Keadaan menjadi huru-hara. Doktor serta jururawat masing-masing sudah berlari ke sana-sini. Troli yang menempatkan Adira dan Shahir ditolak laju oleh para jururawat serta Mak Anum yang sejak dari tempat kejadian masih setia mengikuti. Shahir dibawa ke bilik kecemasan manakala Adira terpaksa di bawa ke bilik pembedahan. Tangan yang masih berpegangan erat semenjak dari tadi kini terlerai setelah masing dihantar ke ruang berlainan.
'' Maaf mak cik! Mak cik tak boleh masuk. Sila tunggu di luar ya!'' ujar jururawat bertugas.
Langkah Mak Anum longlai menuju ke tempat duduk. Air matanya tidak mampu dihentikan lagi. Hati ibu mana tidak luluh apabila melihat anaknya dalam keadaan sebegitu rupa. Tidak sanggup dia kehilangan anak lelaki sulungnya itu. Pengetua Norman yang baru sampai segera mendapatkan Mak Anum sambil menenangkannya. Turut kelihatan ialah pelajar-pelajar Akademi Muzik yang turut risau akan keadaan Shahir dan Adira. Yang paling merasa sedih ialah Ain. Tidak dia menyangka senyuman Shahir yang ditunjukkan kepadanya sebelum Shahir berangkat pergi meninggalkan tasik akhirnya bertukar tragedi menyedihkan seperti ini.
''Kenapa semua ini harus berlaku kepada kau Shahir. Kenapa kau sanggup melindungi Adira sampai macam itu sekali? Adakah disebabkan perempuan itu ialah Adira yang telah berjaya mencuri hati kau? '' ujar Ain di dalam hatinya. Pelbagai persoalan bermain di fikiran Ain sambil memicit-micit kepalanya. Barangkali penyakit migrainnya sudah datang.
'' Aku tak sangka Iwan sanggup bertindak sedemikian!'' Maulana mula melepaskan geram sambil menumbuk dinding yang keras itu.
'' Padahal kita dah berkawan dengannya sudah lama. Semua pelajar yang menetap di Asrama Biru sudah kita anggap adik-beradik. Apa maksud dia melakukan Shahir dan Adira seperti ini hah?'' teriak Alif dengan nada bengang.
'' Tak berhati perut betul. Macam mana pihak polis boleh terlepas jejak dia. Nak aku cari dia sampai ke lubang cacing sekali pun, aku sanggup!'' teriak Maulana.
'' Apa tunggu lagi! Jom la! '' Shah mengajak rakan-rakannya.
'' Hoi! Diam sikit boleh tak. Ini hospital. Yang korang bertekak sesama sendiri tu apa hal. Fikir logik la sikit. Korang nak cari si Iwan tu dekat mana hah! Biar pihak polis sahaja yang selesaikan masalah ni. Sekarang apa yang penting kita sama-sama doakan keselamatan Adira,'' ujar Daus panjang lebar.
Mak Anum segera bangun dari tempat duduknya apabila melihat doktor bertugas sedang menghampiri mereka.
'' Macam mana dengan keadaan anak saya dan juga Adira. Mereka berdua tak ada apa-apa kan.'' soal Mak Anum yang kelihatan sangat bimbang.
'' Alhamdulillah! Shahir dan Adira tak ada apa-apa. Adira selamat dibedah bagi menjahit luka yang terdapat di pipi dan anggota badannya. Manakala Shahir pula mengalami kecederaan dalaman. Tapi nasib baik tiada kecederaan yang serius pada organ dalamannya,'' ujar doktor tersebut panjang lebar.
Mak Anum mnejadi sedikit tenang apabila doktor menyampaikan berita tersebut. Dipeluk suaminya tanda syukur.
'' Erm! Boleh saya tahu sama ada Shahir dan Adira ini adalah adik-beradik ataupun suami isteri kerana sekiranya sedemikian kami boleh menempatkan mereka berdua di dalam satu bilik wad sahaja,'' ujar doktor itu lagi.
'' Ya! Mereka adalah suami isteri. Tempatkan sahaja meraka di dalam satu bilik. Apabila mereka sedar nanti mungkin tidak terlalu risau apabila melihat kelibat masing-masing,'' ujar Mak Anum sambil menyeka air matanya.
'' Baiklah kalau macam tu. Nurse!'' teriak doktor tersebut sambil memberi arahan seterusnya kepada jururawat bertugas.
Semua pelajar Akademi Muzik termasuk Pengetua Norman terpaku. Masing-masing tidak percaya akan tindakan Mak Anum. Mak Anum yang mengetahui akan persoalan yang bermain di fikiran suaminya itu segera bersuara.
'' Saya tahu apa yang saya buat, bang! Ini semua demi kebaikan mereka berdua,'' ujar Mak Anum sambil terukir sedikit senyuman di wajahnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dipulasnya tombol pintu bilik wad yang menempatkan Shahir dan Adira secara perlahan-lahan. Mak Anum segera mengambil tempat di bahagian tengah di antara katil Shahir dan katil Adira. Masing-masing tidak menyedarkan diri. Masing-masing juga masih berbekalkan bantuan alat pernafasan. Digenggamnya tangan Shahir oleh Mak Anum sambil mengusap-usap serta mencium dahi anak lelakinya itu. Turut dipandang simpati juga akan keadaan Adira yang terbaring di sebelahnya dalam keadaan berbalut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ah! Aku dekat mana sekarang ni. Berpinar-pinar mata Shahir memandang keadaan sekeliling. Shahir kemudian memandang lemah kepada seorang perempuan yang sangat dia kenali. Di buangnya alat pernafasan itu lalu digagahinya Shahir untuk pergi ke katil Adira. Terhincut-hincut Shahir berjalan sambil memegang badannya yang masih terasa sakit akibat terkena pukulan yang kuat. Shahir duduk di atas kerusi di sebelah katil Adira lalu menyentuh tangan Adira yang masih tidak sedarkan diri. Fikiran Shahir mnegelamun seketika sambil menatap tajam wajah Adira.
Shahir!'' teriak Ain sambil perlahan-lahan menolak pintu bilik wad tersebut.
Shhhhhhhhh! '' Shahir meletakkan jari di mulutnya bagi memberi isyarat kepada Ain supaya diam. Bimbang pula Adira akan terjaga apabila terdengar pekikan Ain. Shahir juga telah memberi isyarat kepada Ain supaya mereka berbual-bual di luar sahaja. Ditutupnya perlahan pintu bilik itu oleh Shahir. Dipandangnya juga akan keadaan Adira yang sedang terbaring tidak sedarkan diri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Hoi! Hoi! Hoi! Apa hal kau ni duduk jauh sangat. Dekat-dekat sudah la. Mampus aku nak berjalan jauh macam ni,'' ujar Shahir sambil terhincut-hincut kakinya berjalan menuju ke arah Ain.
'' Dah tak nak yayang kau terjaga, jadi kena la bersembang jauh-jauh sikit,'' ujar Ain sambil tersenyum sinis kearah Shahir. Hatinya sayu melihat keadaan Shahir yang sudah lebam-lebam satu badan. Wajahnya yang dahulu persis pelakon-pelakon korea kini berubah menjadi beruang panda. Aduhai Shahir.
Belum sempat Shahir melabuhkan badannya di atas bangku, Ain dengan secara tiba-tiba menumbuk lembut bahu Shahir.
Ah! Sakit la! Kau ni apahal. Sengaja la kan cari pasal dengan aku. Mentang-mentang aku sedang sakit macam ni, senang la kau nak buli aku kan.'' ujar Shahir sambil mngusap-ngusap bahunya bagi menghilangkan rasa sakit. Walaupun pukulan Ain itu tak sekuat mana tapi dipukulnya Ain ditempat yang tercedera menyebabkan kesakitan itu semakin bertambah.
'' Kau kata kau tu Spiderman. Mana ada Spiderman macam ni. Baru pukul sikit dah lembik.'' gurau Ain bagi mengheningkan suasana.
'' Senang la kau cakap. Cuba kau ada di tempat aku. Sah-sah masuk ICU,'' ujar Shahir sambil menunjukkan reaksi muka monyok.
'' Alarh! Gurau-gurau sikit pun tak boleh ke. Entah lepas ni aku dah tak boleh gurau dengan kau macam dulu lagi dah.'' ujar Ain sambil tersenyum-senyum.
Shahir mendongak kepalanya lalu menandang tepat ke arah Ain. Dia sama sekali tidak begitu memahami apa yang dimaksudkan oleh Ain tadi.
'' Maksud kau? '' soal Shahir kebingungan.
'' Aku dapat tawaran belajar ke UK.'' dengan nada sayu Ain memberitahu khabar berita itu.
'' UK? Ulu Kedah ke? '' Shahir cuba untuk bergurau apabila melihat reaksi wajah Ain yang berubah secara tiba-tiba.
'' Tengkorak kau! Apa kelas Ulu Kedah, sudah tentu-tentunya orang macam aku ni layak di United Kingdom sahaja,'' ujar Ain sambil mencuit hidung yang tidak begitu mancung itu.
'' Tapi...'' sambung Ain lagi. '' Aku tak sampai hati nak tinggalkan tempat ni. Aku tak sampai hati nak tinggalkan kau dalam keadaan kau macam sekarang ni. Aku dah anggap kau macam adik kandung aku sendiri. Aku sangat sayangkan kau! Kalau boleh aku tak nak semua ini berlaku lagi,'' ujar Ain dengan nada sayu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ah! Sakitnya....!'' teriak Adira. Keadaan agak begitu sukar untuk bergerak kerana baru sahaja pembedahan menjahit luka-luka yang diterimanya. Tidak mempedulikan kesakitannya itu, digagahi badannya untuk bangun dari katil tersebut. Hatinya terlalu bimbang apabila tidak mengetahui bagaimana keadaan Shahir sekarang. Terhencut-hencut Adira berjalan. Ditahannya sakit yang sudah menyelubungi anggota badannya itu. Adira segera membuka pintu bilik wad tersebut perlahan-lahan. Bimbang pula jururawat atau doktor mengetahui sekiranya dia keluar-keluar bilik wad secara senyap-senyap. Pergerakan Adira terhenti. Dicubanya untuk mengendap di sebalik pintu bilik tersebut apabila melihat Shahir sedang rancak berbual-bual bersama dengan Ain. Seperti ada yang tidak kena.
'' Aku pun sayangkan kau Ain. Aku dekat sini tak ada apa-apa. Cuma kau tu sahaja. Kau tu dah la perempuan. Siapa yang nak jaga kau nanti,'' ujar Shahir yang ternyata bimbang dengan keadaan Ain.
Tergamam Adira apabila ungkapan SAYANG itu terpancul dari mulut Shahir kepada Ain. Perkataan yang selama ini Adira harapkan keluar dari mulut Shahir untuknya akhirnya dengan sewenang-wenaangnya menjadi hak milik orang lain. Dengan perlahan-lahan Adira membuka langkah meninggalkan bilik tersebut dan ingin berlalu pergi meninggalkan hospital tersebut dengan hati yang luka. '' Ternyata perasaan yang aku luahkan kepada Shahir hanya sia-sia. Pabila kini hati Ku Ada Kamu sebaliknya hati Kau Ada Dia, Shahir.''
'' Hei Shahir! Kau tengok tuh! Adira la. Dia nak pergi mana tu!'' teriak Ain apabila melihat kelibat Adira yang membelakangi Shahir sedang berjalan pergi.
Shahir memalingkan pandangannya. Ternyata perempuan tersebut sememangnya Adira. Shahir segera mendapatkan Adira yang ternyata sudah lemah berjalan jauh. Dipautnya tangan Adira. Langkah Adira terhenti lalu menepis kuat tangan Shahir.
'' Pedulikan saya Shahir! Awak pergilah bersama dengan Ain. Awak cintakan dia kan. Saya ini hanya beban untuk awak sahaja,'' ujar Adira sambil mengesat air matanya yang sudah membasahi pipi.
Shahir ternyata kebingungan. Kurang memahami apa yang dimaksudkan Adira.
'' Aku dengan Ain? Cinta? Sejak bila pula ni? '' tergaru-garu Shahir di kepalanya meskipun tidak merasa gatal . Binggung apabila Adira megeluarkan kenyataan sebegitu.
Melihat Adira cuba untuk melarikan diri, Shahir segera memaut lengan Adira.
'' Ah!'' Adira berteriak kesakitan. Shahir dengan secara tidak sengaja telah tersentuh lengan Adira yang baru sahaja dijahit lukanya. Dengan secara tiba-tiba darah mengalir keluar.
'' Ma...ma..maaf Adira! Maaf.'' tergagap-gapap Shahir meminta maaf apabila panik melihat Adira meraung kesakitan.
Adira yang tidak tahan menahan kesakitan dan banyak darah sudah menitik keluar akhir jatuh pengsan. Shahir segera menyambut tubuh Adira daripada rebah ke lantai. Dengan segera juga Shahir menggagahkan dirinya untuk mendukung Adira yang tidak sedarkan diri menuju ke bilik wad biarpun badannya masih dalam keadaan lemah.
'' Ain! Panggil doktor cepat.'' teriak Shahir. Ain segera menurut arahan apabila melihat Shahir yang sudah kelihatan panik. Dalam hatinya sangat sebak melihat akan peristiwa yang menyayat hati sedang berlaku dihadapannya. Adira sangat kelihatan lemah apabila berada di atas dukungan Shahir.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shahir meletakkan Adira perlahan-lahan di atas katil dan kemudian memegang erat tangan Adira.
'' Adira! Bertahanlah!'' ujar Shahir sebagai kata-kata semangat kepada Adira. Tidak dipedulikan sama ada Adira mendengar percakapannya itu atau tidak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Shahir, kau pergi la makan dulu. Dah seharian kau tunggu Adira kat sini. Nanti kau pula jatuh sakit. Biar aku temankan Adira dekat sini,'' ujar Ain prihatin.
'' Tak mengapalah, aku masih tak lapar lagi,'' sambung Shahir.
''Haish budak ni! Tahu lah tengah angau tapi tak kan sampai nak makan pun tak lalu."
"Tak kira! Kena pergi makan jugak. Kalau tidak aku masukkan kau dekat wad sakit jiwa sebelah ni, nak tak?'' sergah Ain sambil menarik telinga Shahir. Lagaknya sudah seperti mak tiri yang terdapat dalam drama-drama tv.
"Tak kira! Kena pergi makan jugak. Kalau tidak aku masukkan kau dekat wad sakit jiwa sebelah ni, nak tak?'' sergah Ain sambil menarik telinga Shahir. Lagaknya sudah seperti mak tiri yang terdapat dalam drama-drama tv.
'' Yelah-yelah.'' Shahir bingkas bangun sambil mngusap-usap telinganya yang ternyata sudah merah akibat daripada penangan Ain tadi. Dipandangnya Adira sebelum dia pergi.
Adira ternyata sudah sedar dari pengsan. Dia memerhati segenap bilik tersebut.
''Alamak! Bilik ni lagi. '' rungut Adira dalam hatinya. Betapa terkejutnya Adira apabila melihat Ain berada disebelahnya yang sedang setia menunggunya.
'' Adira! Awak dah sedar? '' soal Ain prihatin.
Adira hanya mampu mengukir sedikit senyuman. Entah kenapa senyumannya itu begitu kelat untuk dikeluarkan untuk seseorang yang bernama Ain. Mungkin disebabkan hatinya sudah dirobek-robek oleh peristiwa 'sayang-menyayang' tadi. Mahu dipandang wajah Ain pun terasa begitu sukar. Ain sepertinya mengerti akan riak wajah Adira itu dengan segera berterus terang.
'' Adira! Saya rasa awak dah salah faham ni. Sebenarnya saya dengan Shahir tiada apa-apa perasaan pun. Jadi awak janganlah risau ya,'' ujar Ain sambil tersenyum.
'' Tapi Shahir sayangkan awak. Saya dengar segala-galanya apabila dia luahkan perasaannya pada awak tadi,'' ujar Adira dengan nada kesal.
Ain hanya mampu menggelengkan kepala. Ternyata begitu kuat cemburu Adira apabila Shahir berkata sedemikian kepadanya tadi.
'' Adira..Adira..Sayang tak semestinya cinta. Sayang Shahir terhadap saya seperti seorang adik yang sayangkan kakaknya. Begitulah juga perasaan saya terhadap dia. Lagipun kitaorang dah kenal lama semenjak dari kecil lagi. Tak mungkin saya akan jatuh cinta pada seseorang yang saya anggap sebagai adik. Lagipun Shahir ucapkan perasaan sebegitu kerana bimbangkan saya yang akan berangkat ke UK minggu depan dan mungkin tidak berpeluang untuk berjumpa dengan saya lagi untuk jangka masa yang lama,'' ujar Ain panjang lebar.
Adira kembali menatap wajah Ain. Ternyata dia selama ini telah bersangka buruk kepada Ain. Dibencinya Ain tanpa sebab hanya disebabkan cemburu butanya terhadap Ain apabila bersama Shahir.
'' Sa..sa..saya minta maaf Ain! Saya menyesal sangat berkelakuan seperti tadi terhadap awak. Tak sepatutnya saya cepat berprasangka buruk.'' ujar Adira dengan nada suara lemah.
'' Saya akan maafkan awak, tapi dengan bersyarat.'' ujar Ain dengan senyuman sinis.
Reaksi wajah Adira ketika itu ternyata berubah.
''Syarat! Aduh! Jangan dia suruh aku basuh kain baju dia sudah. Tangan aku masih berbalut lagi ni,'' rungut Adira dalam hatinya.
'' Sebelum saya berangkat pergi, saya nak awak cuci........'' ujar Ain sambil menimbulkan unsur suspen.
''Sah! Dia nak aku cucikan baju dia la tu. Mampus la aku. Mak tolong Adira!'' teriakkan Adira di dalam hati sememangnya tidak akan didengari oleh sesiapa pun.
'' Saya nak awak cuci hati CHE AHMAD SHAHIR tu. Untuk pengetahuan awak, hati dia tu susah sikit untuk meluahkan perasaan cinta pada perempuan. Selalu sahaja terlepas apabila hatinya sudah terpikat kepada seseorang. Jadi saya nak tengok ' adik ' saya itu berani untuk meluahkan perasaan cintanya.
'' Boleh! '' ujar Ain sambil tersengeh-sengeh lalu mengenyit sebelah matanya kepada Adira.
Adira ketika itu ternyata hanya mampu tersenyum. Malu dirinya untuk melakukan perkara sebegitu. Tahu-tahu saja si Ain ni bahawa dirinya sudah terpikat terhadap seseorang jejaka. Tapi apakan daya. Harapan seorang 'kakak' sebelum dia berangkat pergi. Tetapi dia dalam hati Adira juga ingin tahu apakah perasaaan Shahir kepada dirinya ketika ini.
No comments:
Post a Comment