarkan wanita lain hadir dalam hidupnya buat ketika ini.Atau sememangnya ketika ini dia sangat memerlukan teman untuk berkongsi masalah.
'' Baiklah, Encik Shahir. Sesi latihan kita bermula tengahari esok. Saya jumpa Encik Shahir di sini lagi ya. Jangan lupa temu janji kita.’’ ujar Zieta sambil tersenyum lalu berlalu pergi meninggalkan Shahir keseorangan disitu.
Shahir membaringkan semula dirinya di atas kerusi rehat tersebut. Fikirannya ketika ini sangat berserabut. Sama ada kesal dengan sikap ayahnya yang menyingkirkannya dari Akademi Muzik atau kesal dengan dirinya sendiri kerana tidak mampu memulihkan keadaan seperti sedia kala. Tetapi satu perkara yang sedang bermain di dalam pemikirannya ketika ini. Adira………
No comments:
Post a Comment