Pages

Music For You

Tuesday, April 5, 2011

Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 8

Gelak ketawa di antara adik dan kakak itu  dengan secara tiba-tiba terhenti.
'' Shahir! Kenapa dengan kau ni? '' Ain mula mengajukan soalan apabila melihat reaksi wajah Shahir yang berubah kerisauan secara tiba-tiba.
Shahir mengalihkan pandangannya ke belakang. Dipandang juga pada keadaan kawasan sekeliling seseolah sedang mencari sesuatu.
'' Hoi! Kau dengar tak? '' Ain mula berteriak.
'' Hah! Apa? Yayang aku! Mana dia? '' Shahir tersedar dari lamunannya.
'' Huh! Banyak kau punya yayang. Sah kau memang tengah angau dengan perempuan, Shahir. Bila masa pulak kau sudah ada yayang pula ni? Tak pernah kau beritahu aku pun.'' bebel Ain.
Bebelan ain tadi ternyata tidak dipedulikan oleh Shahir. Shahir tenyata kelihatan binggung. Lalu dengan kasarnya Ain menolak kepala Shahir.
'' Hoi! Hoi! Hoi! Apa main tolak-tolak kepala ni! Kau nak apa hah ? '' teriak Shahir yang ternyata  pantang jika ada orang menolak kepalanya.
'' Haish! Kenapa dengan kau ni hah! Terbeliak mata kau tu aku tengok macam baru lepas nampak hantu. Kau tengok-tengok apa? '' soal Ain.
'' Aku rasa macam ada orang teriak menjerit nama aku la untuk minta tolong,'' ujar Shahir.
'' Hakh! Hakh! Hakh!''  berdekah-dekah Ain ketawa apabila mendengar ungkapan Shahir itu.
'' Yang kau ketawa tak tentu pasal ni, apa hal? Bila masa pulak aku buat lawak,'' ujar Shahir dengan nada bengang.
'' Tak lawak kau cakap! Hei Shahir! Kau ingat kau tu Spiderman ke sampai ada orang nak teriak menjerit mintak tolong kau,'' ujar Ain lalu menyambung semula ketawanya yang ternyata belum habis lagi.
Tanpa disangka-sangka Shahir mengingat kembali ungkapan yang pernah diluahkan olehnya terhadap seseorang bahawa dia akan sentiasa melindungi gadis itu seperti mana Spiderman melindungi Mary Jane.
''Ah! Adira! Kenapa tiba-tiba  aku rasa macam tak sedap hati saja bila fikirkan pasal Adira.'' bisik Shahir dalam hatinya.
Tidak mempedulikan Ain yang tidak henti-henti ketawa kepadanya, Shahir segera bangun dan masuk ke dalam keretanya. Shahir menghidupkan enjin keretanya. Ain ternyata terkejut.
'' Hei  Shahir! Kau nak pergi mana hah! Tak kan nak tinggalkan aku sorang-sorang di sini.'' ujar Ain.
'' Minta maaf ya, Ain! Aku ada hal penting ni. Kau balik saja la jalan kaki. Macam mana kau datang, macam tu la kau balik ya. '' ujar Shahir yang sengaja mahu menyakat Ain.
'' Harap kereta saja mahal, orang nak tumpang pun tak kasi. Kedekut betul." 
"Huh! Iyalah. Bawa kereta tu elok-elok.'' ujar Ain sambil melambai-lambai kearah Shahir sambil mengukirkan senyuman yang tidak ikhlas. Mana tidaknya, dia perlu pulang ke Asrama Ungu  sejauh 4 km hanya dengan berjalan kaki. Ingatkan tadi bolehlah kaki dia rehat sebentar setelah penat berjoging dengan menumpang kereta Shahir. Tetapi ditinggalkan keseorangan pula disitu. Aduiii! Malangnya nasib Ain.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Hei Daus! Kau ada tak nampak Adira?'' soal Shahir yang kelihatan risau apabila tidak nampak kelibat Adira di Asrama Biru itu.
'' Eh! Bukan ke tadi dia kejar engkau? '' ujar Daus yang ternyata sudah mengetahui krisis yang telah berlaku di antara Shahir, Adira dan Iwan pada pagi tadi.
'' Mana kau tahu? '' soal Shahir kehairanan.
'' Kau ingat aku tak nampak krisis rumah tangga yang dah berlaku pagi tadi. Setelah kau berlari keluar, Adira telah menampar Iwan. Kau sendiri pun tahu kan perangai Iwan tu kadang-kadang  tak boleh dikawal bila dengan perempuan. Kemudian Adira terus berlari mengejar kau sampai sekarang tak balik-balik lagi. Kau tak terserempak dengan dia ke di jalan tadi?'' ujar Daus panjang lebar.
Shahir hanya menggelengkan kepala. Naluri sedalam-dalam hatinya kuat mengatakan sesuatu yang buruk telah berlaku kepada Adira. Shahir kemudian masuk ke ruangan biliknya di Asrama Biru. Di atas meja Shahir terdapat seutus surat yang tidak diketahui siapa pengirimnya lalu dibacanya isi kandungan surat tersebut.

~ KALAU KAU MAHU ADIRA SELAMAT, DATANG KE GUDANG LAMA BERDEKATAN DENGAN  TAPAK PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI BELAKANG BUKIT. BAWA BERSAMA WANG RM1,000,000. INGAT! KAU MESTI DATANG SEORANG DIRI. KESELAMATAN ADIRA AKAN TERANCAM SEKIRANYA KAU CUBA MELAPORKAN HAL INI KEPADA POLIS ATAU PIHAK AKADEMI MUZIK. ~

'' Adira diculik! Ah! Tak guna! Kerja orang dalam Akademi Muzik rupa-rupanya. Tapi siapa yang tergamak melakukan hal terkutuk sebegitu. Dan kenapa pula Adira menjadi mangsa?.'' ujar Shahir dengan nada yang sangat marah sambil direnyuk-renyuk surat yang telah dibacanya itu. Shahir segera mencapai bagasi di bawah katilnya lalu diisikan sesuatu. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Duuuuiiiiiissshhhh! Satu percikan air telah dijiruskan dengan kasar ke muka Adira. Adira tersedar daripada pengsan. Hendak saja Adira mengesat matanya yang telah dimasuki air tetapi..
'' Hah! Terikat! Aku ada di mana ni.'' Adira meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi ikatan di tangannya terlalu kuat. Adira juga cuba untuk berteriak meminta pertolongan tetapi hanya sia-sia kerana mulutnya telah ditampal dengan sesuatu. Dicubanya Adira untuk membuka mata secara perlahan.
'' (Emma!')' teriak Adira apabila orang yang berada di hadapannya ternyata rakan sekelasnya sendiri yang sanggup menculik dan melakukan kerja-kerja terkutuk terhadap dirinya seperti itu.
'' Selamat pagi Yayang Adira! Nyenyak tidur?.'' ujar Emma dengan mengukir senyuman yang penuh kejahatan sambil memusing-musingkan dirinya mengelilingi Adira yang terikat di kerusi. Dibukanya juga kain yang diikat pada mulut Adira.
'' Ah! Sakit! Lepaskanlah! '' Adira berteriak apabila Emma secara tiba-tiba menarik kasar rambutnya.
'' Kau ingat kau masuk Akademi Muzik ni, kau hebat sangatlah. Ada hati nak lawan dengan aku huh!'' gertak Emma dan ditolaknya kasar kepala Adira.
'' Tapi saya tak buat apa-apa pun. Tak terlintas langsung difikiran saya nak jadikan awak saingan. Saya rasa awak sememangnya lebih hebat daripada saya,'' ujar Adira sambil menangis teresak-esak.
'' Bohong! Jangan ingat aku tak tahu, kau cuba nak rampas takhta aku sebagai penyanyi vokal terbaik di Akademi Muzik kan!'' dengan perasaan marah dan benggang, Emma mengacukan pula sebilah pisau ke pipi Adira.
'' Kau rasa Shahir mahu dekat kau lagi tak sekiranya dia lihat wajah kau yang comel dan putih ini secara tiba-tiba bertukar menjadi hodoh.'' Emma sudah mula menakut-nakutkan Adira.
Adira ternyata panik apabila Emma sudah menoreh perlahan bahagian kanan  pipinya dengan pisau tersebut. Meronta-ronta Adira menahan kesakitan. Ditorehnya pula di bahagian tangan.  Ah! Gila betul si Emma ni. 
'' Emma! Tolonglah! Jangan buat saya macam ni. Emma! Emma!'' Darah perlahan-lahan mengalir keluar. Rayuan Adira yang sedang meraung kesakitan ternyata tidak diendahkan oleh Emma sebaliknya Emma hanya mentertawakan Adira yang sudah hampir separuh nyawa. Tidak berhati perut langsung.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahir memberhentikan keretanya di hadapan gudang lama yang dimaksudkan oleh penculik tadi. Dibawa bersama-samanya juga ialah sebuah bagasi . Shahir segera masuk ke dalam gudang tersebut dengan langkahnya yang penuh berhati-hati. Ruangan gudang tersebut agak gelap dan menyukarkan penglihatan Shahir untuk mencari di mana keberadaan Adira. Setelah merdengar suara jeritan yang sangat dikenali, Shahir segera menjejaki arah suara tersebut.
'' Emma!'' suara jantan Shahir berkemundang di dalam gudang tersebut. Mahu sahaja Shahir membuka langkah bagi membebaskan Adira yang kelihatan lemah terikat dikerusi, orang suruhan Emma awal-awal lagi sudah menghalangnya. Diacukan kayu besbol, batang besi dan sebagainya di leher Shahir telah membatalkan niatnya itu untuk bergerak walaupun seinci.
'' Haa! Ini dia Putera Kacak sudah sampai. Nak selamatkan Tuan Puteri ya! Mana duit yang aku suruh siapkan tadi?'' dengan riak wajah yang sombong dan bongkak Emma melantangkan suaranya.
'' Nah! Guna la duit haram ni sepuas-puas hati kau, tak sangka kau sanggup buat kerja terkutuk macam ni !'' ujar Shahir dengan nada bengang.
'' Alarh! Bukan aku seorang saja yang terlibat. Tu lagi seorang yang tergila-gilakan sangat yayang kau ni,'' ujar Emma sambil menunding jarinya ke arah seseorang kepada Shahir.
'' Iwan! Tapi kenapa? Aku ingat kau kawan aku.'' terkejut Shahir apabila rakannya sendiri turut terlibat.
Dengan perlahan Iwan membuka langkah sambil mengukir senyuman  sinis.
'' Sebab Adira menolak cinta aku. Dia lebih memilih kau, Shahir!'' keluar kenyataan tersebut dari mulut Iwan.
Setelah Emma mencapai bagasi yang diberikan Shahir, Iwan seperti memberi isyarat tangan kepada orang suruhannya.

'' Gedeeeebbuuukkkk!'' Shahir rebah betul-betul dihadapan Adira apabila seseorang telah memukulnya kuat dengan kayu di bahagian belakang badannya.
Adira yang sudah lemah hanya mampu mengalirkan air mata apabila melihat Shahir jatuh rebah di  hadapannya. Timbul perasaan terharu apabila Shahir sanggup bersusah payah melindungi dan  menyelamatkan dia. Shahir yang tidak berdaya untuk berdiri  hanya mampu mendongak lalu memandang lemah wajah Adira.
'' Jangan menangis Adira sekejap lagi bantuan akan sampai.'' bisik Shahir bagi menenangkan hati Adira.
Sedang penjahat-penjahat disitu teralih perhatian dengan bagasi yang dibawa Shahir tadi, Shahir yang tidak berdaya hanya mampu merangkak  ke belakang Adira  bagi membuka ikatan. Setelah ikatan dibuka,Adira betul-betul rebah di pangkuan Shahir dan digenggamnya tangan Shahir dengan erat sambil memandang Shahir dengan lemah .

'' Tak guna kau Shahir! Berani kau tipu kami ya! Tak ada duit pun dalam bagasi ni. Cuma kertas kau tahu! Cuma kertas!'' Iwan sudah mula menengking ke arah Shahir dan Adira. 
'' Aaahhh! Korang semua cepat bertindak. Habiskan mereka berdua ni. Kalau tidak habis terbongkar identiti kita.'' Emma sudah memberi arahan kepada orang suruhannya.
Takdir telah menentukan Shahir dan Adira diberi ujian sehebat ini. Demi mengelakkan Adira daripada tercedera lagi, Shahir melindungi Adira dengan  badannya lalu hanya membiarkan badannya dipukul bertalu-talu oleh pengganas itu. Adira yang ketika itu hanya mengalirkan air mata apabila melihat Shahir yang sedang menahan kesakitan, digenggamnya erat tangan Shahir.
'' Saya cintakan awak, Shahir,'' keluar perkataan itu dari mulut Adira.
 Biarpun tidak henti-henti dipukul, Shahir masih mampu mengukir senyuman kepada Adira.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bantuan telah tiba. Begitu juga dengan pelajar-pelajar Akademi Muzik yang turut datang ke situ untuk menyaksikan sendiri kejadian yang telah berlaku. Walaubagaimanapun Iwan berjaya melarikan diri. Hanya Emma dan orang suruhannya berjaya diberkas. Apa yang lebih tragis, kejadian disitu telah mengejutkan  orang ramai apabila melihat keadaan Shahir dan Adira yang masing-masing cedera parah dan tidak sedarkan diri tetapi  mereka masih memegang erat tangan masing-masing. Betapa syahdunya. Sehinggalah mereka berdua dibawa masuk ke dalam ambulans pun, tidak terlerai juga genggaman tersebut. Dalam perjalanan menuju ke hospital, Mak Anum yang turut berada di dalam ambulans tersebut tidak dapat menahan sebak melihat anak kandungnya  iaitu Shahir dan Adira yang telah dianggap seperti anaknya  sendiri terbaring tidak sedarkan diri di dalam ambulans.
'' Shahir, Adira...mengapa kamu berdua diuji sebegini rupa. Ya Allah! Selamatkanlah mereka berdua. Mereka tidak akan temu kebahagiaan sekiranya perpisahan mereka berlaku dengan cara sebegini.'' ucap Mak Anum sambil air matanya mengalir di pipi.

Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 7

Pagi ini, Shahir mahu bertolak ke Akademi Muzik lebih awal berbanding sebelumnya. Disebabkan ingin menghadiri ujian penilaian tugasan minggu pertama ataupun ada agenda lain yang tersembunyi. Yang menjadi kemusykilan disini, sesi penilaian tersebut bermula pada waktu tengah hari. Tetapi pagi ini dengan penuh senyuman Shahir begitu bersemangat untuk ke Akademi Muzik.
'' che Baha, hari ini che Baha tak perlulah hantar saya ke Akademi Muzik. Saya pergi dengan kereta saya sendiri ya.'' ujar Shahir kepada Encik Baha iaitu pemandu dan merangkap pembantu peribadi kepada keluarga Shahir yang sudah dianggap seperti keluarga mereka sendiri.
'' Eh! Shahir! Boleh ke kamu pandu kereta tuh. Kepala kamu tak pening lagi?. Tak pasal-pasal nanti terlanggar anak dara orang pulak. Apa che Baha nak jawab dengan ayah kamu kalau dia tengok kereta Peugeot ni dah lesap?
'' Alarh che Baha, ini Ahmad Shahir la. Cuba tanya 'racer-racer' kereta yang ada di dunia ni, 'cormferm' diaorang tak kenal saya. Hakh..hakh..hakh!'' Shahir berseloroh dengan che Baha.
'' Ketawa kamu Shahir...ketawa lagi. Dah berapa buah kereta yang ayah kamu bagi semuanya dah jadi ikan masin?. Mula-mula kemalangan dengan kereta Naza Kia, dimaafkan sebab kereta tu pun dah 'old branded' dan dibeli pulak kereta Nissan Fairlady, itupun baru saja masuk bengkel sebab kamu pandai-pandai sangat buat 'drift' dalam keadaan cuaca sedang hujan. Dan sekarang ayah kamu bagi pula kereta Peugeot ni. che Baha pun tak tahu la apa pula nasib kereta ni nanti. Memang malang sungguh nasib kereta-kereta yang dipandu kamu, Shahir.'' bebel che Baha mengalahkan Pengetua Norman pula.
'' Tak apa che Baha, pandai-pandai la saya jaga kereta ni. Lagipun che Baha, kereta Peugeot ni dah macam isteri kedua saya,'' ujar Shahir sambil mengusap lembut bumbung keretanya.
'' Ikut suka hati kamu la Shahir. Kalau jadi apa-apa che Baha tak tanggung ya. '' che Baha hanya mampu menggelengkan kepala.
Shahir menaiki kereta tersebut lalu bertolak menuju ke Akademi Muzik. Entah kenapa perasaan Shahir hari ini tidak seperti biasa. Sama ada teruja untuk menjalani pembelajaran di Akademi Muzik ataupun hati sedang berbunga-bunga. Hanya Shahir sahaja yang tahu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahir tersenyum-senyum keseorangan semasa memandu keretanya sambil naluri hati lelakinya berbisik. Shahir kini tidak berselindung lagi untuk membawa kereta Peugeotnya ke Akademi Muzik. Maklum sahaja, rahsia bahawa dia adalah anak Pengetua Norman sudah diketahui oleh seluruh warga Akademi Muzik. Jadi tidak perlulah dia berpura-pura lagi. Disebalik hal itu juga, sememangnya Shahir tidak begitu suka menunjuk-nunjuk kereta mewahnya itu dihadapan orang ramai tetapi disebabkan ada perkara penting untuk dia selesaikan hari ini, mahu juga dia memandu kereta tersebut. 

''( Kenapa ya ada perasaan ganjil yang datang dalam hati aku yang belum pernah aku lalui sebelum ini selepas sahaja Adira pulang ke Asrama Biru semalam. Kepala aku ni asyik terngiang-ngiang sahaja suara dia. Erm..Apa kata kalau aku ajak dia naik kereta aku ni. Nampaknya semalam seperti beriya-iya dia nak naik kereta ni. Sebelum kelas bermula, lebih baik aku pergi jemput dia di Asrama Biru).'' Shahir memandu memandang kehadapan ambil mengusap lembut di bahagian belakang kepalanya yang ternyata masih terdapat kesan balutan kecil.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setibanya Shahir di Asrama Biru, Shahir menjadi tidak keruan apabila tidak melihat kelibat Adira di dapur.
'' Eh! Shahir, awal kamu hari ini. Sebelum mak nak datang sini tadi, mak tengok kamu masih tidur. Kepala kamu dah baik? Datang dengan siapa?  '' Mak Anum menyapa. Mak Anum merupakan ibu kandung Shahir yang bekerja sebagai pembantu asrama. Keluarga Shahir menghormati keputusan Mak Anum yang ingin menjadi pembantu di asrama tersebut dengan alasan Mak Anum, dia bosan berada di rumah tanpa melakukan apa-apa kerja. Tambahan pula dia sebolehnya dapat mendekatkan diri bersama suaminya di Akademi Muzik tersebut.
'' Saya datang sendiri mak. Erm..mak! Nampak tak Adira pergi mana.'' mata Shahir sudah meliar-liar mencari dimana kelibat Adira.
'' Patutlah awal kamu datang Akademi Muzik hari ini, rupa-rupanya ada janji dengan Cik Siti. Nak pergi ‘berdating’ di mana?''  perli Mak Anum kepada anak lelaki sulungnya itu.
'' Eh! Tak ada la mak. Pandai-pandai saja mak ni. Saja jer tanya.'' Shahir menyembunyikan niat sebenarnya itu daripada diketahui oleh Mak Anum. Tersengeh-sengeh Shahir kepada ibunya yang ternyata malu diperli sebegitu.
Sudah kenal benar akan perangai anak lelaki sulungnya itu, Mak Anum tidak meneruskan pertanyaannya yang mengalahkan wartawan hiburan yang sering mengajukan soalan-soalan yang panas kepada artis-artis di Malaysia. Lalu dengan segera Mak Anum memberitahu keberadaan Adira.
'' Adira sekarang ada di bilik pakaian. Mak suruh dia mengemas di bilik tu tadi,'' ujar Mak Anum.
'' Erm! Tak mengapalah mak. Shahir pergi jumpa Daus sekejap ya. Ada hal sikit nak bincang dengan dia.'' Shahir menggunakan nama Daus bagi menyembunyikan niat sebenarnya itu.
'' Baiklah! Jangan lupa beritahu ‘Daus’ supaya masukkan baju-baju yang sudah dijemur semalam ke dalam almari ya,'' perli Mak Anum yang ternyata sudah mngetahui akan niat sebenarnya anaknya.
Shahir yang bingung dengan kenyataan ibunya itu segera berlalu membuka langkah menuju ke bilik pakaian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Hikh! Hikh! Hikh! Awak ni kelakar lah. Pandai betul awak buat lawak.'' Adira tertawa dengan gurauan Iwan sambil menampar lembut bahu Iwan.
Iwan ternyata sudah bangun dari tidur lebih awal berbanding rakan-rakannya yang lain. Niatnya hanya satu iaitu mahu menemui Adira iaitu gadis yang telah lama dia impikan untuk menjadi miliknya. Pagi itu, Iwan ternyata telah membantu Adira mengemas di bilik pakaian tersebut. Sedang Adira mengangkat bakul yang dipenuhi dengan pakaian yang sudah dicuci untuk di masukkan ke dalam almari, tiba-tiba bakul tersebut terlepas dari genggamannya. Mungkin disebabkan terlalu berat.
Iwan dengan segera membantu Adira mengutip kembali baju-baju yang telah jatuh bersepah diatas lantai. Sedang mereka sama-sama mengutip pakaian, ada pula aksi terhantuk kepala sesama sendiri dan diikuti dengan gelak ketawa. Tiba-tiba, dengan secara tidak sengaja, Iwan terpegang tangan Adira yang kebetulan ingin mengutip baju yang sama. Adira dan Iwan saling berpandangan dan kemudian  hanyut dibuai lamunan.

Lamuan Adira terhenti apabila terlihat kelibat Shahir yang berada di hadapan pintu bilik pakaian dengan reaksi muka yang tidak dapat dijelaskan. Shahir memandang tajam kearah Adira.  Lalu dengan segera Adira melepaskan tangannya dari genggaman Iwan. Shahir yang melihat akan kejadian tersebut dengan segera berlalu dari situ menuju ke keretanya. Dengan segera juga Shahir memecut laju keretanya itu meninggalkan Asrama Biru.

Adira yang sedang dalam keadaan binggung dengan segera bangun bagi mendapatkan Shahir tetapi dihalang oleh Iwan. Iwan menarik kasar pergelangan tangan Adira.
'' Iwan! Lepaskanlah! Sakitlah, Iwan! Lepaskanlah!'' Adira  meronta-rontakan tangannya supaya dilepaskan.
'' Tolonglah Adira! Jangan pergi! Saya sukakan awak, Adira.'' Secara tiba-tiba kenyataan tersebut keluar dari mulut Iwan lalu Iwan dengan berani matinya memeluk Adira dengan erat. Terkejut diperlakukan seperti itu, Adira dengan segera menolak Iwan dengan kuat.
Paaaarkkkkhhhh! Satu das tamparan mengena di pipi Iwan. Adira yang ternyata bengang apabila Iwan memperlakukan dirinya seperti itu telah menampar pipi Iwan. Pipi Iwan yang pada awalnya  putih kegebuan akhirnya bertukar kemerah-merahan hasil daripada penangan Adira. Iwan nampaknya kelihatan binggung.
'' Maaf!''  hanya kenyataan itu sahaja yang keluar dari mulut Adira lalu berlari keluar untuk mengejar Shahir yang ternyata sudah jauh meninggalkan dirinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sesampainya Shahir di sebuah tasik, Shahir memberhentikan keretanya lalu keluar membaringkan dirinya di atas cermin hadapan keretanya. Sambil memandang ke langit biru Shahir mengelamun panjang.
''Kenapa aku rasa cemburu pula bila tengok Adira dengan Iwan tadi. Lagipun aku tak ada apa-apa hubungan dengan Adira. Jadi bukan hak aku nak menghalang Adira berkawan dengan sesiapa pun.''

'' Teeettttt! Tripping!'' Lamunan Shahir terhenti apabila seseorang telah mencuit pinggangnya. Mungkin Shahir berasa sedikit kegelian. Shahir membuka cermin mata hitam yang dipakainya sambil memandang wajah yang seakan-akan dia kenali.
'' Owh! Engkau rupa-rupanya, Ain. Ingatkan siapa tadi.'' ujar Shahir dengan nada lemah.
Ain seperti mengetahui ada sesuatu yang tidakk kena dengan Shahir. Reaksinya seperti sedang mengalami masalah cinta. Menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan Tripping, Ain dan Shahir sudah berkawan rapat semenjak mereka masih kecil lagi jadi tidak hairanlah Ain kenal benar akan perangai Shahir apabila sikapnya berubah monyok seperti ini.
''Sah Che Amat ni ada masalah dengan perempuan. Kali terakhir aku tengok perangai dia jadi macam ni pun semenjak putus hubungan dengan seorang perempuan yang dia kenal dekat ‘facebook’ dulu. Haish! Shahir..Shahir…'' Ain mengeluh di dalam hatinya apabila melihat keadaan Shahir yang seperti tidak bermaya. Risau juga hati Ain apabila melihat Shahir yang sudah dia anggap seperti adiknya sendiri walaupun perbezaan umur mereka hanya 2 tahun.

'' Siapa lagi yang tahu ‘tagline’ kita tu selain aku dan engkau sahaja. Kita cipta ‘tagline’ tu sejak kita masing-masing baru saja tumbuh dua batang gigi di bahagian depan,tahu!'' Ain cuba untuk bergurau dengan Shahir.
'' Kau jangan nak goreng ya Ain. Kita ada dua batang gigi pun, kita masih tak pandai bercakap lagi. Apatah lagi dengan bijaknya nak menubuhkan kumpulan geng gagak hitam macam ni.'' terukir sedikit senyuman di wajah Shahir apabila mendengar Ain berkata seperti itu yang ternyata turut mencuit hatinya.Namun setelah itu pandangannya kembali ke arah langit biru. Ternyata menyambung kembali lamunan yang telah dipotong oleh Ain tadi.
Ain dengan berani matinya naik keatas kereta Shahir dan turut  berbaring sama diatas kereta tersebut di sebelah Shahir.

'' Hoi! Hoi! Hoi! Habislah kemek bini baru aku ni!'' Shahir bangun lalu berteriak kepada Ain apabila terkejut melihat Ain turut berbaring di atas keretanya.
'' Huh! Ingat kau seorang saja boleh baring atas kereta ni. Ingat sikit kereta ni adik ipar aku nombor dua jugak.'' Ain memerli Shahir sambil tersenyum-senyum.
'' Ah!'' Tidak mempedulikan akan perbuatan Ain itu, Shahir segera kembali membaringkan dirinya di atas kereta.
Mereka berdua masing-masing terbuai oleh keindahan langit biru pada pagi itu.

'' Shahir! Kau ni sedang ada masalah dengan perempuan ke?'' Selepas mereka berdua mengelamun panjang, nampaknya Ain mula mengajukan pertanyaan kepada Shahir.
'' Ish! Tak ada la. Mana ada apa-apa. Yang kau boleh ada dekat tasik ni apa hal pula?'' dengan segera Shahir menukar topik.
''Ish! Kes kali ini dah parah. Sampai dengan aku pun tak nak berkongsi masalah. Selalunya okey saja kalau nak kongsi apa-apa pun.'' bisik Ain dalam hatinya. Faham dengan pendirian Shahir, Ain hanya tersenyum menjawab pertanyaan Shahir tadi.
'' Aku baru habis joging tadi. Tak nampak ke aku pakai baju bersenam ni. Dah berpuluh kali aku pusing satu tasik ni. Tengok betapa hebatnya aku,'' ujar Ain sambil melakukan reaksi bangga terhadap dirinya.
'' Memang patut pun engkau bersenam. Badan kau tu dah makin berisi.'' Shahir mula menyakat Ain.
'' Kau nak cakap badan aku ni dah gemuk ke hah!' Ain mula berteriak sambil  mencubit-cubit manja bahagian pinggang Shahir.
'' Hoi! Hoi! Hoi! Sakitlah. Engkau yang cakap badan kau tu gemuk. Aku cuma cakap badan kau berisi saja. Tak sama, okey!'' ujar Shahir sambil menahan sakit tetapi agak geli apabila Ain melakukan sedemikian. Diikuti juga dengan riuh gelak ketawa mereka berdua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Mana pulak Shahir ni?'' termengah-mengah Adira berlari dari Asrama Biru untuk mencari Shahir. Dia ingin jelaskan perkara sebenar tentang apa yang berlaku tadi. Tapi kenapa Adira perlu menjelaskan perkara sebenar. Padahal dia dan Shahir tiada hubungan apa-apa pun hanya sekadar rakan sekelas. Mungkin timbul rasa bersalah atau mungkin Adira mula jatuh cinta kepada Shahir. Hanya Adira sahaja yang tahu.
Langkah Adira terhenti apabila terpandang sebuah kereta yang sangat dia kenali. Terdapat dua orang sedang berbaring di atas kereta tersebut sambil bergelak ketawa sesama sendiri. Mereka nampaknya kelihatan sangat mesra.
"Ah! Ain dengan Shahir? Sejak bila? Sepatutnya aku tidak terlalu cepat mengharapkan Shahir. Ternyata dia sudah mempunyai pilihan sendiri. Sepatutnya juga dari awal-awal lagi aku bertanyakan hal sebegini. Tapi mengapa reaksi wajah Shahir berubah tadi dan dia pergi meninggalkan aku setelah dia melihat aku dengan Iwan?" 
Pelbagai soalan sedang bermain di fikiran Adira. Secara tidak langsung, air mata Adira sudah mula jatuh membasahi pipi. Hatinya seperti sudah dirobek-robek oleh penangan cinta seorang lelaki. Langkah Adira longlai meninggalkan tempat itu lalu berjalan pulang menuju ke Asrama Biru. Entah kenapa dirinya tiba-tiba berasa sukar untuk bernafas. Kepalanya menjadi pusing. Badannya dipeluk erat oleh sesorang yang tidak dia kenali dari belakang. Meronta-ronta Adira minta untuk dilepaskan tetapi usahanya sia-sia. Pada masa itu, Adira hanya memikirkan Shahir. Mahu sahaja dia berteriak memanggil Shahir ketika itu tetapi mulutnya ditutup dengan kain. Dengan perlahan-lahan penglihatan Adira menjadi kabur lalu badanya rebah ke tanah.

Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 6


''Eh! Berbalut? '' Shahir memegang kepalanya yang ternyata masih sakit.
''Aduhhhhhhhh! Sakitnya kepala aku. Berdenyut-denyut rasanya ni.’’
Mata Shahir berpinar-pinar apabila dia membuka matanya lalu memandang segenap ruang bilik yang seakan-akan dia kenali.
Shahir berkata di dalam hatinya sambil memegang kepalanya yang sedang berbalut ''( Ah! Bilik aku ni. Macam mana aku boleh sampai dekat sini!. Bukan ke aku pengsan dekat bawah ke tadi. Siapa yang bawak aku naik atas ni? )''. Wah! Boleh tahu pulak dia pengsan tadi. Shahir..Shahir..
Shahir terkejut apabila memandang seorang perempuan yang ternyata sudah tertidur di sebelahnya.
''Eh! Adira lar. Inilah masanya aku nak kenakan dia. Berani dia gelakkan aku tadi. Siap kau Adira! '' sambil melakukan 'evil smile' Shahir berkata di dalam hatinya. Sambil-sambil itu curi-curi memandang segenap wajah Adira yang sedang tidur disampingnya.
'' Comel juga Adira ni ya bila dia tengah tidur,'' ujar Shahir sambil tersenyum-senyum. Wah! Shahir mengakui juga bahawa Adira ni comel orangnya.
'' Ah! Kenapa dengan aku ni?'' Tersedar daripada lamunan, Shahir dengan segera memulakan rancangannya.

'' Aaaahhhhhhhhhhhh!'' Shahir berteriak kesakitan.
Adira yang tertidur ternyata tersedar apabila terdengar teriakan suara jantan Shahir. Adira menjadi panik apabila melihat Shahir meronta-ronta kesakitan sambil memegang kepalanya yang berbalut.
'' Shahir! Awak tak apa-apa ke? Bertenang Shahir, bertenang!. Saya akan panggilkan doktor sekarang ya!'' ujar Adira sambil memegang kedua-dua belah bahu Shahir supaya dia lebih menenangkan diri.
Shahir menepis kedua-dua belah tangan Adira sambil berteriak ''Hoi! Hoi! Hoi! Apa pegang-pegang orang ni. Kau siapa hah! Apa yang kau buat dalam bilik aku ni.''
Adira ternyata tergamam apabila Shahir bertindak sedemikian terhadapnya dan di samping itu kepalanya mula berfikir.
''Dia tak ingat aku! Tak kan dia sampai hilang ingatan pula. Tapi boleh pula dia ingat bilik dia yang berbau ni. Huh! Doktor peribadi yang rawat dia tadi pun cakap yang dia tak apa-apa. Atau Che Ahmad ni sengaja nak kenakan aku agaknya.'' ujar Adira dalam hatinya.
Adira mencapai gitar Shahir yang disandar di dinding bilik tersebut lalu cuba menghayunkannya ke arah Shahir.Shahir ternyata terkejut dengan tindakan Adira itu sambil membeliakkan kedua biji matanya.
'' Hoi! Hoi! Hoi! Awak ni apasal hah! Suka-suka hati nak pukul-pukul orang pulak. Tahu tak gitar tuh saya beli sampai sebulan tak belanja duit poket.'' Shahir berteriak.
''Aik! Ingat pulak gitar cabuk kesayangan yang dia beli ni. Sah! Mamat ni nak goreng aku.'' ujar Adira dalam hatinya.
'' Bukan apa! Saya nak cuba hantukkan gitar ni dekat kepala awak. Mana tahu kalau-kalau ingatan awak boleh ingat balik.'' Adira memerli Shahir sambil melakukan 'evil smile'. Ah! Berjangkit pulak Adira dengan si Shahir ni.
Shahir tersengih-sengih seperti kerang busuk kepada Adira apabila rancangan sudah diketahui awal-awal lagi.
'' Ehe! Tak lah. Saya ingat awak, Adira. Min..min..minta maaf la. Ber..ber..bertenang dulu..bertenang.'' Shahir pulak yang menenangkan Adira yang kelihatan agak bengang. Aha! Kan dah kena balik. Pandai-pandai sangat Shahir ni cari pasal.
'' Tahu pun takut. Awak takut tengok gitar ni hancur ataupun takut kepala tu berkecai nanti ? '' Adira menggertak Shahir. Lagak Adira sudah seperti ketua ah long yang sedang mengutip hutang. Kalah gaya rock Anum yang ganas itu.
'' Ehe! Dua-dua la,'' ujar Shahir yang ternyata takut dengan gertakkan Adira itu. '' ( Ada hati nak jadi samseng. Gaya semua dah okey,ada  bakat, cuma satu jer yang gagal. Muka yang comel tuh tak kena langsung.)'' bisik Shahir dalam hatinya. Adira tersenyum-senyum apabila melihat  reaksi wajah Shahir yang ketakutan. Lalu Adira kembali duduk di kerusi yang terdapat di samping katil Shahir sambil memegang gitar itu di pangkuannya.
'' Saya boleh maafkan awak, tapi ada satu syarat. Awak kena bawa saya jalan-jalan satu bandar ni naik kereta peugeot 270 CC yang ada dekat bawah tuh,'' ujar Adira.
Terkebil-kebil Shahir memandang Adira apabila Adira memeras ugutnya sebegitu.
'' Haish! Ni dah lebih ni. Mana aku nak menggagau cari duit nak bayar petrol nanti. Dah la sekarang bajet tengah kurang,'' ujar Shahir dalam hatinya.
Apabila melihat reaksi muka Shahir yang sudah pelik jadinya, Adira segera bersuara sambil tersenyum-senyum '' Ehe! Awak janganlah risau, saya main-main saja.''
''  Huh! Selamat duit aku.''  ujar Shahir dalam hatinya.
'' Tapi awak perlu lakukan sesuatu untuk saya. Setelah itu saya akan maafkan awak,'' ujar Adira lagi.
''Hah, sudah! Apa lagi yang dia nak kali ni.'' bisik Shahir yang ternyata sudah mula risau.
'' Saya nak awak nyanyikan lagu ciptaan awak yang awak nyanyi masa di dalam bilik awak di Asrama Biru tempoh hari.'' ujar Adira. Wah! Nampaknya Adira sudah jatuh hati dengan lagu ciptaan Shahir.
'' Tapi lagu tu masih belum siap, tajuknya pun saya belum beri lagi '' ujar Shahir yang ternyata mahu mengelat untuk menyanyi di hadapan Adira. Malu agaknya.
Adira membelakangi Shahir yang ternyata berkecil hati apabila Shahir tidak mahu menturuti apa yang dia inginkan. Adira sememangnya teringin untuk mendengar sekali lagi nyanyian Shahir tempoh hari.
'' Baiklah...saya nyanyi sikit saja. Okey!''  Melihat akan reaksi Adira yang sebegitu, Shahir segera mengambil gitarnya dari tangan Adira lalu mula memetiknya.

Berkorban untukmu
memberi yang mampu 
Memberi sayang demi insan
yang di sanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kusayangkan dia
sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya pabila resah
Setia di dalam senang dan susah
Itulah saja balasan di minta
Seorang wanita

Haish! Tadi cakap sikit jer. Ni dah sampai 3 rangkap lirik si Shahir ni nyanyi,apa cerita ?. Maklumlah, bantuan untuk lebih menghayati lagu sudah ada di depan mata. Dah tentu-tentunya penghayatan tu terlebih.

Tersenyum-senyum Adira sepanjang Shahir mengalunkan lagu tersebut. Shahir seperti kebiasaan hanya menutup mata ketika menyanyikan lagu tersebut. Sama ada menghayati lagu ataupun malu dengan Adira yang tersenyum-senyum memandang dirinya.
'' Hello!'' Shahir memetik jari kemuka Adira yang ternyata sedang mengelamun. Sah! Adira nampaknya tengah angau. Adira tersengeh-sengeh seperti kerang busuk  apabila tersedar dari lamunannya lalu bersuara '' Cepatnya! Dah habis dah ker?'' soal Adira.
Dah lama habis. Awak tu yang kusyuk mengelamun apa-apa ntah tadi. Buat penat saja saya nyanyi untuk awak tadi.'' ujar Shahir sambil memuncungkan mulut.
'' Wah! Awak nyanyi untuk saya ke. Ehe! Terima kasih. Alarh! Saya dengar la tadi. Sedap betul. Lirik lagu tuh memang menusuk kalbu hati wanita yang rapuh ini apabila mendengarnya.'' panjang lebar Adira memuji Shahir.
'' Ah! Perasan betul. Itu pun sebab awak yang paksa saya menyanyi tadi.'' Shahir menyembunyikan perasaannya yang ternyata kembang dipuji sebegitu.
''Hrrmm.. okeylah Shahir, saya balik dulu ya. Erk! Esok jangan lupa, kita ada ujian penilaian untuk tugasan minggu pertama. Jangan tak datang pulak.'' Adira memperingati Shahir lalu bingkas bangun dari kerusi tersebut.
'' Baiklah! Jaga Diri.'' ujar Shahir.
Langkah Adira terhenti seperti sesuatu sedang bermain difikirannya lalu memandang semula ke arah Shahir.
'' Shahir! Erm..terima kasih ya lindungi saya tadi. Saya yang sepatutnya berbalut seperti ini, bukannya awak.'' ujar Adira yang ternyata sebak melihat keadaan Shahir.
'' Tak mengapa la Adira. Benda dah nak jadi, tak ada siapa yang boleh halang. Spidermankan selalu melindungi Mary Jane daripada bahaya. Jadi anggaplah saya ni Spiderman, dan awak Mary Jane yang saya akan selalu lindungi awak.'' ujar Shahir sambil tersenyum-senyum yang ternyata mahu menggembirakan hati Adira kembali.
'' Baiklah Encik Spidey.'' Adira hanya tersenyum kepada Shahir lalu melangkah pergi dari bilik tersebut. Hatinya masih tidak percaya kejadian sebegini terjadi di depan matanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pelajar-pelajar lelaki Asrama Biru mula mengerumuni Adira apabila Adira sampai di pintu masuk asrama tersebut. Rata-ratanya risau apabila Adira menghilangkan diri tanpa diberitahu khabar hendak ke mana.
'' Cik Siti! Mana awak pergi. Kami semua risaukan awak, tahu tak? Satu Asrama Biru ni kami pusing untuk cari Cik Siti, '' ujar Daus yang ternyata dalam kerisauan tetapi berasa lega apabila melihat kelibat Adira di hadapannya.
'' Ye lar Cik Siti. Awak tak ada disini seminit, seolah-olah seribu tahun tak jumpa Cik Siti.'' Tiba-tiba Iwan sudah bermadah pula. Madah berhelah betul si Iwan ni.
'' Lain kali, kalau nak pergi mana-mana beritahulah saya dahulu. Nanti saya boleh temankan. Takut-takut jadi sesuatu terhadap Cik Siti, saya boleh lindungi Cik Siti,'' ujar Alif pula dengan nada ambil berat.
Adira hanya tersenyum, lalu melangkahkan kaki untuk memasuki biliknya. Mereka ternyata kecewa apabila Adira hanya meninggalkan mereka begitu sahaja tanpa menjawab sebarang pertanyaan mereka.

Setibanya di bilik, mata Adira hanya tertumpu untuk mencari di mana letaknya sapu tangan yang pernah Shahir berikan dulu. Adira membuka lacinya dan ternyata sapu tangan itu masih ada dalam simpanannya. Adira tersenyum memandang sapu tangan tersebut sambil pemikirannya mengelamun entah kemana.
''CIK SITI ADIRAAAAAAAAAAAAAAAAA!'' teriakkan kuat Mak Anum menghentikan lamunan Adira.
'' Ya, Mak Anum!'' Adira menyahut panggilan tersebut dan dengan panik Adira menyimpan sapu tangan tersebut ke dalam koceknya. Seperti tidak mahu berpisah sahaja Adira daripada sapu tangan tersebut. Mungkin dianggap sebagai pengganti diri Shahir yang akan sentiasa melindungi dirinya.
'' Cepat datang ke dapur!. Basuh pinggan yang dah bertimbun-timbun ni. Dah la kamu balik lambat.'' Mak Anum berteriak lagi. Adira segera bergegaskan ke dapur bagi mengelakkan Mak Anum berleter kepadanya lagi.


Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 5


Pagi esoknya, Adira telah sampai ke kelas vokal Cikgu Adnan lebih awal daripada rakan-rakan sekelasnya yang lain kerana diberi lampu hijau oleh Mak Anum untuk tidak melakukan tugas-tugas di Asrama Biru pada waktu pagi.
'' Selamat pagi Adira! Awal awak datang hari ini’’ Anum menyapa.
'' Eh! Anum. Kerja tak banyak di asrama jadi saya datang la awal.’’ ujar Adira.
'' Hai Adira. Macam mana dengan Asrama Biru. Okey?’’ seperti biasa Farina lebih mementingkan perihal Asrama Biru berbanding perihal orang lain. Huh! Maklumlah ingin sangat mengetahui akan keadaan buah hatinya yang berada disitu iaitu Alif. Padahal setiap hari mereka berdua berjumpa.
'' Oh! Okey. Semua okey. Masih boleh dikawal. Ehe..’’ tersenyum-senyum Adira menjawab pertanyaan Farina tadi.
'' Dengar cerita awak terkurung bersama Che Ahmad ya di bilik stor bawah tanah semalam! Dan dengar-dengar cerita jugak, Che Ahmad dengan romantisnya memujuk awak semasa awak sedang menangis. Betul ker?’’ Ain pula bertanya untuk mendapatkan kepastian.
'' Tak sangka Che Ahmad yang pendiam dan malu bila berhadapan dengan mana-mana perempuan, boleh bersikap romantik dengan awak Adira.’’ Nad pula bersuara.
'' Ehe..tak ada apa-apa la. Erk..Ain! Maulana kirim salam dekat awak tadi.’’ Dengan pantas Adira menukar topik.
'' Huh! Wa’alaikumsalam! '' dengan nada kecewa Ain menjawab yang ternyata bengang apabila pertanyaannya tidak dijawab. Memahami keadaan Adira yang tidak mahu berkongsi cerita mengenai perihal semalam, Ain hanya menyimpan persoalannya itu di dalam hatinya.
Semua pelajar kembali ke tempat duduk masing-masing apabila melihat kelibat Cikgu Adnan memasuki kelas tersebut.
''Selamat pagi semua! Kita boleh mulakan kelas kita hari ya.’’ Cikgu Adnan menyapa pelajar-pelajarnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anum begitu aneh melihat gelagat Adira yang tidak fokus semasa pengajaran Cikgu Adnan sedang dijalankan seolah-olah matanya sedang meliar-liar mencari seseorang.
'' Kringgg..kringgg..! kringg...kringg!.’’ telefon Cikgu Adnan berbunyi. Cikgu Adnan meminta izin pelajar-pelajarnya untuk keluar kelas bagi menjawab panggilan tersebut.
'' Woit Adira! Awak ni apasal hah! Dari tadi saya tengok awak tak fokus langsung. Awak sedang mencari siapa hah? Anum mula bertanya bagi mendapatkan kebenaran.
'' Erm..Shahir pergi mana ya? Dia tidak masuk kelas ke? Dia demam ker? Pagi tadi di Asrama Biru pun saya tak nampak kelibat dia.’’ Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran Adira yang ternyata risau apabila tidak melihat kelibat Shahir di dalam kelas tersebut.
'' Ah! Sah minah ni tengah angau.’’ ujar Anum di dalam hatinya. ''Kalau betul la dia tak hadir hari ini, apa kata awak pergi ke rumah Pengetua Norman.’’
'' Kenapa sampai perlu pergi ke rumah Pengetua Norman pula,’’ soal Adira kebingungan.
'' Ish! Bukan ker dah heboh satu Akademi Muzik ni yang Che Ahmad Shahir tu anak Pengetua Norman. Jadi kalau dia tiada di akademi ni maknanya dia sekarang ada di rumah la.’’ Anum memberi penjelasan.
'' Awak tahu ker rumah Pengetua Norman di mana!’’ Adira menyoal Anum lagi.
'' Hai Adira! Awak betul-betul nak pergi melawat dia ? Ada apa-apa ker ni ?’’ tersenyum-senyum Anum menyoal Adira.
'' Ish! Awak ni. Mana ada apa-apa lar. Mungkin ada agaknya. Eheeee. Apa salahnya saya melawat dia. Dia dah tolong saya semalam. Jadi tak salah kan kalau saya nak pergi melawat dia sekejap. Lagipun saya nak beri nota-nota mengenai pelajaran kita hari ini. Saya tak nak dia ketinggalan pelajaran nanti.’’ Ujar Adira panjang lebar.
'' Rumah pengetua Norman diatas bukit bersebelahan dengan Asrama Biru. Tak kan pelajar-pelajar Asrama Biru tak pernah beritahu awak!’’ Ujar Anum kehairanan. Terkebil-kebil Adira mendengar penerangan Anum.
''Betul juga apa yang dicakapkan oleh Anum kerana sebelum ini tiada siapa pernah beritahu aku mengenai rumah besar di atas bukit tersebut. Mungkin kerana sebelum ini mereka menganggap aku adalah anak Pengetua Norman. Jadi tidak mungkin mereka akan bertanya atau memberitahu hal seperti itu.’’ ujar Adira di dalam hatinya.
''Ambil berat betul awak yer terhadap Che Ahmad tuh. Alamatnya sekebun cinta bakal berbunga la nanti.’’ Anum mengusik Adira lagi.
Ternyata usikan Anum tadi tidak didengari oleh Adira yang ternyata kembali mengelamun memikirkan Shahir. Anum yang malas melayan kerenah Adira segera bangun menuju ke tempat duduk Shah untuk mengajak Shah berbual-bual dengannya. Mahu mengharapkan Adira? Entah dengar atau tidak apa yang sedang dibualkan. Maklumlah diri sendiri pun sedang angau.
Selesai waktu kelas, Adira menyimpan peralatannya secepat mungkin supaya ada waktu untuk melawat Shahir di rumahnya. Adira dengan tangkas berlari-lari anak meninggalkan rakan-rakan sekelasnya yang lain tanpa mengucapkan selamat pulang terlebih dahulu.
'' Adira! Jangan lupa beritahu abang tersayang bahawa esok kita ada ujian penilaian bagi tugasan minggu pertama di hadapan tenaga pengajar serta juri-juri. Suruh dia jangan ponteng kelas selalu yer.’’ Anum berteriak kepada Adira yang sudah jauh berada di depan. Adira tersenyum lalu membalas dengan tanda ‘peace’ yang ternyata mengerti akan maksud Anum itu.
'' Uish! Lajunya Adira. Dia nak pergi mana tuh?’’ Farina bertanya.
'' Nak melawat Che Ahmad Shahir tersayang!.’’ Ujar Anum dengan selambanya sambil tersenyum. Ah! Memang tak boleh nak simpan rahsia langsung si Anum ni.
Ain, Nad serta Farina masing-masing tergamam apabila jawapan itu keluar dari mulut Anum. Tidak percaya sungguh. Shahir dan Adira!. Sejak bila pulak ni?. Pelbagai soalan bermain di fikiran mereka yang ternyata tidak menyangka Adira menaruh harapan kepada Shahir. Maklumlah, sudah awal-awal lagi si Emma yang sombong itu memberi peringatan kepada pelajar-pelajar perempuan Asrama Ungu bahawa tiada siapa boleh mendekati Shahir kerana Shahir adalah miliknya seorang. Sekiranya ada yang cuba mendekati, nahas akan menimpa diri. Oleh sebab itu, ramai pelajar perempuan tidak berani untuk mendekati Shahir kerana ramai pelajar telah menjadi mangsa dendam Emma. Padahal semua pelajar Akademi Muzik tahu cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan kerana setiap kali Emma cuba mendekati Shahir, Shahir mengelakkan diri.
'' Huh! Kau sengaja cari nahas dengan aku Adira.’’ Hati Emma memberontak yang ternyata terdengar perbualan Anum, Nad, Farina dan Ain tadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Wah..besarnya! Betul ker ini rumah Shahir?’’ Adira tergamam yang ternyata terkejut melihat rumah banglo mewah yang sangat besar yang baru dilihatnya itu.
'' Dahlah rumah besar. Loceng pun tak ada. Boleh ker aku main masuk macam tu sahaja!’’ Adira serba salah sama ada mahu masuk atau hanya mahu menunggu di depan pagar sehingga ada orang keluar dari rumah itu apabila melihat pintu pagar rumah tersebut terbuka sedikit.
'' Hello! Assalamualaikum! Adira memberi salam. Ternyata Adira memberanikan dirinya juga untuk menjejakkan kaki ke dalam rumah tersebut.
'' Wah….!!!!! Luasnya halaman rumah Pengetua Norman ni. Tapi mana orang- orang dalam rumah ni. Seorang pun tak nampak. Dah la rumah besar ,sampai lenguh kaki aku nak mencari mana satu bangunan yang aku nak masuk.’’ Adira sudah mula merungut sendirian.
Kemudian Adira terdengar bunyi riuh rendah di bahagian belakang rumah tersebut lalu mengikuti arah dari mana suara itu datang. Tidak Adira menduga di bahagian belakang rumah tersebut terdapat sebuah gelanggang futsal yang ternyata ramai orang sedang sibuk menggelecek bola di dalam gelanggang itu. Yang lebih mnegejutkan, salah seorang pemain itu adalah Shahir.
'' Wah! Selain daripada menyanyi dan bermain gitar, Shahir juga pandai bermain futsal rupa-rupanya. Memang curlast gitu’’ ujar Adira seorang diri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Hoi! Hoi! Hoi! Korang ni main lah betul-betul sikit.’’ Shahir berteriak kepada rakan-rakannya yang lain mengalahkan jurulatih professional. Maklum sajalah kapten pasukan lah katakan.
'' Safwan! Kau tak nampak ke bola aku bagi dekat engkau tuh?’’ Shahir berteriak lagi.
'' Syahmi! Bersemangat la sikit.’’ Shahir mula tegas apabila ada antara rakan-rakannya tidak bermain bersungguh-sungguh.

Ada satu perkara telah menggelikan hati Adira apabila dia terpandang satu `banner’ yang dipasang di luar gelanggang itu. Disitu tertera `GELANGGANG FUTSAL AHMAD SHAHIR HOI HOI HOI’.
'' Hikh..hikh..hikh.’’ terkekeh-kekeh Adira ketawa apabila membaca ‘banner’ tersebut.
'' Memang sah ini rumah dia, sampai `banner’ pun nak letak hoi! hoi! hoi!. Ingatkan telinga aku jer yang binggit setiap hari asyik dengar Che Ahmad ni sebut perkataan tuh. Agaknya perkataan tuh dah jadi `tagline’ dia agaknya.’’ Bisik Adira seorang diri.
Shahir yang sedang menumpukan perhatian terhadap bola yang digeleceknya itu dengan secara tiba-tiba berhenti apabila terlihat kelibat seseorang yang sangat dia kenali.
'' Okey. Semua berhenti. Setakat hari ini saja latihan kita.’’ Shahir bersuara kepada rakan sepasukannya.
'' Apasal awal sangat kau `stop’ kan permainan. Orang baru nak seronok sepak bola ni.’’ Ujar Safuan.
'' Alarh…aku ada hal kejap. Kalau korang masih nak main jugak, korang teruskan ajalah tanpa aku. Okey?’’ Shahir berlari meninggalkan rakan-rakannya dan segera medekati Adira. Melihat keadaan Adira yang sedang ketawa seorang diri, Shahir berhasrat untuk mengejutkan Adira dari belakang.
'' Hoi! Hoi! Hoi! dengan lantang Shahir mengeluarkan suara.'' Apa yang sedang awak gelak-gelakkan tu hah! Apa awak buat mengintip disini ? '' Shahir sengaja menyergah Adira dari belakang yang ternyata tidak sedar akan kehadirannya. Adira yang ternyata terkejut mendengar suara jantan Shahir lalu menjadi panik. Dengan segera Adira berpaling ke belakang.
'' Eh! Sa..sa..saya..sese..Sebenarnya…’’ tergagap-gagap Adira mengeluarkan kata-kata apabila disergah sebegitu oleh Shahir. '' Tak..tak..sebenarnya lucu betul saya tengok `banner’ tuh.’’ Adira memuncungkan mulut menunjukkan sesuatu kepada Shahir. '' Saya ingatkan satu Akademi Muzik jer asyik bunyi perkataan Hoi! Hoi! Hoi!, rupa-rupanya gelanggang futsal pun jadi mangsa awak. Hikh..hikh..hikh..!'' Adira menyambung ketawanya lagi.
'' Ish! Yang itu kawan-kawan saya punya kerja ! Diaorang yang nak sangat gantung 'banner' tuh yang kononnya dianggap sebagai pembakar semangat kalau saya tak ada untuk latih diaorang.'' ujar Shahir.

'' Oi semua! Tengok tu. Ada perempuan datang lah cari Che Ahmad.’’ Syahmi bersuara. Rakan sepasukan Shahir secara beramai-ramai mendekati Shahir yang sedang berbual bersama Adira.
'' Biar betul kau, Che Ahmad ! Kau bawa perempuan masuk ke rumah kau.’’ Ujar Safuan sambil menepuk belakang Shahir.
'' Hei..Sampai hati kau tak beritahu kitaorang yang kau dah ada awek!’’ Ujar Syafiq pula.
'' Wah! Hebat kau Shahir. Kenalkan la dekat kitaorang siapakah gerangan si ayang lagi tersayang ni.’’ Syazwan sudah mula mengusik Shahir.
'' Apa yang sedang berlaku ni? Baik kau terangkan dekat kitaorang hal sebenarnya.’’ Syamil pula bersuara yang ternyata ketinggalan di belakang.
'' Diamlah! Korang ni cakap banyak betul la! '' Shahir berteriak kepada rakan-rakannya yang ternyata rimas diajukan soalan yang bukan-bukan.
'' Baik korang semua berhambus sebelum aku mengamuk memaki- hamun korang nanti!’’ dengan nada bengang Shahir bersuara.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahir mengajak Adira untuk duduk di bangku panjang yang terdapat laman rumah Shahir. Keadaan menjadi begitu janggal apabila masing-masing duduk mendiamkan diri. Entah kenapa Adira berasa begitu kekok apabila berada bersebelahan Shahir. Tambahan pula, hanya mereka berdua sedang berada di situ. Nak bertentang mata pun mereka berdua tidak berani. Sama ada suka atau tidak, Shahir memulakan dahulu perbualannya.
'' Jadi! Apa tujuan awak datang ke sini? Shahir menyoal Adira.
'' Erk..kenapa awak tak masuk kelas vokal tadi. Di asrama pun saya tak nampak batang hidung awak. Saya ingatkan awak demam teruk ataupun sedang jatuh sakit . Jadi saya datanglah ke rumah dengan membawa nota kelas untuk hari ini.’’ Ujar Adira sambil tersenyum-senyum.
'' Taklah..saya tak demam pun. Cuma saya sibuk berlatih bermain futsal sebab pertandingan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Saya kena berlatih bersungguh-sungguh bagi melayakkan diri ke perlawanan peringkat akhir . Dan sekiranya saya menang, saya akan memperolehi biasiswa memasuki akademi sukan di United Kingdom.’’ Ujar Shahir panjang lebar.
'' Wah! Bagusnya Shahir ni. Walaupun ayahnya iaitu Pengetua Norman seorang guru muzik yang sangat termasyhur di dalam mahupun luar negara, dia masih berusaha keras dengan sendiri untuk mencapai apa yang diiginkan. Tapi hal ini bermakna dia akan meninggalkan Akademi Muzik. Dia akan meninggalkan aku.’’ Adira menunduk kepalanya ke bawah sambil mengetap bibirnya.
Shahir yang seakan-akan memahami keadaan itu segera bersuara '' Awak jangan lah risau sangat, perlawanan futsal peringkat akhir itu lambat lagi. Sekarang baru peringkat separuh akhir. Saya rasa sempat rasanya awak menghabiskan pembelajaran di Akademi Muzik sebelum saya berangkat pergi, itupun kalau saya menang lar.’’
Adira kembali menganggkat kepalanya lalu memandang tajam mata Shahir sambil tersenyum-senyum. Ah! Tersenyum jugak akhirnya Adira apabila Shahir memujuknya tadi. Suka sangat lar tuh apabila mendengar bahawa Shahir akan setia menemaninya sehingga tamat pembelajarannya di Akademi Muzik.
'' Jadi! Inilah sebenarnya impian awak. Menjadi pemain futsal yang profesional.’’ Adira bertanya.
'' Tak lah. Saya lebih suka menyanyi. Dan dalam pada masa yang sama saya suka bermain futsal. Jadi tak salah kan jika saya nak capai ke peringkat yang lebih tinggi.’’ Shahir menjelaskan secara terperinci kepada Adira.
'' Whooooshhh......!!'' datang satu botol kaca layang (selalunya surat layang) menuju ke arah Adira. Shahir yang ternampak botol kaca tersebut dengan segera melindungi Adira.
'' Prannnggg...! botol kaca tersebut terkena kepala Shahir.
'' Aaaaaahhhhhhhhhhhhhh...! '' Shahir meraung kesakitan.
Adira ternyata panik apabila melihat Shahir sudah rebah dihadadapannya sambil memegang kepala yang ternyata sakit terkena botol kaca yang telah dibaling tadi.
'' Shahir! Shahir! Bangunlah! Shahir!'' Adira memanggil-manggil Shahir namun tidak disahut panggilan itu.Adira mula mengeluarkan air mata apabila melihat Shahir jatuh pengsan tidak sedarkan diri di pangkuannya.
'' Kenapa awak buat macam ni Shahir. Semata-mata mahu melindungi diri saya daripada tercedera. Sepatutnya saya yang kena botol tuh bukan awak. Shahir! Shahir!'' Adira sudah menangis teresak-esak.

'' Ah! Tak guna betul. Lain yang aku sasar, lain pulak yang kena. Padahal aku ni sememangnya jaguh lontaran. Kau pun satu Shahir, yang pergi selamatkan budak mentah tuh apahal.'' Emma mula membebel seorang diri.
'' Baik aku berhambus dari sini sebelum ada sesiapa nampak aku.'' dengan segera Emma berlalu dari rumah Shahir. Rupa-rupanya Emma yang membaling botol kaca tersebut. Huh! Nampaknya belum habis-habis lagi dendam Emma terhadap Adira. Tambahan pula, Adira kini semakin rapat dengan Shahir,lelaki yang menjadi pujaan Emma selama ini. Semakin menggelegak la nampaknya suhu kemarahan Emma apabila rancangannya untuk kali kedua ini tidak berjaya.