Pagi esoknya, Adira telah sampai ke kelas vokal Cikgu Adnan lebih awal daripada rakan-rakan sekelasnya yang lain kerana diberi lampu hijau oleh Mak Anum untuk tidak melakukan tugas-tugas di Asrama Biru pada waktu pagi.
'' Selamat pagi Adira! Awal awak datang hari ini’’ Anum menyapa.
'' Eh! Anum. Kerja tak banyak di asrama jadi saya datang la awal.’’ ujar Adira.
'' Hai Adira. Macam mana dengan Asrama Biru. Okey?’’ seperti biasa Farina lebih mementingkan perihal Asrama Biru berbanding perihal orang lain. Huh! Maklumlah ingin sangat mengetahui akan keadaan buah hatinya yang berada disitu iaitu Alif. Padahal setiap hari mereka berdua berjumpa.
'' Oh! Okey. Semua okey. Masih boleh dikawal. Ehe..’’ tersenyum-senyum Adira menjawab pertanyaan Farina tadi.
'' Dengar cerita awak terkurung bersama Che Ahmad ya di bilik stor bawah tanah semalam! Dan dengar-dengar cerita jugak, Che Ahmad dengan romantisnya memujuk awak semasa awak sedang menangis. Betul ker?’’ Ain pula bertanya untuk mendapatkan kepastian.
'' Tak sangka Che Ahmad yang pendiam dan malu bila berhadapan dengan mana-mana perempuan, boleh bersikap romantik dengan awak Adira.’’ Nad pula bersuara.
'' Ehe..tak ada apa-apa la. Erk..Ain! Maulana kirim salam dekat awak tadi.’’ Dengan pantas Adira menukar topik.
'' Huh! Wa’alaikumsalam! '' dengan nada kecewa Ain menjawab yang ternyata bengang apabila pertanyaannya tidak dijawab. Memahami keadaan Adira yang tidak mahu berkongsi cerita mengenai perihal semalam, Ain hanya menyimpan persoalannya itu di dalam hatinya.
Semua pelajar kembali ke tempat duduk masing-masing apabila melihat kelibat Cikgu Adnan memasuki kelas tersebut.
''Selamat pagi semua! Kita boleh mulakan kelas kita hari ya.’’ Cikgu Adnan menyapa pelajar-pelajarnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anum begitu aneh melihat gelagat Adira yang tidak fokus semasa pengajaran Cikgu Adnan sedang dijalankan seolah-olah matanya sedang meliar-liar mencari seseorang.
'' Kringgg..kringgg..! kringg...kringg!.’’ telefon Cikgu Adnan berbunyi. Cikgu Adnan meminta izin pelajar-pelajarnya untuk keluar kelas bagi menjawab panggilan tersebut.
'' Woit Adira! Awak ni apasal hah! Dari tadi saya tengok awak tak fokus langsung. Awak sedang mencari siapa hah? Anum mula bertanya bagi mendapatkan kebenaran.
'' Erm..Shahir pergi mana ya? Dia tidak masuk kelas ke? Dia demam ker? Pagi tadi di Asrama Biru pun saya tak nampak kelibat dia.’’ Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran Adira yang ternyata risau apabila tidak melihat kelibat Shahir di dalam kelas tersebut.
'' Ah! Sah minah ni tengah angau.’’ ujar Anum di dalam hatinya. ''Kalau betul la dia tak hadir hari ini, apa kata awak pergi ke rumah Pengetua Norman.’’
'' Kenapa sampai perlu pergi ke rumah Pengetua Norman pula,’’ soal Adira kebingungan.
'' Ish! Bukan ker dah heboh satu Akademi Muzik ni yang Che Ahmad Shahir tu anak Pengetua Norman. Jadi kalau dia tiada di akademi ni maknanya dia sekarang ada di rumah la.’’ Anum memberi penjelasan.
'' Awak tahu ker rumah Pengetua Norman di mana!’’ Adira menyoal Anum lagi.
'' Hai Adira! Awak betul-betul nak pergi melawat dia ? Ada apa-apa ker ni ?’’ tersenyum-senyum Anum menyoal Adira.
'' Ish! Awak ni. Mana ada apa-apa lar. Mungkin ada agaknya. Eheeee. Apa salahnya saya melawat dia. Dia dah tolong saya semalam. Jadi tak salah kan kalau saya nak pergi melawat dia sekejap. Lagipun saya nak beri nota-nota mengenai pelajaran kita hari ini. Saya tak nak dia ketinggalan pelajaran nanti.’’ Ujar Adira panjang lebar.
'' Rumah pengetua Norman diatas bukit bersebelahan dengan Asrama Biru. Tak kan pelajar-pelajar Asrama Biru tak pernah beritahu awak!’’ Ujar Anum kehairanan. Terkebil-kebil Adira mendengar penerangan Anum.
''Betul juga apa yang dicakapkan oleh Anum kerana sebelum ini tiada siapa pernah beritahu aku mengenai rumah besar di atas bukit tersebut. Mungkin kerana sebelum ini mereka menganggap aku adalah anak Pengetua Norman. Jadi tidak mungkin mereka akan bertanya atau memberitahu hal seperti itu.’’ ujar Adira di dalam hatinya.
''Ambil berat betul awak yer terhadap Che Ahmad tuh. Alamatnya sekebun cinta bakal berbunga la nanti.’’ Anum mengusik Adira lagi.
Ternyata usikan Anum tadi tidak didengari oleh Adira yang ternyata kembali mengelamun memikirkan Shahir. Anum yang malas melayan kerenah Adira segera bangun menuju ke tempat duduk Shah untuk mengajak Shah berbual-bual dengannya. Mahu mengharapkan Adira? Entah dengar atau tidak apa yang sedang dibualkan. Maklumlah diri sendiri pun sedang angau.
Selesai waktu kelas, Adira menyimpan peralatannya secepat mungkin supaya ada waktu untuk melawat Shahir di rumahnya. Adira dengan tangkas berlari-lari anak meninggalkan rakan-rakan sekelasnya yang lain tanpa mengucapkan selamat pulang terlebih dahulu.
'' Adira! Jangan lupa beritahu abang tersayang bahawa esok kita ada ujian penilaian bagi tugasan minggu pertama di hadapan tenaga pengajar serta juri-juri. Suruh dia jangan ponteng kelas selalu yer.’’ Anum berteriak kepada Adira yang sudah jauh berada di depan. Adira tersenyum lalu membalas dengan tanda ‘peace’ yang ternyata mengerti akan maksud Anum itu.
'' Uish! Lajunya Adira. Dia nak pergi mana tuh?’’ Farina bertanya.
'' Nak melawat Che Ahmad Shahir tersayang!.’’ Ujar Anum dengan selambanya sambil tersenyum. Ah! Memang tak boleh nak simpan rahsia langsung si Anum ni.
Ain, Nad serta Farina masing-masing tergamam apabila jawapan itu keluar dari mulut Anum. Tidak percaya sungguh. Shahir dan Adira!. Sejak bila pulak ni?. Pelbagai soalan bermain di fikiran mereka yang ternyata tidak menyangka Adira menaruh harapan kepada Shahir. Maklumlah, sudah awal-awal lagi si Emma yang sombong itu memberi peringatan kepada pelajar-pelajar perempuan Asrama Ungu bahawa tiada siapa boleh mendekati Shahir kerana Shahir adalah miliknya seorang. Sekiranya ada yang cuba mendekati, nahas akan menimpa diri. Oleh sebab itu, ramai pelajar perempuan tidak berani untuk mendekati Shahir kerana ramai pelajar telah menjadi mangsa dendam Emma. Padahal semua pelajar Akademi Muzik tahu cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan kerana setiap kali Emma cuba mendekati Shahir, Shahir mengelakkan diri.
'' Huh! Kau sengaja cari nahas dengan aku Adira.’’ Hati Emma memberontak yang ternyata terdengar perbualan Anum, Nad, Farina dan Ain tadi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Wah..besarnya! Betul ker ini rumah Shahir?’’ Adira tergamam yang ternyata terkejut melihat rumah banglo mewah yang sangat besar yang baru dilihatnya itu.
'' Dahlah rumah besar. Loceng pun tak ada. Boleh ker aku main masuk macam tu sahaja!’’ Adira serba salah sama ada mahu masuk atau hanya mahu menunggu di depan pagar sehingga ada orang keluar dari rumah itu apabila melihat pintu pagar rumah tersebut terbuka sedikit.
'' Hello! Assalamualaikum! Adira memberi salam. Ternyata Adira memberanikan dirinya juga untuk menjejakkan kaki ke dalam rumah tersebut.
'' Wah….!!!!! Luasnya halaman rumah Pengetua Norman ni. Tapi mana orang- orang dalam rumah ni. Seorang pun tak nampak. Dah la rumah besar ,sampai lenguh kaki aku nak mencari mana satu bangunan yang aku nak masuk.’’ Adira sudah mula merungut sendirian.
Kemudian Adira terdengar bunyi riuh rendah di bahagian belakang rumah tersebut lalu mengikuti arah dari mana suara itu datang. Tidak Adira menduga di bahagian belakang rumah tersebut terdapat sebuah gelanggang futsal yang ternyata ramai orang sedang sibuk menggelecek bola di dalam gelanggang itu. Yang lebih mnegejutkan, salah seorang pemain itu adalah Shahir.
'' Wah! Selain daripada menyanyi dan bermain gitar, Shahir juga pandai bermain futsal rupa-rupanya. Memang curlast gitu’’ ujar Adira seorang diri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'' Hoi! Hoi! Hoi! Korang ni main lah betul-betul sikit.’’ Shahir berteriak kepada rakan-rakannya yang lain mengalahkan jurulatih professional. Maklum sajalah kapten pasukan lah katakan.
'' Safwan! Kau tak nampak ke bola aku bagi dekat engkau tuh?’’ Shahir berteriak lagi.
'' Syahmi! Bersemangat la sikit.’’ Shahir mula tegas apabila ada antara rakan-rakannya tidak bermain bersungguh-sungguh.
Ada satu perkara telah menggelikan hati Adira apabila dia terpandang satu `banner’ yang dipasang di luar gelanggang itu. Disitu tertera `GELANGGANG FUTSAL AHMAD SHAHIR HOI HOI HOI’.
'' Hikh..hikh..hikh.’’ terkekeh-kekeh Adira ketawa apabila membaca ‘banner’ tersebut.
'' Memang sah ini rumah dia, sampai `banner’ pun nak letak hoi! hoi! hoi!. Ingatkan telinga aku jer yang binggit setiap hari asyik dengar Che Ahmad ni sebut perkataan tuh. Agaknya perkataan tuh dah jadi `tagline’ dia agaknya.’’ Bisik Adira seorang diri.
Shahir yang sedang menumpukan perhatian terhadap bola yang digeleceknya itu dengan secara tiba-tiba berhenti apabila terlihat kelibat seseorang yang sangat dia kenali.
'' Okey. Semua berhenti. Setakat hari ini saja latihan kita.’’ Shahir bersuara kepada rakan sepasukannya.
'' Apasal awal sangat kau `stop’ kan permainan. Orang baru nak seronok sepak bola ni.’’ Ujar Safuan.
'' Alarh…aku ada hal kejap. Kalau korang masih nak main jugak, korang teruskan ajalah tanpa aku. Okey?’’ Shahir berlari meninggalkan rakan-rakannya dan segera medekati Adira. Melihat keadaan Adira yang sedang ketawa seorang diri, Shahir berhasrat untuk mengejutkan Adira dari belakang.
'' Hoi! Hoi! Hoi! dengan lantang Shahir mengeluarkan suara.'' Apa yang sedang awak gelak-gelakkan tu hah! Apa awak buat mengintip disini ? '' Shahir sengaja menyergah Adira dari belakang yang ternyata tidak sedar akan kehadirannya. Adira yang ternyata terkejut mendengar suara jantan Shahir lalu menjadi panik. Dengan segera Adira berpaling ke belakang.
'' Eh! Sa..sa..saya..sese..Sebenarnya…’’ tergagap-gagap Adira mengeluarkan kata-kata apabila disergah sebegitu oleh Shahir. '' Tak..tak..sebenarnya lucu betul saya tengok `banner’ tuh.’’ Adira memuncungkan mulut menunjukkan sesuatu kepada Shahir. '' Saya ingatkan satu Akademi Muzik jer asyik bunyi perkataan Hoi! Hoi! Hoi!, rupa-rupanya gelanggang futsal pun jadi mangsa awak. Hikh..hikh..hikh..!'' Adira menyambung ketawanya lagi.
'' Ish! Yang itu kawan-kawan saya punya kerja ! Diaorang yang nak sangat gantung 'banner' tuh yang kononnya dianggap sebagai pembakar semangat kalau saya tak ada untuk latih diaorang.'' ujar Shahir.
'' Oi semua! Tengok tu. Ada perempuan datang lah cari Che Ahmad.’’ Syahmi bersuara. Rakan sepasukan Shahir secara beramai-ramai mendekati Shahir yang sedang berbual bersama Adira.
'' Biar betul kau, Che Ahmad ! Kau bawa perempuan masuk ke rumah kau.’’ Ujar Safuan sambil menepuk belakang Shahir.
'' Hei..Sampai hati kau tak beritahu kitaorang yang kau dah ada awek!’’ Ujar Syafiq pula.
'' Wah! Hebat kau Shahir. Kenalkan la dekat kitaorang siapakah gerangan si ayang lagi tersayang ni.’’ Syazwan sudah mula mengusik Shahir.
'' Apa yang sedang berlaku ni? Baik kau terangkan dekat kitaorang hal sebenarnya.’’ Syamil pula bersuara yang ternyata ketinggalan di belakang.
'' Diamlah! Korang ni cakap banyak betul la! '' Shahir berteriak kepada rakan-rakannya yang ternyata rimas diajukan soalan yang bukan-bukan.
'' Baik korang semua berhambus sebelum aku mengamuk memaki- hamun korang nanti!’’ dengan nada bengang Shahir bersuara.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shahir mengajak Adira untuk duduk di bangku panjang yang terdapat laman rumah Shahir. Keadaan menjadi begitu janggal apabila masing-masing duduk mendiamkan diri. Entah kenapa Adira berasa begitu kekok apabila berada bersebelahan Shahir. Tambahan pula, hanya mereka berdua sedang berada di situ. Nak bertentang mata pun mereka berdua tidak berani. Sama ada suka atau tidak, Shahir memulakan dahulu perbualannya.
'' Jadi! Apa tujuan awak datang ke sini? Shahir menyoal Adira.
'' Erk..kenapa awak tak masuk kelas vokal tadi. Di asrama pun saya tak nampak batang hidung awak. Saya ingatkan awak demam teruk ataupun sedang jatuh sakit . Jadi saya datanglah ke rumah dengan membawa nota kelas untuk hari ini.’’ Ujar Adira sambil tersenyum-senyum.
'' Taklah..saya tak demam pun. Cuma saya sibuk berlatih bermain futsal sebab pertandingan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Saya kena berlatih bersungguh-sungguh bagi melayakkan diri ke perlawanan peringkat akhir . Dan sekiranya saya menang, saya akan memperolehi biasiswa memasuki akademi sukan di United Kingdom.’’ Ujar Shahir panjang lebar.
'' Wah! Bagusnya Shahir ni. Walaupun ayahnya iaitu Pengetua Norman seorang guru muzik yang sangat termasyhur di dalam mahupun luar negara, dia masih berusaha keras dengan sendiri untuk mencapai apa yang diiginkan. Tapi hal ini bermakna dia akan meninggalkan Akademi Muzik. Dia akan meninggalkan aku.’’ Adira menunduk kepalanya ke bawah sambil mengetap bibirnya.
Shahir yang seakan-akan memahami keadaan itu segera bersuara '' Awak jangan lah risau sangat, perlawanan futsal peringkat akhir itu lambat lagi. Sekarang baru peringkat separuh akhir. Saya rasa sempat rasanya awak menghabiskan pembelajaran di Akademi Muzik sebelum saya berangkat pergi, itupun kalau saya menang lar.’’
Adira kembali menganggkat kepalanya lalu memandang tajam mata Shahir sambil tersenyum-senyum. Ah! Tersenyum jugak akhirnya Adira apabila Shahir memujuknya tadi. Suka sangat lar tuh apabila mendengar bahawa Shahir akan setia menemaninya sehingga tamat pembelajarannya di Akademi Muzik.
'' Jadi! Inilah sebenarnya impian awak. Menjadi pemain futsal yang profesional.’’ Adira bertanya.
'' Tak lah. Saya lebih suka menyanyi. Dan dalam pada masa yang sama saya suka bermain futsal. Jadi tak salah kan jika saya nak capai ke peringkat yang lebih tinggi.’’ Shahir menjelaskan secara terperinci kepada Adira.
'' Whooooshhh......!!'' datang satu botol kaca layang (selalunya surat layang) menuju ke arah Adira. Shahir yang ternampak botol kaca tersebut dengan segera melindungi Adira.
'' Prannnggg...! botol kaca tersebut terkena kepala Shahir.
'' Aaaaaahhhhhhhhhhhhhh...! '' Shahir meraung kesakitan.
Adira ternyata panik apabila melihat Shahir sudah rebah dihadadapannya sambil memegang kepala yang ternyata sakit terkena botol kaca yang telah dibaling tadi.
'' Shahir! Shahir! Bangunlah! Shahir!'' Adira memanggil-manggil Shahir namun tidak disahut panggilan itu.Adira mula mengeluarkan air mata apabila melihat Shahir jatuh pengsan tidak sedarkan diri di pangkuannya.
'' Kenapa awak buat macam ni Shahir. Semata-mata mahu melindungi diri saya daripada tercedera. Sepatutnya saya yang kena botol tuh bukan awak. Shahir! Shahir!'' Adira sudah menangis teresak-esak.
'' Ah! Tak guna betul. Lain yang aku sasar, lain pulak yang kena. Padahal aku ni sememangnya jaguh lontaran. Kau pun satu Shahir, yang pergi selamatkan budak mentah tuh apahal.'' Emma mula membebel seorang diri.
'' Baik aku berhambus dari sini sebelum ada sesiapa nampak aku.'' dengan segera Emma berlalu dari rumah Shahir. Rupa-rupanya Emma yang membaling botol kaca tersebut. Huh! Nampaknya belum habis-habis lagi dendam Emma terhadap Adira. Tambahan pula, Adira kini semakin rapat dengan Shahir,lelaki yang menjadi pujaan Emma selama ini. Semakin menggelegak la nampaknya suhu kemarahan Emma apabila rancangannya untuk kali kedua ini tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment