Pages

Music For You

Tuesday, April 5, 2011

Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 12

Setibanya di Asrama Biru, warga penghuni disitu termasuklah pelajar-pelajar perempuan Asrama Ungu serta tenaga-tenaga pengajar seperti Cikgu Adnan, Cikgu Linda, Cikgu Siti serta Cikgu Fatty sedang berkumpul di ruang menunggu Asrama Biru. Masing-masing menunjukkan pelbagai reaksi. Tidak tahu sama ada sedih, kecewa mahupun benggang. Shahir dan Adira yang baru sahaja melangkahkan kaki merasa binggung seperti tidak memahami akan situasi yang sedang berlaku di situ.

'' Hoi Daus! Kenapa dengan kamu semua ni. Apa yang telah berlaku. Serius saja aku tengok.'' soal Shahir.
Daus ketika itu hanya mendiamkan diri. Mungkin masih berkecil hati dengan Shahir apabila menumbuknya beberapa kali. Daus memalingkan muka tetapi memandang tajam ke arah Adira yang sedang berada disisi Shahir. Mungkin dia merasa sedikit aneh melihat kedudukan Adira yang sangat rapat dengan Shahir.
''( Yeah! Misi Shahira sudah berhasil. Terima kasih tuhan. Taklah nanti aku menjadi mangsa keadaan lagi.)'' ucap syukur Daus di dalam hatinya.
Shahir tahu bahawa Daus berkecil hati dengan sikapnya lalu mula memujuk Daus.
'' Daus! Aku tahu aku salah, aku minta maaf sangat-sangat.'' ujar Shahir sambil mengusap lembut belakang Daus.
'' Senanglah kau cakap. Mentang-mentang muka aku dah senget sebelah ni, senanglah kau rampas takhta aku sebagai Lelaki Paling Macho di Akademi Muzik ni kan!'' gurau Daus sambil menunjukkan reaksi muka monyok.
'' Ehe..Apa salahnya sekali-sekala.'' gurau Shahir sambil tersenyum-senyum ke arah Daus.
Melihat Daus yang masih tidak lembut hati dengan pujukkannya itu, Shahir segera mengeluarkan sesuatu dari begnya lalu diserahkan kepada Daus.
'' Aku bagi kau main benda ini sampai sebulan, okey tak?'' soal Shahir sambil menghulurkan PSP miliknya yang berwarna hijau kepada Daus.
Terukir sedikit senyuman di wajah Daus lalu........
'' Kau kena bagi aku main PSP ini selama setahun, dan setelah itu baru aku maafkan kau.'' ugut Daus.
Lama juga Shahir berfikir sama ada mahu menyerahkan atau tidak PSP kesayangannya itu tetapi setelah melihat reaksi Daus yang kembali ceria, Shahir mengiyakan saja dengan berat hati. Maklum sajalah, Daus ini terkenal dengan sikap suka merosakkan harta benda orang lain. Aduhai......

Dilihat kelibat Pengetua Norman dan beberapa orang penting dari Akademi Muzik sedang berjalan keluar dari bilik pakaian sambil membincangkan sesuatu yang sangat serius.

'' Ha! Shahir, kamu dari mana sampai sekarang baru kamu balik?.'' soal Pengetua Norman serius. Shahir seperti teragak-agak mahu menjelaskan perkara sebenar kepada ayahnya. Tetapi mujurlah ibunya memahami situasi yang dialaminya sekarang.
'' Saya suruh Shahir pergi poskan surat tadi.'' ujar Mak Anum dengan penuh yakin.
''( Huh! Terima kasih mak kerana telah membantu anakandamu ini.)'' bisik Shahir dalam hatinya.
'' Erk! Ya! Betul tu.'' Shahir hanya mengiyakan saja kenyataan ibunya tadi.
'' Erm! Apa yang sedang berlaku sekarang. Kenapa semua muram saja?'' soal Shahir kebingungan.
'' Ada orang telah mensabotaj Asrama Biru. Semua uniform pelajar Akademi Muzik yang terdapat di Asrama Biru telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali. Dan sekarang, pihak Akademi sedang menjalankan siasatan siapa individu yang terlibat.

'' Tuan! Kami menjumpai gelang ini berdekatan dengan uniform yang telah dirosakkan.'' Seorang pekerja Akademi Muzik menyerahkan gelang kaki yang dijumpai itu kepada Pengetua Norman.
'' Eh! Itu gelang kaki aku. Tapi gelang itu hilang sejak hari pertama aku menjejakkan kaki di Asrama Biru. Macam mana pula tiba-tiba boleh berada di bilik tersebut.'' soal Adira di dalam hatinya dengan kehairanan.
'' Hrmm! Nampaknya penjenayah kita sekarang adalah perempuan. Siapa di antara kamu yang tahu siapa tuan punya gelang ini?.'' soal Pengetua Norman sambil menunjukkan gelang tersebut dihadapan semua pelajar Akademi Muzik yang berada disitu.

'' Eh! Itukan gelang Cik Siti.'' ujar Alif.
'' Kau biar betul Alif! Kau jangan tuduh sembarangan.'' soal Maulana.
'' Betul lah. Kau tak ingat! Pertama kali Cik Siti menjejakkan di Asrama Biru, dengan bunyi loceng gelang kaki dia lah telah menarik perhatian kita semua, tahu!.'' ujar Alif dengan penuh yakin.
Lama juga Maulana berfikir untuk mengingat kembali hari pertama Adira menjejakkan kaki di situ kerana setelah hari itu, Adira tidak lagi memakai gelang tersebut.
'' Betul juga apa yang di katakan oleh Alif. Aku pun terlihat juga akan gelang kaki yang dipakai oleh Cik Siti tapi takkan lah dia sanggup mengkhianati kita semua sampai macam itu sekali.'' Shah mula menyampuk.

Adira sepertinya sudah menggelabah. Masing-masing mengeluarkan sebulat suara bahawa gelang tersebut adalah miliknya padahal dia tidak tahu menahu akan kejadian yang sedang berlaku. Ditambah pula dengan reaksi Pengetua Norman yang memandang tajam ke arahnya menyebabkan dirinya tidak tenteram. Perasaan risau mula menyelebungi dirinya. Shahir yang berada di sisi Adira menjadi keliru sama ada mahu percaya atau tidak akan kenyataan rakan-rakannya itu bahawa Adira sanggup mensabotaj mereka di Asrama Biru.

'' Baiklah! Nampaknya kita telah mempunyai saksi. Saya rasa semua orang akan setuju dengan keputusan saya ini. Adira! Awak telah saya singkir ......'' Belum sempat Pengetua Norman meneruskan kata-kata, Shahir dengan segera mencelah.
'' Pengetua, sebenarnya sayalah yang telah merosakkan uniform semua pelajar Akademi Muzik.'' ujar Shahir.
Rata-rata semua pelajar Akademi Muzik yang berada disitu terkejut dengan pengakuan Shahir. Masing-masing tidak percaya bahawa Shahir sanggup melakukan perbuatan sebegitu.
'' Apa maksud kamu, Shahir. Sudah jelas-jelas gelang Adira ditemui berhampiran dengan dengan uniform yang telah dirosakkan. Kenapa awak pula yang terbabit.'' soal Pengetua Norman dengan nada serius. Seperti biasa sikap Pengetua Norman sangat profesional di Akademi Muzik meskipun terhadap anaknya sendiri.
'' Erk! Se..se..sebenarnya saya yang meletakkan gelang Adira di situ. Saya nak kenakan Adira dengan menyingkirkan dia dari Akademi Muzik ini. Sa..saya sebenarnya iri hati dengan prestasi dia disini.'' jawab Shahir dengan gugup. Perit hatinya apabila perlu mengakui akan perbuatan yang sememangnya dia tidak lakukan. Tapi demi seseorang, dia tabahkan juga hatinya.
''Shahir! Tak mungkin awak melakukannya. Saya tahu!'' bisik Adira dalam hatinya. Belum sempat Adira hendak membuka mulut, Shahir terlebih dahulu menghalangnya.
'' Shh! Jangan Adira! Saya tahu apa yang terbaik untuk Akademi Muzik ini.'' bisik Shahir perlahan.

Semua warga Akademi Muzik yang berada di situ rata-ratanya terkejut dan tergamam dengan kenyataan Shahir itu. Hanya disebabkan iri hati terhadap Adira, Shahir sanggup merosakkan uniform yang telah menjadi hak pelajar-pelajar di Asrama Biru. Alasan yang tidak munasabah betul. Masing-masing sudah kenal benar akan perangai Shahir. Tidak mungkin dia sanggup berbuat sebegitu.

'' Baiklah! Kalau awak sudah mengakuinya. Shahir! Saya meminta.......awak ucapkan selamat tinggal......pada kawan-kawan Shahir dan tenaga-tenaga pengajar kerana awak......disingkirkan. Awak juga tidak dibenarkan sama sekali menjejakkan kaki ke Akademi Muzik ini lagi. Saya harap awak faham.'' tersekat-sekat Pengetua Norman mengeluarkan kenyataan tersebut dengan nada kesal meskipun hatinya berat untuk berkata sedemikian terhadap anaknya sendiri. 

Semua pelajar Akademi Muzik yang berada disitu hanya mampu menundukkan diri. Masing-masing bersedih dan tidak berpuas hati dengan penyingkiran tersebut. Mahu sahaja mereka bersuara bagi menghalang penyingkiran tersebut tapi apakan daya seorang pun tidak mempunyai kuasa untuk membantah perkara tersebut. Lagipun salah tetap salah. Peraturan di Akademi Muzik harus dipatuhi.
Shahir mengangguk tanda mengerti dan akur dengan keputusan tersebut. Mungkin sudah tertulis bahawa dia sememangnya tidak layak lagi untuk terus berada disini. Shahir sepertinya sudah menerima takdir yang telah ditentukan lalu membuka langkah pergi meninggalkan Asrama Biru.

'' Shahir!'' Maulana, Alif, Daus dan Shah serentak memanggil nama Shahir. Langkah Shahir terhenti lalu memaling ke arah rakan-rakannya. Seorang demi seorang memeluk Shahir. Masing bersedih kerana terpaksa kehilangan rakan yang telah banyak perkara mereka lalui bersama.
'' Kau jaga diri baik-baik ya!'' ujar Shah.
'' Aku pun minta maaf sekiranya ada salah silap aku selama ini pada kau.'' tambah Maulana pula dengan nada beremosi. Dan dengan secara tidak sengaja, air mata Maulana jatuh membasahi pipi. Ketika itu, berkali-kali juga Shahir menepuk bahu Maulana.
'' Kau jangan lupa hantar surat kepada kami di sini ya!'' ujar Alif pula.
'' Kau ni biar betul, main hantar-hantar surat pula. Kau ingat ini zaman Jamal Abdillah ker. Sekarang kan dah ada Facebook. Nanti aku hantar saja dekat 'wall' engkau. Okey?'' Sempat lagi Shahir bergurau buat kali terakhir.
Orang terakhir yang memeluk Shahir ialah Daus. Daus hanya diam tidak mampu berkata apa-apa. Baru sahaja sebentar tadi hubungan mereka berdua kembali mesra tetapi akhirnya terpaksa berpisah dengan cara sebegini.
Melihat akan keadaan Daus sebegitu, Shahir bersuara....
'' Janganlah menangis, Daus. Nanti muka kau dah tak hensem.'' gurau Shahir.
'' Mana ada aku menangis,'' terkebil-kebil Daus menahan air mata jantannya daripada jatuh.
'' Aku janji Shahir, aku akan cari pesalah yang sebenar.'' tambah Daus lagi.
'' Tak mengapa lah, Daus. Mungkin bukan rezeki aku agaknya untuk terus berada disini. Apa yang penting sekarang ni, aku nak kau buat yang terbaik. Aku tahu kau boleh buat, Daus.'' nasihat Shahir.
Masing-masing berpelukan secara beramai-ramai. Perasaan hiba mula menyelubungi diri 5 orang rakan karib tersebut.
Setelah masing-masing melepaskan pelukan, Shahir kemudian memandang lemah terhadap Adira.
'' Adira!'' dengan lembut Shahir memanggil nama Adira dari jauh sambil menyusun sepuluh jari bagi memohon maaf. Adira ketika itu tidak mampu berkata apa-apa. Dibiarkan saja air matanya jatuh membasahi pipi. Hatinya sangat sedih dengan pemergian Shahir yang sanggup mempertahankan dirinya daripada disingkirkan dari Akademi Muzik. Sepertinya baru sebentar tadi dia dan Shahir mengecap kebahagiaan tetapi tidak menyangka ada perpisahan yang berlaku secepat ini.
'' Okey semua! Jangan lupakan aku.'' Hanya itu ungkapan terakhir yang mampu diucapkan oleh Shahir kepada rakan-rakannya di Akademi Muzik. Perasaan sayu dan hiba sangat dirasai oleh semua pelajar termasuk tenaga-tenaga pengajar yang berada di ruangan tersebut sebaik sahaja Shahir melangkah pergi. 

AH! LAIN YANG AKU SASAR. LAIN PULA YANG TERKENA. KAU INGAT DENGAN KAU TUNJUK HERO DISITU KAU BOLEH LINDUNGI ADIRA. JANGAN HARAPLAH, SHAHIR........AKU AKAN KEMBALI!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Eh Shahir! Kamu tak tidur di Asrama Biru ke hari ini?'' soal Kak Seena kehairanan apabila melihat kelibat Shahir yang sedang bersandar pada sofa di ruang tamu. Lemah melihat akan keadaan Shahir ketika itu. Kak Seena merupakan pembantu rumah kepada keluarga Shahir.
'' Abang..abang..tolong bacakan Adda buka cerita ni. Adda tak boleh tidur lah.'' Datang seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 4 tahun menghampiri Shahir sambil sebuah buku berada disisinya. Digoyang-goyangkan badan Shahir yang ketika itu baru sahaja mahu melelapkan mata.
'' Adda...jangan ganggu abang! Abang tengah penat tuh. Dia baru sahaja balik. Bagilah dia berehat dahulu ya! Mari, Kak Seena bawa Adda masuk bilik.'' ujar Kak Seena dengan nada lembut sambil mencapai tangan kecil Suaidah atau mesra dipanggil Adda yang merupakan adik bongsu kepada Shahir.
'' Tak nak! Nak abang caer juga.'' berontak hati kanak-kanak tersebut apabila permintaannya tidak dipenuhi.
'' Tak mengapalah, Kak Seena. Saya akan bawa Adda masuk bilik.'' ujar Shahir apabila melihat reaksi Adda yang sedikit merajuk.
'' Yeaa! Sayang abang,'' ujar Adda kegembiraan lalu memanjat bahu Shahir. Setelah itu diciumnya pipi Shahir berkali-kali. 
'' Aduhai! Adda nak abang buat apa ni!'' soal Shahir terkejut apabila adiknya secara tiba-tiba memanjat belakangnya.
'' Adda nak abang bawa Adda terbang sampai ke bilik. Abangkan Spiderman Adda. Hik..hik..'' ujar Adda sambil ketawa.
Shahir ketika itu hanya mampu menggelengkan kepala. Terubat sedikit luka di hatinya apabila melihat gelagat adiknya itu. Diturutkan sahaja kemahuan adiknya itu.
'' Yeaa..kyaaaaa...laju lagi abang..laju lagi.'' sorak Adda kegembiraan apabila Shahir menggendongnya menuju ke bilik tidur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sambil membaringkan dirinya di sebelah adiknya, Shahir memulakan cerita.....
'' Pada suatu hari, datang seorang putera kacak bernama Shahir.......''
'' Wah! Nama putera kacak tuh sama dengan abang lah'' ujar Adda dengan begitu lurus. Shahir hanya mampu tersenyum lalu meneruskan kembali ceritanya.

'' Putera tersebut sedang pendam perasaan cintanya terhadap seorang puteri kayangan yang bernama Adira. Tetapi cintanya itu sekadar ilusi apabila dihalang oleh seorang nenek sihir. Tapi atas sifat keberanian, putera tersebut sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta puteri kayangan tersebut biarpun dicederakan berkali-kali oleh nenek sihir tersebut. Putera kayangan itu........'' cerita Shahir terhenti disitu.

 '' uwhaaaaaaaaaaaahhhhhh! Adda sampai di sini saja ya. Abang dah mengantuk ni. Badan abang penat sangat.'' ujar Shahir lemah.
Adda mula memicit-micit badan abangnya yang dikatakan penat. Begitu lurus Adda memandang abangnya ketika itu. Shahir hanya tersenyum melihat gelagat adiknya itu.
'' Kepala abang pun sakit juga.'' tambah Shahir lagi. Adda kemudian mula memicit-micit kepala Shahir.
'' Tapi hati abang pun sakit juga.'' ujar Shahir.
'' Hati?'' Adda seperti kebinggungan kerana kurang memahami apa yang dimaksudkan oleh abangnya itu. Shahir mengerti bahawa mana mungkin kanak-kanak berumur 4 tahun yang sedang berada di hadapannya itu memahami sakit hati yang dialaminya sekarang.
'' Hati ada disini.'' ujar Shahir sambil mencapai tangan kecil Adda lalu diletakkan di dadanya. Adda yang begitu lurus ketika itu mengusap lembut dada Shahir. Shahir tersenyum lalu memeluk erat adiknya.
'' Janganlah sedih abang. Kalau abang sedih, Adda pun nak menangis juga.'' ujar Adda.
'' Adda bila dah besar nanti jangan cari teman lelaki macam abang ya. Abang ini teruk dan tak berguna kan!'' nasihat Shahir kepada adiknya. Adda tersenyum comel sambil mengangguk berkali-kali tanda memahami.
'' Apalah Adda ni. Sepatutnya Adda cakap yang Adda bangga mempunyai abang seperti abang ni. Kalau boleh Adda cakap lah yang Adda nak cari teman lelaki yang hensem dan baik hati macam abang. Ini tidak!'' gurau Shahir.
'' Ehe! Adda tak nak teman lelaki yang lain selain abang caer. Kalau tidak, nanti tak ada siapa nak tolong halaukan nyamuk dan habiskan sayur untuk Adda.'' ujar Adda dengan begitu petah.
'' Adda tidur ya!'' ujar Shahir lalu menyelimuti adiknya. Diusap-usap kepala adiknya itu beberapa kali.
'' Adda sayang abang. Selamat malam.'' ucap Adda dengan manja.
Belum sempat Shahir hendak keluar, Adda bersuara lagi..
'' Abang, nanti kalau tidur mimpikan Puteri Adira ya!'' ujar Adda sambil tersenyum-senyum.
Shahir membalas senyuman adiknya dan pada masa yang sama terkejut. Adda seperti mengetahui akan perihal yang sedang berlaku terhadap dirinya sekarang. Shahir menutup pintu bilik Adda secara perlahan-lahan lalu berjalan menuju ke biliknya.

Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 11

Shahir memandu laju kereta Peugeotnya. Tidak tahu kemana hala tujunya yang sebenar. Fikirannya serabut sama seperti keadaan rambutnya yang serabut memikirkan masalah yang membelengu dirinya sekarang. Masih mencari tempat untuk menenangkan diri daripada terus dirinya dibayangi dan diselubungi nama Adira terus menerus.

Sebelum itu........

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Kau nampak tak, Daus. Misi Shahira kita hampir berjaya. Kau nampak muka Che Amat tadi, dah macam ayam berak kapur bila kau mesra dengan Adira. Hakh..hakh..hakh.'' ujar Ain sambil ketawa terbahak-bahak.
'' Betul tuh! Kalau tidak disebabkan Hero Malaya ini yang pandai berlakon, dah tentunya misi ini tak akan menjadi, tahu!'' ujar Daus dengan bangga.
'' Yelah tuh! Apa yang penting sekarang misi kita dah sampai ke penghujungnya, betul tak?.' Give me five' Daus.'' tambah Ain lagi.
'' Yeah!'' ujar Daus sambil sambil menepuk tampar tangan Ain diikuti dengan gelak ketawa di antara dua insan tersebut. Masing-masing berasa sangat gembira apabila misi mereka yang ingin menyatukan Shahir dan Adira bakal terlaksana tidak lama lagi.

Gedebuukkkhhhhh'' Satu tumbukan maut terkena ke arah muka Daus.
'' Hoi! Kenapa dengan kau, Shahir! Kena sampuk dengan hantu Karak ke siang-siang macam ni,'' teriak Daus yang sudah jatuh tersungkur di tanah dek penangan tumbukan Shahir tadi. Daus mengesat darah yang sudah mengalir di mulutnya.
'' Apa kau buat ni, Shahir?'' soal Ain dengan nada panik lalu membantu Daus untuk bangun semula.
'' Apa yang kau buat dengan Ain disini, hah! Mesra sangat ni aku tengok. Adira pula kau nak letak dekat mana. Sampai hati kau mainkan perasaan dia.'' teriak Shahir dengan nada bengang.
'' Apa yang kau cakap ni,hah!! Aku tak faham!'' Daus ternyata keliru dengan tindakan Shahir menumbuk dirinya.
Kesal dengan jawapan yang diberikan, Shahir bertindak mahu menumbuk lagi Daus tetapi dengan segera dihalang oleh Ain.
'' Sudahlah, Shahir! Daus tak bersalah dalam hal ni,'' teriak Ain.
'' Ah! Baik kau diam, Ain. Lebih baik kau jangan masuk campur. Kau pun sama! Aku ingat kau kawan aku. Tapi kau pula lebih memihak kepada Daus.'' tambah Shahir lagi.
'' Kau tak faham, Shahir! Aku tak memihak kepada sesiapa pun. Lagipun Daus cuma....'' belum sempat Ain meneruskan kata-kata, Shahir menarik kuat baju Daus.
'' Paaarrrrrrkhhhhhh.'' Ain menampar pipi Shahir apabila melihat keadaan Shahir yang tidak terkawal seperti dirasuk hantu apabila dia bertindak menumbuk Daus berkali-kali.
'' Aku minta maaf Shahir!'' ujar Ain dengan nada kesal. 
Shahir tergamam. Tidak menyangka Ain sanggup menampar dirinya semata-mata mahu membela Daus. Lelaki yang sanggup mempermainkan hati dan perasaan Adira.
Dengan kesal Shahir berlalu pergi meninggalkan Daus dan Ain disitu dan menuju ke arah keretanya.

'' Aku dah cakap, Ain! Mesti penumbuk Che Amat tuh melekat dekat muka aku yang hensem ni. Kau tengok muka aku ni, aku rasa macam dah senget sebelah la.'' rungut Daus manja sambil mengusap lembut pipinya.
'' A'ah! Muka kau memang bertambah teruk sengetnya. Jom ikut aku pergi bilik rawatan.'' Dengan kadar segera Ain menarik tangan Daus. Lagaknya sudah seperti kakak yang risaukan akan keadaan adiknya yang tercedera.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Meh sini aku tuam muka kau tuh!'' ujar Ain.
'' Hei! Perlahan lah sikit. Sakit la. Macam tangan jantan saja.'' seloroh Daus.
'' Diam lah! Cakap banyak la kau ni.'' Ain menyambung kembali menuam muka Daus. Kedudukan Ain kali ini kelihatan sangat rapat dengan kedudukan Daus. Dengan secara tiba-tiba saling berpandangan dan masing-masing mengelamun.

Gedebukkkkhhhhhhh! Datang lagi satu tumbukan ke arah muka Daus. Aduhai..siapa lagi punya penangan pula kali ini. Kasihan Daus. Daus yang duduk di sofa terjatuh ke lantai dek tumbukan Maulana tadi.
'' Daus! Apa yang kau buat dengan Ain aku, hah!'' teriak Maulana.
'' Adus! Apa malangnya nasib aku hari ini. Terjerat di antara perhubungan dua pasangan. Baru sahaja tadi aku dikaitkan dengan masalah mengenai pasangan Shahira. Sekarang pula aku terjerat dengan masalah perhubungan pasangan Maulain. Bilalah cerita ini nak habis! Ah!'' rungut Daus dalam hatinya.
'' Haish Mau! Tak ada apa lah. Saya cuma tolong dia saja. Kesian la dekat dia. Baru saja Che Amat tumbuk dia, sekarang awak pula nak tambah kesakitan dia.'' ujar Ain.
'' Betul Mau! Aku tak ada apa-apa dengan Ain ni. Aku dah anggap Ain ni macam kakak aku saja. Tak lebih pun. Tolong lah, Mau! '' Daus yang penat diperlakukan seperti itu sudah mula merayu-rayu.
Maulana menghulurkan tangannya kepada Daus untuk membantunya untuk bangun.
'' Aku minta maaf, Daus. Maaf sangat-sangat. Aku tak tahu. Aku tengok kau rapat semacam saja dengan Ain. Aku ingat kau ada hati dengan Ain. Kau okey ke tak ni?'' soal Maulana.
'' Aku okey! Tengok hidung lah! Kau pun sama baran dengan Che Amat. Bukannya nak selidik betul-betul. Main serbu saja.
'' Yelah! Yelah! Aku minta maaf! Aku betul-betul menyesal ni.'' tambah Maulana lagi.
'' Hrm..Maaf kau akan diterima tapi dengan satu syarat kau kena 'battle' tarian dengan aku dulu. Kalau aku menang, kau kena cuci baju kau 9 hari berturut-turut. Amacam?'' Daus mula mengangkat-angkat keningnya.
'' Okey! Tak ada hal lah. Tapi boleh ke kau menari dalam keadaan kau yang macam ini? '' Maulana mengiyakan perlawaan Daus itu sambil menunjukkan muka sinis. Maklum sajalah, apabila bercerita pasal bab tarian, Maulana lah yang paling jaguh.
'' Hei! Ini Daus la.'' ujar Daus sambil menepuk dadanya tanda bangga.
'' Kalau aku menang, kau yang kena cuci baju aku nanti, okey!'' balas Maulana sinis. Daus hanya memuncungkan mulut. Terdiam sebentar memikirkan perkara tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Piiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!''
Shahir menekan brek keretanya secara mengejut.
'' Hoi! Nak mati ke hah! '' Shahir berteriak sambil menjengahkan kepalanya ke luar tingkap lalu membuka cermin mata hitam yang dipakainya. Alangkah terkejutnya Shahir apabila orang yang hampir saja dia hendak langgar ialah Adira yang sudah terduduk di atas jalan sambil meniup-niup lututnya yang terluka. Shahir segera keluar menuju ke arah Adira. 
'' Saya minta maaf! Saya minta maaf!'' ujar Shahir lalu memangku Adira ke arah kerusi taman yang berdekatan. Terhencut-hencut Adira berjalan. 
'' Teruk juga luka awak ni! Awak tunggu disini sekejap. Nanti saya datang balik.'' ujar Shahir lalu kembali kearah keretanya. Adira hanya terdiam. Tidak menyangka dia boleh terserempak dengan Shahir disini pada waktu malam sebegini. 
'' Ha! Jumpa pun.'' Shahir mencapai peti kecemasan kecil yang terdapat di bawah tempat duduk di dalam keretanya lalu membawanya menuju ke arah Adira. Adira yang sudah mengeluarkan sapu tangan untuk mengelap darah yang mengalir di lututnya itu dengan segera dihalang oleh Shahir.
'' Hoi! Nanti! Jangan lap dulu. Biar saya cuci luka awak itu dengan ubat anti-kuman ini.'' Shahir menepis lembut tangan Adira dan segera mengeluarkan sebotol ubat lalu ditunjukkan kepada Adira. Shahir merawat luka Adira dengan begitu berhati-hati. Hati Adira turut tersentuh apabila melihat keadaan Shahir yang sudah panik dan prihatin terhadap dirinya. Padahal lukanya itu tidak seteruk mana. 
'' Ouch! '' teriak Adira.
'' Ma..maaf. Sakit ker? Saya sapu kuat sangat ya? soal Shahir panik.
'' Erm! Tak lah.'' jawab Adira ringkas.
Sedang Shahir sibuk-sibuk membalut luka Adira, dia baru terperasan akan sapu tangan yang digenggam oleh Adira.
'' Awak masih simpan lagi ya sapu tangan tuh. '' soal Shahir tetapi entah kenapa tidak dipandangnya wajah Adira ketika menyoal soalan tersebut sebaliknya Shahir menyibukkan dirinya membalut luka Adira.
'' Oh ya! Saya selalu bawa sapu tangan ini ke mana sahaja saya pergi. Saya rasa selamat apabila sapu tangan ini ada dengan saya,'' ujar Adira sambil menggenggam kuat sapu tangan tersebut.
'' Erm..awak dengan Daus macam mana sekarang? Saya tengok semakin bahagia rasanya!'' soal Shahir.
Adira memandang tepat ke arah Shahir yang masih lagi menundukkan diri. Tidak menyangka perkataan itu yang keluar dari mulut Shahir. Lalu Adira menepis tangan Shahir dan bangun meninggalkan tempat duduk tersebut. 
'' Salah ke apa yang aku tanya tadi.'' bisik Shahir. Shahir yang duduk melutut dengan segera bangun untuk mendapatkan Adira yang berjalan terhencut-hencut yang sudah meninggalkannya.
'' Adira! Tunggu la dulu.'' Teriak Shahir lalu dengan segera mencapai tangan Adira.
'' Lepaskan saya.'' Adira menepis tangan Shahir yang ternyata bengang apabila Shahir berkata sebegitu kepadanya tadi.
'' Tunggu la, Adira. Sekurang-kurangnya, bagi lah saya hantar awak pulang ke Asrama Biru dahulu. Tak baik orang perempuan jalan seorang diri malam-malam macam ni. Kalau terjadi sesuatu nanti, siapa yang susah!'' ujar Shahir panjang lebar. Adira menghentikan langkahnya. Diturutkan sahaja kemahuan Shahir itu. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Shahir tadi.
Shahir dengan penuh 'gentleman' nya membukakan pintu kereta untuk Adira sambil tersenyum-senyum tetapi dibalasnya Adira dengan reaksi muka yang bersahaja saja. Bagi menimbulkan suasana romantik pada malam itu, Shahir membuka bumbung keretanya.
''Huh! Mengada la tuh.'' Adira yang ketika itu sudah hilang moodnya hanya mampu menggelengkan kepalanya apabila melihat akan perangai Shahir itu.
'' Adira...Betul ke awak dengan Daus sekarang ada hubungan? soal Shahir sambil memulakan pemanduannya.
'' Yang awak sibuk ni, kenapa? Tak ada kena mengena dengan hidup awak pun kan!'' balas Adira.
'' Mestilah saya perlu tahu. Awak kan Mary Jane kepunyaan Spiderman.'' jawab Shahir.
'' Apa kaitannya Mary Jane dengan saya pula.'' berkerut-kerut Adira memikirkan akan kenyataan Shahir itu.
Shahir dengan segera memberhentikan keretanya secara mengejut. Difikirkan Shahir sama ada mahu meluahkan perasaannya terhadap Adira ataupun tidak.
'' Kenapa ni? Kereta awak rosak ke?'' soal Adira.
Shahir menandang tajam ke arah Adira. Lalu...

Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan

Diriku untukmu......

'' Apa maksud awak nyanyi lagu ini untuk saya.'' Adira seperti biasa membuat reaksi muka jual mahal tetapi di dalam hatinya '' Shahir! Sudah lah tu. Tertusuk dadaku dengan panahan matamu. Aaaaahhhh!''
'' Macam ni lah, Adira. Saya tahu awak bersama dengan Daus sekarang. Tapi saya tetap sayangkan awak.'' ujar Shahir beremosi. Adira membulatkan matanya. 
'' Apa maksud awak ni. Saya tak faham!'' ujar Adira yang sangat musykil akan kata-kata Shahir tadi. Shahir mengelamun dan berfikir lama juga Shahir sama ada mahu meluahkannya atau tidak.
'' Shahir!'' teriak Adira.
'' Saya cintakan awak, Adira.'' Terungkap juga kata-kata magis itu dari mulut Shahir.
'' Akhirnya! Aku pun cintakan kau juga, Shahir! '' teriak Adira di dalam hati. Adira manahan perasaannya dahulu supaya tidak meroyan tak tentu pasal. 
'' Sebenarnya Shahir, ada satu perkara saya nak beritahu awak!'' ujar Adira dengan nada serius.
'' Apa ?'' Shahir gementar menunggu jawapan daripada Adira.
'' Saya dan Daus sebenarnya tak ada apa-apa hubungan, Ain dan Daus merancang nak menyatukan awak dan saya disebabkan masalah awak yang susah nak ucapkan perasaan seperti yang telah berlaku tadi..ehe..'' ujar Adira sambil tersenyum-senyum kepada Shahir.
'' Apa yang aku dah buat ni? Sanggup aku salah sangka dan bertindak sebegitu tadi terhadap kawan baik aku sendiri.'' bisik Shahir dalam hatinya.
'' Adoui! Kenapa tak cakap awal-awal. Awak nak tahu, siang tadi buku lima saya ini dah hinggap ke muka Daus, tahu! Korang pun satu, buat rancangan yang melibatkan nyawa orang yang tak bersalah.'' ujar Shahir sambil menepuk dahinya.
'' Kami minta maaf, ya! Awak jangan la risau, Shahir. Daus tak apa-apa!'' Adira cuba menenangkan Shahir.
Shahir memandang aneh ke arah wajah Adira. Adira sepertinya tidak selesa dengan pandangan mata itu.
Shahir cuba untuk meregang tangannya tetapi disalah sangka oleh Adira yang menyangka bahawa Shahir hendak memeluknya.
'' Argh! Shahir apa kau cuba buat ni!'' teriak Adira dalam hatinya sambil memejam mata.
'' Eh! Apahal dengan Adira ni?'' soal Shahir kehairanan lalu mencapai sekotak hadiah yang berada di tempat duduk belakang.
'' Eherm! Adira...Sudikah awak jadi Mary Jane saya seumur hidup.'' ujar Shahir.
'' Apa ini?'' soal Adira setelah dia kembali membuka mata dan terkejut melihat Shahir menghulurkan sekotak hadiah berwarna merah jambu kepadanya.
'' Bukalah.'' jawab Shahir. Wah! Tidak disangka-sangka bahawa romantik juga Che Amat ini.
Adira tergamam, tersentuh dan tidak terungkap kata-kata apabila kotak tersebut beirsi sebuah pin rambut yang berwarna biru kilauan dengan rekaan bunga yang sangat cantik. Adira ketika itu hanya mampu tersenyum kepada Shahir. Menganggap bahawa senyuman itu mengiyakan pertanyaan dia tadi, Shahir menyisipkan klip rambut tersebut ke rambut Adira. Sungguh berseri-seri wajah Adira ketika itu.

-{ Sekebun cinta nan berbunga, Megah berdiri nan berduri, Kamu yang asli, Di dalam mekar, Bila terbit mentari, Menguntumlah..... }-

'' Ah! Masa-masa ini pula telefon ni hendak berbunyi! Kacau betul.'' keluh Shahir dalam hatinya.
'' Hello!'' ujar Shahir.
'' Hoi Che Amat! Kau ada di mana, hah! Baik kau balik sekarang. Ada masalah terjadi di Asrama Biru.'' dengan nada panik Shah memberitahu Shahir.
'' Baiklah! Aku balik sekarang.'' Shahir memutuskan panggilan lalu memandang aneh ke arah muka Adira.
'' Kenapa Shahir?'' soal Adira kerisauan apabila melihat reaksi wajah Shahir yang berubah.

Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 10

Adira melangkah perlahan menuju ke dapur. Dicapainya pinggan yang sudah bertimbun di dalam singki itu untuk dibasuh.
'' Eh Adira! Tak apa Mak Anum boleh basuh. Luka kamu kan belum baik lagi. Pergilah berehat! '' ujar Mak Anum prihatin.
'' Ah! Tak apa la Mak Anum. Saya boleh cuci. Lagipun dah lama sangat saya berehat dalam bilik itu. Sudah naik bosan bila  tak buat apa-apa kerja,'' ujar Adira yang berkeras mahu mencuci pinggan mangkuk tersebut.
'' Meh kita cuci sama-sama! '' ujar Mak Anum yang tidak boleh menghalang kehendak Adira itu. Tetapi tidak sampai hati pula dirinya melihat Adira melakukan kerja tersebut seorang diri.
'' Oh! Okay..okay ,'' balas Adira sambil tersenyum-senyum.
'' Boleh ke ni?'' soal Mak Anum.
'' Oh! Boleh..boleh!'' jawab Adira lagi. Tanpa mereka berdua sedari, adegan mencuci pinggan dia antara Mak Anum dan Adira rupanya sudah dipertonton oleh Shahir dari belakang sejak dari tadi lagi. Gaya mereka tidak ubah seperti layanan ibu mertua yang  prihatin terhadap menantunya yang masih sakit. Tersenyum-senyum malu Shahir dibuatnya.

'' Shahir! Apa yang kamu buat mengelamun dekat situ?'' sergah Mak Anum apabila terpandang kelibat anak bujangnya yang sedang mengelamun ( angau agaknya ) dari tadi.
'' Ya Yayang!'' terpancul perkataan tersebut dari mulut Shahir yang ternyata terkejut disergah sebegitu. Potong 'line' betul. Mak Anum dan Adira membulatkan mata. Rata-ratanya terkejut dengan ungkapan Shahir tadi.
'' Eh Mak! Tak ni..bukan tak..tak..silap mak..ni sayang mak.'' ujar Shahir terkejut sambil tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal bagi mencari alasan untuk menutup malunya tadi.  Ah! Apa yang aku merepek ni. Dah dua kali dah jadi macam ni.
Mak Anum hanya tersenyum-senyum sambil menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat anak bujangnya itu.
'' Daripada Shahir tersengeh-sengeh macam kerang busuk dekat situ, lebih baik Shahir tolong Adira cuci pinggan. Kesian la sikit dekat yayang ni,'' ujar Mak Anum. Wah! Mak Anum sudah pandai cucuk jarum ni. Adira yang berada di sebelah sudah tersenyum tersipu-sipu malu.
Lama juga Shahir berfikir sama ada mahu mengikut ataupun mengendahkan sahaja permintaan ibunya itu. Lalu dengan tidak semena-mena Mak Anum menarik baju Shahir dan menolak lembut dirinya ke arah sinki.

Shahir dan Adira saling berpandangan apabila bahu mereka berlanggar antara satu sama lain. Mahu atau tidak, Shahir terpaksa menuruti juga kemahuan ibunya itu diikutkan juga dengan keadaan Adira yang belum pulih sepenuhnya. Mak Anum segera berlalu meninggalkan dapur. Keadaan menjadi sunyi sepi. Masing-masing mendiamkan diri. Sama ada masing-masing malu atau memang tiada topik untuk dibincangkan. Janggal dengan keadaan itu, Shahir segera bersuara.
'' Eherm! Adira! Saya nak tanya sesuatu, boleh tak?'' soal Shahir malu-malu.
'' Hmm..ya! Tanya lah!'' jawab Adira ringkas. Ternyata Adira seperti mahu menjual mahal. Tetapi di dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu.
'' Apa yang awak cakap kepada saya sebelum awak pengsan di gudang hari tu...'' belum sempat Shahir menghabiskan ayatnya, Adira dengan segera mencelah.
'' Ah! Itu..maaf ya! Saya tak tahu apa yang saya ungkapkan sebenarnya. Mungkin masa tu saya pening agaknya.  Saya tahu saya tak patut bergurau tentang perkara sebegitu.'' ujar Adira.
'' Jadi awak ni cintakan saya atau bencikan saya?'' ujar Shahir dengan nada marah. Rasa bersalah Adira apabila berkata sebegitu kepada Shahir. Nampaknya seperti ada sesuatu yang sedang diharapkan oleh Shahir. Belum sempat Adira ingin menjawab pertanyaan Shahir, dengan secara tiba-tiba Daus muncul. Ah! Daus muncul bukan tepat pada waktunya. Menyibuk sahaja.
'' Hai Cik Siti Yayang! Kenapa awak buat semua kerja ni?. Awak kan belum pulih sepenuhnya!'' soal Daus prihatin sambil mengusap lembut kepala Adira di bahagian depan.
'' Tak apa la. Lagipun saya bosan duduk di dalam bilik itu sorang-sorang.'' jelas Adira dengan nada sedikit manja. Tapi dalam pada masa yang sama Adira berasa sangat bersalah apabila riaksi wajah Shahir berubah apabila memandang adegan bermanjaan di antara mereka berdua.
'' Sudah! Sudah! Tinggalkan semua pinggan ini dekat sini. Biar Che Amat yang cucikan semuanya ya! Bolehkan Che Amat? ujar Daus sambil tersenyum sinis kepada Shahir lalu menarik lembut tangan Adira untuk meninggalkan dapur.
Adira menurut sahaja ajakan Daus.
''Praaannnggg!'' satu pinggan jatuh ke lantai.
'' Hai Che Amat! Basuh pinggan tu elok-elok,'' ujar Daus sinis lalu membawa Adira pergi meninggalkan dapur.
'' Tak guna kau Daus. Kau suruh aku basuh semua pinggan ni! Kau pulak boleh bermesra alam dengan Adira. Ah!'' bisik Shahir dalam hatinya yang ternyata benggang sama ada bengang Daus memperlakukan dia seperti itu atau bengang melihat Adira dibawa lari dari pandangan matanya.

Sebelum itu........

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

''Jadi Daus! Boleh tak kau sempurnakan misi penyatuan Shahir dan Adira kali ini? '' soal Ain.
'' Ah! Aku tak ada masalah. Cuma Adira tu boleh ke tahan dengan panahan mata  aku nanti,'' soal daus dengan nada gurau.
Ain menolak kepala Daus.'' Hoi! Orang serius ni kau main-main pulak. Adira tu tak boleh tahan panahan mata Che Amat saja, tahu! Pahahan mata Adira juga sudah menjadi hak milik Che Amat, tahu! Tiada yang lain, okey!'' ujar Ain sambil menolak kepala Daus.

Tertusuk dadaku
Panahan mu, panahan ku
Hak milikmu,
Biar panahku terus di situ

'' Hoi! Sakitlah. Kau ni pun satu, Ain. Perancangan entah apa-apa. Kalau tak pasal-pasal melekat buku lima Che Amat tu dekat muka aku yang hensem ni, siapa yang nak jawab nanti,'' soal Daus.
'' Ceh! Muka dah senget sebelah ada hati kata diri tu hemsem. Macam ni la, kalau kau sertai misi ini. Aku belikan kau gitar elektrik edisi terhad punya, boleh? Apa yang  kau perlu buat ialah cuma menaikkan kemarahan dan kecemburuan Che Amat. Itupun kalau ada lah.'' ujar Ain panjang lebar.
'' Yelah! Yelah! Aku sertai sekali misi ni.'' Mengiyakan saja si Daus apabila ada habuan  yang bakal menanti dirinya.
'' Apa nama misi kita kali ini?'' soal Daus lagi seolah-olah seperti sedang menyertai misi geng gagak hitam pula.
'' MISI SHAHIRA. '' jawab Ain sambil tersengeh-sengeh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pembelajaran di Akademi Muzik kini berjalan seperti biasa. Kini sampai waktu para pelajar Akademi Muzik mengikuti kelas vokal Cikgu Adnan. Masing-masing mengambil tempat duduk masing-masing apabila Cikgu Adnan sudah masuk ke ruangan bilik tersebut.

'' Saya mulakan dengan Maulana. Sila kedepan. Saya nak dengar pengubahsuaian melodi awak untuk lagu ini.'' ujar Cikgu Adnan.
Maulana hanya menurut. Dia meninggikan ' mic stand ' tersebut yang bersesuaian dengan ketinggiannya. Maklum sajalah, dalam kalangan semua pelajar, Maulanalah yang paling tinggi dan dia jugalah yang selalu perlu meninggikan kembali ' mic stand ' selepas pelajar  lain selesai menyanyi. Kesian Maulana.
Sedang Maulana khusyuk mendendangkan lagu, Shah mula mencuit bahu Shahir yang berada di sebelahnya.
'' Shahir! Shahir !'' dengan nada perlahan Shah memanggil Shahir. Takut pula disedari Cikgu Adnan.
'' Haish! Kau nak apa hah! '' soal Shahir yang ketika itu tidak begitu ada ' mood ' untuk berbual.
'' Kau dengan Cik Siti ada apa-apa ke? Aku tengok bukan main lagi kau lindungi dia. Sampai lebam-lebam satu badan kau dek dikenakan penjahat tempoh hari! '' soal Shah yang ternyata sibuk untuk mengetahui tepi kain orang.
Belum sempat Shahir hendak menjawab
'' Adira! Giliran awak pula! '' pekik Cikgu Adnan. 
Adira menghampiri mikrofon tersebut. Terjinjat-jinjat Adira yang mahu mencapai mikrofon yang berada sangat tinggi daripada ketinggiannya. Sangat comel perbuatannya itu. Seperti kanak-kanak tadika.
Mahu sahaja Shahir bangun daripada tempat duduk bagi membantu Adira. Dengan secara tiba-tiba, Daus mendahuluinya dulu. Dibetulkan ' mic stand ' itu mengikut ketinggian Adira sambil senyum meleret ke arah Adira.
'' Terima kasih,'' balas Adira sambil menngukir senyuman yang ternyata tiada maknanya pun.
Cikgu Adnan memerhati gelagat dua insan-insan itu sambil menggelengkan kepala. Daus kembali ke tempat duduknya sambil melakukan ' evil smile ' terhadap Shahir. Shahir menggenggam kuat tangannya seolah-olah mahu sahaja dia mengenakan se'das' tumbukan ke muka Daus tetapi ditahan kemarahannya itu di dalam hati. Sudahlah adegan di Asrama Biru sudah cukup memanaskan hati, ditambahnya lagi adegan mesra-mesraan di kelas Cikgu Adnan. Daus! Daus! Memang cari nahas betul.
Ain yang berada di bahagian belakang menunjukkan tanda ' thumbs up' sambil tersenyum ke arah Daus apabila melihat reaksi wajah Shahir berubah. Ini bermakna MISI SHAHIRA hampir sampai ke penghujungnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tamat sahaja kelas. Shahir terus sahaja pulang  ke Asrama Biru. Tidak mahu lagi menyaksikan lagi aksi yang memanaskan hati itu. Entah kenapa api kemarahannya begitu menggelegak sebaik sahaja melihat Adira sangat mesra dengan Daus. Shahir membalingkan begnya ke arah sofa dengan kuat lalu melabuhkan badanya dengan lemah. Ditutup wajahnya dengan bantal kecil yang berada di atas sofa tersebut.
'' Shahir! Shahir!'' terdengar suara perempuan memannggil lembut namanya.
'' Eh! Mak!'' Shahir bingkas bangun lalu membenarkan ibunya untuk duduk disebelahnya.
'' Awal Shahir balik hari ini!'' soal Mak Anum
'' Entah la, Mak. Tiba-tiba pula datang penyakit migrain saya ni. Rasa macam nak pitam la. '' rungut Shahir kepada ibunya sambil memicit-micit kepalanya yang tidak pening itu.
'' Shahir..Shahir..jangan nak tipu mak. Mak bukan kenal anak bujang mak ini sehari dua, tahu!  Dari kecil lagi mak dah tahu perangai kamu, Shahir. Ni mesti ada masalah dengan  perempuan, kan?'' soal Mak Anum panjang lebar.
Terkejut Shahir apabila ibunya mengetahui masalah yang melanda dirinya. Mahu atau tidak, terpaksa juga dia berkongsi masalahnya itu. Takut-takut semakin melarat dan memakan diri pula.
'' Ada mak! Ini soal Adira!'' terpancul  perkataan itu dari mulut Shahir.
Mak Anum yang seakan-akan mengerti dilema yang melanda anak bujangnya itu segera bersuara.
'' Shahir! Kamu sepatutnya berani meluahkan perasaan kamu yang sebenarnya kepada dia. Bukannya memendam perasaan seperti sekarang ini.'' nasihat Mak Anum.
'' Tapi mak, Adira sekarang sudah ada Daus. Dengan saya pun sekarang sudah tidak dipedulikannya lagi.'' ujar Shahir dengan nada sedih.
'' Baiklah Shahir! Apa yang penting sekarang ini, Shahir luahkan perasaan sebenar Shahir kepada Adira. Sama ada diterima atau tidak, itu terpulang kepada diri dia. Sekurang-kurangnya dia mengetahui perasaan sebenar Shahir terhadap dirinya dan secara tidak langsung mungkin beban Shahir akan sedikit ringan daripada terus terpendam sebegini,'' ujar Mak Anum lagi.
Shahir bingkas bangun lalu mencapai kunci kereta miliknya yang berada di dalam begnya itu. Shahir berlalu meninggalkan ibunya itu menuju ke keretanya. Mak Anum mengukir senyuman. Berharap agar nasihatnya tadi sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi anak bujangnya itu.

Cinta Aku Untuk Kamu - BAB 9

Keadaan menjadi huru-hara.  Doktor serta jururawat masing-masing sudah berlari  ke sana-sini. Troli yang menempatkan Adira dan Shahir ditolak laju oleh para jururawat serta Mak Anum yang sejak dari  tempat kejadian masih  setia mengikuti. Shahir dibawa ke bilik kecemasan manakala Adira terpaksa di bawa ke bilik pembedahan. Tangan yang masih berpegangan erat semenjak dari tadi kini terlerai setelah masing dihantar ke ruang berlainan.

'' Maaf mak cik! Mak cik tak boleh masuk. Sila tunggu di luar ya!'' ujar jururawat bertugas.
Langkah Mak Anum longlai menuju ke tempat duduk. Air matanya tidak mampu dihentikan lagi. Hati ibu mana tidak luluh apabila melihat anaknya dalam keadaan sebegitu  rupa.  Tidak sanggup dia kehilangan anak lelaki sulungnya itu. Pengetua Norman yang baru sampai segera mendapatkan Mak Anum sambil menenangkannya. Turut kelihatan ialah pelajar-pelajar Akademi Muzik yang turut risau akan keadaan Shahir dan Adira. Yang paling merasa sedih ialah Ain. Tidak dia menyangka senyuman Shahir yang ditunjukkan  kepadanya sebelum Shahir berangkat pergi meninggalkan tasik akhirnya bertukar tragedi menyedihkan seperti ini.
''Kenapa semua ini harus berlaku kepada kau Shahir. Kenapa kau sanggup melindungi Adira sampai macam itu sekali? Adakah disebabkan perempuan itu ialah Adira yang telah berjaya mencuri hati kau? '' ujar Ain di dalam hatinya. Pelbagai persoalan bermain di fikiran Ain sambil memicit-micit kepalanya. Barangkali penyakit migrainnya sudah datang.

'' Aku tak sangka Iwan sanggup bertindak sedemikian!'' Maulana mula melepaskan geram sambil menumbuk dinding yang keras itu.
'' Padahal kita dah berkawan dengannya sudah lama. Semua pelajar yang menetap di Asrama Biru sudah kita anggap adik-beradik.  Apa maksud dia melakukan Shahir dan Adira seperti ini hah?'' teriak Alif dengan nada bengang.
'' Tak berhati perut betul. Macam mana pihak polis boleh terlepas jejak dia. Nak aku cari dia sampai ke lubang cacing sekali pun, aku sanggup!'' teriak Maulana.
'' Apa tunggu lagi! Jom la! '' Shah mengajak rakan-rakannya.
'' Hoi! Diam sikit boleh tak. Ini hospital. Yang korang bertekak sesama sendiri tu apa hal. Fikir logik la sikit. Korang nak cari si Iwan tu dekat mana hah! Biar pihak polis sahaja yang selesaikan masalah ni. Sekarang apa yang penting kita sama-sama doakan keselamatan Adira,'' ujar Daus panjang lebar.

Mak Anum segera bangun dari tempat duduknya apabila melihat doktor bertugas sedang menghampiri mereka. 
'' Macam mana dengan keadaan anak saya dan juga Adira. Mereka berdua tak ada apa-apa kan.'' soal Mak Anum yang kelihatan sangat bimbang.
'' Alhamdulillah! Shahir dan Adira tak ada apa-apa. Adira selamat dibedah bagi menjahit luka yang terdapat di pipi dan anggota badannya. Manakala Shahir pula mengalami kecederaan dalaman. Tapi nasib baik tiada kecederaan yang serius pada organ dalamannya,'' ujar doktor tersebut panjang lebar.
Mak Anum mnejadi sedikit tenang apabila doktor menyampaikan berita tersebut. Dipeluk suaminya tanda syukur.
'' Erm! Boleh saya tahu sama ada Shahir dan Adira ini adalah adik-beradik ataupun suami isteri kerana sekiranya sedemikian kami boleh menempatkan mereka berdua di dalam satu bilik wad sahaja,'' ujar doktor itu lagi.
'' Ya! Mereka adalah suami isteri. Tempatkan sahaja meraka di dalam satu bilik. Apabila mereka sedar nanti mungkin tidak terlalu risau apabila melihat kelibat masing-masing,'' ujar Mak Anum sambil menyeka air matanya.
'' Baiklah kalau macam tu. Nurse!'' teriak doktor tersebut sambil memberi arahan seterusnya kepada jururawat bertugas.
Semua pelajar Akademi Muzik termasuk Pengetua Norman terpaku. Masing-masing tidak percaya akan tindakan Mak Anum. Mak Anum yang mengetahui akan persoalan yang bermain di fikiran suaminya itu segera bersuara.
'' Saya tahu apa yang saya buat, bang! Ini semua demi kebaikan mereka berdua,'' ujar Mak Anum sambil terukir sedikit senyuman di wajahnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dipulasnya tombol pintu bilik wad yang menempatkan Shahir dan Adira secara perlahan-lahan. Mak Anum segera mengambil tempat di bahagian tengah di antara katil  Shahir dan katil Adira. Masing-masing tidak menyedarkan diri. Masing-masing juga masih berbekalkan  bantuan alat pernafasan. Digenggamnya tangan Shahir oleh Mak Anum sambil mengusap-usap serta mencium dahi anak lelakinya itu. Turut dipandang simpati juga akan keadaan Adira yang terbaring di sebelahnya dalam keadaan berbalut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ah! Aku dekat mana sekarang ni. Berpinar-pinar mata Shahir memandang keadaan sekeliling. Shahir kemudian memandang lemah kepada seorang perempuan yang sangat dia kenali. Di buangnya alat pernafasan itu lalu digagahinya Shahir untuk pergi ke katil Adira. Terhincut-hincut Shahir berjalan sambil memegang badannya yang masih terasa sakit akibat terkena pukulan yang kuat. Shahir duduk di atas kerusi di sebelah katil Adira lalu menyentuh tangan Adira yang masih tidak sedarkan diri. Fikiran Shahir mnegelamun seketika sambil menatap tajam wajah Adira.
Shahir!'' teriak Ain sambil perlahan-lahan menolak pintu bilik wad tersebut.
Shhhhhhhhh! '' Shahir meletakkan jari di mulutnya bagi memberi isyarat kepada Ain supaya diam. Bimbang pula Adira akan terjaga apabila terdengar pekikan Ain. Shahir juga telah  memberi isyarat kepada Ain supaya mereka berbual-bual di luar sahaja. Ditutupnya perlahan pintu bilik itu oleh Shahir. Dipandangnya juga akan keadaan Adira yang sedang terbaring tidak sedarkan diri. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Hoi! Hoi! Hoi! Apa hal kau ni duduk jauh sangat. Dekat-dekat sudah la. Mampus aku nak berjalan jauh macam ni,'' ujar Shahir sambil terhincut-hincut kakinya berjalan menuju ke arah Ain.
'' Dah tak nak yayang kau terjaga, jadi kena la bersembang jauh-jauh sikit,''  ujar Ain sambil tersenyum sinis kearah Shahir. Hatinya sayu melihat keadaan Shahir yang sudah lebam-lebam satu badan. Wajahnya yang dahulu persis pelakon-pelakon korea kini berubah menjadi beruang panda. Aduhai Shahir.
Belum sempat Shahir melabuhkan badannya di atas bangku, Ain dengan secara tiba-tiba menumbuk lembut bahu Shahir.
Ah! Sakit la! Kau ni apahal. Sengaja la kan cari pasal dengan aku. Mentang-mentang aku sedang sakit macam ni, senang la kau nak buli aku kan.'' ujar Shahir sambil mngusap-ngusap bahunya bagi menghilangkan rasa sakit. Walaupun pukulan Ain itu tak sekuat mana tapi dipukulnya Ain ditempat yang tercedera menyebabkan kesakitan itu semakin bertambah.
'' Kau kata kau tu Spiderman. Mana ada Spiderman macam ni. Baru pukul sikit dah lembik.'' gurau Ain bagi mengheningkan suasana. 
'' Senang la kau cakap. Cuba kau ada di tempat aku. Sah-sah masuk ICU,'' ujar Shahir sambil menunjukkan reaksi muka  monyok.
'' Alarh! Gurau-gurau sikit pun tak boleh ke. Entah lepas ni aku dah tak boleh gurau dengan kau macam dulu lagi dah.'' ujar Ain sambil tersenyum-senyum.
Shahir mendongak kepalanya lalu menandang tepat ke arah Ain. Dia sama sekali tidak begitu memahami apa yang dimaksudkan oleh Ain tadi.
'' Maksud kau? '' soal Shahir kebingungan.
'' Aku dapat tawaran belajar ke UK.'' dengan nada sayu Ain memberitahu khabar berita itu.
'' UK? Ulu Kedah ke? '' Shahir cuba untuk bergurau apabila melihat reaksi wajah Ain yang berubah secara tiba-tiba.
'' Tengkorak kau! Apa kelas Ulu Kedah, sudah tentu-tentunya orang macam aku ni layak di United Kingdom sahaja,'' ujar Ain sambil mencuit hidung yang tidak begitu mancung itu.
'' Tapi...'' sambung Ain lagi. '' Aku tak sampai hati nak tinggalkan tempat ni. Aku tak sampai hati nak tinggalkan kau dalam keadaan kau macam sekarang ni. Aku dah anggap kau macam adik kandung aku sendiri.  Aku sangat sayangkan kau! Kalau boleh aku tak nak semua ini berlaku lagi,'' ujar Ain dengan nada sayu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ah! Sakitnya....!'' teriak Adira. Keadaan agak  begitu sukar untuk bergerak kerana baru sahaja pembedahan menjahit luka-luka yang diterimanya. Tidak mempedulikan kesakitannya itu, digagahi badannya untuk bangun dari katil tersebut. Hatinya terlalu bimbang apabila tidak mengetahui bagaimana keadaan Shahir sekarang. Terhencut-hencut Adira berjalan. Ditahannya sakit yang sudah menyelubungi anggota badannya itu. Adira segera membuka pintu bilik wad tersebut perlahan-lahan. Bimbang pula jururawat atau doktor mengetahui sekiranya dia keluar-keluar bilik wad secara senyap-senyap. Pergerakan Adira terhenti. Dicubanya untuk mengendap di sebalik pintu bilik tersebut apabila melihat Shahir sedang rancak berbual-bual bersama dengan Ain. Seperti ada yang tidak kena.

'' Aku pun sayangkan kau Ain. Aku dekat sini tak ada apa-apa. Cuma kau tu sahaja. Kau tu dah la perempuan. Siapa yang nak jaga kau nanti,'' ujar Shahir yang ternyata bimbang dengan keadaan Ain.
Tergamam Adira apabila ungkapan SAYANG itu terpancul dari mulut Shahir kepada Ain. Perkataan yang selama ini Adira  harapkan keluar dari mulut Shahir untuknya akhirnya dengan sewenang-wenaangnya  menjadi hak milik orang lain. Dengan perlahan-lahan Adira membuka langkah meninggalkan bilik tersebut dan ingin berlalu pergi meninggalkan hospital tersebut dengan hati yang luka. '' Ternyata perasaan yang aku luahkan kepada Shahir  hanya sia-sia. Pabila kini hati Ku Ada Kamu sebaliknya hati Kau Ada Dia, Shahir.''

'' Hei Shahir! Kau tengok tuh! Adira la. Dia nak pergi mana tu!'' teriak Ain apabila melihat kelibat Adira  yang membelakangi Shahir sedang berjalan pergi.
Shahir memalingkan pandangannya. Ternyata perempuan tersebut sememangnya Adira. Shahir segera mendapatkan Adira yang ternyata sudah lemah berjalan jauh. Dipautnya tangan Adira. Langkah Adira terhenti lalu menepis kuat tangan Shahir.
'' Pedulikan saya Shahir! Awak pergilah bersama dengan Ain. Awak cintakan dia kan. Saya ini hanya beban untuk awak sahaja,'' ujar Adira sambil mengesat air matanya yang sudah membasahi pipi.
Shahir ternyata kebingungan. Kurang memahami apa yang dimaksudkan Adira.
'' Aku dengan Ain? Cinta? Sejak bila pula ni? '' tergaru-garu Shahir di kepalanya meskipun tidak merasa gatal . Binggung apabila Adira megeluarkan kenyataan sebegitu.
Melihat Adira cuba untuk  melarikan diri, Shahir segera memaut lengan Adira.
'' Ah!'' Adira berteriak kesakitan. Shahir dengan secara tidak sengaja telah tersentuh lengan Adira yang baru sahaja dijahit lukanya. Dengan secara  tiba-tiba darah mengalir keluar.
'' Ma...ma..maaf Adira! Maaf.'' tergagap-gapap Shahir meminta maaf apabila panik melihat Adira meraung kesakitan.
Adira yang tidak tahan menahan kesakitan dan banyak darah sudah menitik keluar akhir jatuh pengsan. Shahir segera menyambut tubuh Adira daripada rebah ke lantai. Dengan segera juga Shahir menggagahkan dirinya untuk mendukung Adira yang tidak sedarkan diri menuju ke bilik wad biarpun badannya masih dalam keadaan lemah.

'' Ain! Panggil doktor cepat.'' teriak Shahir.  Ain segera menurut arahan apabila melihat Shahir yang sudah kelihatan panik. Dalam hatinya sangat sebak melihat akan peristiwa yang menyayat hati sedang berlaku dihadapannya. Adira sangat kelihatan lemah apabila berada di atas dukungan Shahir.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahir meletakkan Adira perlahan-lahan di atas katil dan kemudian memegang erat tangan Adira.
'' Adira! Bertahanlah!'' ujar Shahir sebagai kata-kata semangat kepada Adira. Tidak dipedulikan sama ada Adira mendengar percakapannya itu atau tidak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Shahir, kau pergi la makan dulu. Dah seharian kau tunggu Adira kat sini. Nanti kau pula jatuh sakit. Biar aku temankan Adira dekat sini,'' ujar Ain prihatin.
'' Tak mengapalah, aku masih tak lapar lagi,'' sambung Shahir.
''Haish budak ni! Tahu lah tengah angau tapi tak kan sampai nak makan pun tak lalu."
"Tak kira! Kena pergi makan jugak. Kalau tidak aku masukkan kau dekat wad sakit jiwa sebelah ni, nak tak?'' sergah Ain sambil menarik telinga Shahir. Lagaknya sudah seperti mak tiri yang terdapat dalam drama-drama tv.
'' Yelah-yelah.'' Shahir bingkas bangun sambil mngusap-usap telinganya yang ternyata sudah merah akibat daripada penangan Ain tadi. Dipandangnya Adira sebelum dia pergi.

Adira ternyata sudah sedar dari pengsan. Dia memerhati segenap bilik tersebut.
''Alamak! Bilik ni lagi. '' rungut Adira dalam hatinya. Betapa terkejutnya Adira apabila melihat Ain berada disebelahnya yang sedang setia menunggunya.
'' Adira! Awak dah sedar? '' soal Ain prihatin.
Adira hanya mampu mengukir sedikit senyuman.  Entah kenapa senyumannya itu begitu kelat untuk dikeluarkan untuk seseorang yang bernama Ain. Mungkin disebabkan hatinya sudah dirobek-robek oleh peristiwa 'sayang-menyayang' tadi. Mahu dipandang wajah Ain pun terasa begitu sukar. Ain sepertinya mengerti akan riak wajah Adira itu dengan segera berterus terang.
'' Adira! Saya rasa awak dah salah faham ni. Sebenarnya saya dengan Shahir tiada apa-apa perasaan pun. Jadi awak janganlah risau ya,'' ujar Ain sambil tersenyum.
'' Tapi Shahir sayangkan awak. Saya dengar segala-galanya apabila dia  luahkan perasaannya pada awak tadi,'' ujar Adira dengan nada kesal.
Ain hanya mampu menggelengkan kepala. Ternyata begitu kuat cemburu Adira apabila Shahir berkata sedemikian kepadanya tadi.
'' Adira..Adira..Sayang tak semestinya cinta. Sayang Shahir terhadap saya seperti seorang adik yang sayangkan kakaknya. Begitulah juga perasaan saya terhadap dia. Lagipun kitaorang dah kenal lama semenjak dari kecil lagi. Tak mungkin saya akan jatuh cinta pada seseorang yang saya anggap sebagai adik. Lagipun Shahir ucapkan perasaan sebegitu kerana bimbangkan saya yang akan berangkat ke UK minggu depan dan mungkin tidak berpeluang untuk berjumpa dengan saya lagi untuk jangka masa yang lama,'' ujar Ain panjang lebar.
Adira kembali menatap wajah Ain. Ternyata dia selama ini telah bersangka buruk kepada Ain. Dibencinya Ain tanpa sebab hanya disebabkan cemburu butanya terhadap Ain apabila bersama Shahir.
'' Sa..sa..saya minta maaf Ain! Saya menyesal sangat berkelakuan seperti tadi terhadap awak. Tak sepatutnya saya cepat berprasangka buruk.'' ujar Adira dengan nada suara lemah.
'' Saya akan maafkan awak, tapi dengan bersyarat.'' ujar Ain dengan senyuman sinis.
Reaksi wajah Adira ketika itu ternyata berubah.
''Syarat! Aduh! Jangan dia suruh aku basuh kain baju dia sudah. Tangan aku masih berbalut lagi ni,'' rungut Adira dalam hatinya.
'' Sebelum saya berangkat pergi, saya nak awak cuci........'' ujar Ain sambil menimbulkan unsur suspen.
''Sah! Dia nak aku cucikan baju dia la tu. Mampus la aku. Mak tolong Adira!'' teriakkan Adira di dalam hati sememangnya tidak akan didengari oleh sesiapa pun.
'' Saya nak awak cuci hati CHE AHMAD SHAHIR tu. Untuk pengetahuan awak, hati dia tu susah sikit untuk meluahkan perasaan cinta pada perempuan. Selalu sahaja terlepas apabila hatinya sudah terpikat kepada seseorang. Jadi saya nak tengok ' adik ' saya itu berani untuk meluahkan perasaan cintanya.
'' Boleh! '' ujar Ain sambil tersengeh-sengeh lalu mengenyit sebelah matanya kepada Adira.
Adira ketika itu ternyata hanya mampu tersenyum. Malu dirinya untuk melakukan perkara sebegitu. Tahu-tahu saja si Ain ni bahawa dirinya sudah terpikat terhadap seseorang jejaka. Tapi apakan daya. Harapan seorang 'kakak' sebelum dia berangkat pergi. Tetapi dia dalam hati Adira juga ingin tahu apakah perasaaan Shahir kepada dirinya ketika ini.